Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, INFORMM Kelantan akan menjalani aktiviti penaksiran ‘Chemical Health Risk Assessment (CHRA)’ pada tahun ini. Penyediaan dokumentasi untuk aktiviti CHRA ini telah dilakukan bersama pengguna makmal terlibat melalui penganjuran Bengkel Dokumentasi ‘Chemical Health Risk Assessment (CHRA)’ yang selesai diadakan pada 8/3/2022. Semua dokumentasi berkaitan telah dihantar kepada syarikat yang akan menjalankan penaksiran melalui Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Kampus Kesihatan.
Susulan daripada itu, pihak penaksir melalui UKKP Kampus Kesihatan telah memaklumkan tarikh aktiviti penaksiran CHRA di INFORMM Kelantan adalah seperti maklumat yang tertera seperti di bawah: -
Makmal : Genomics 1
Tarikh : 17 Julai 2022 (Ahad)
Masa : 2:30 – 4:30 petang
Makmal : Lab Suite 1 – 4
Tarikh : 18 Julai 2022 (Isnin)
Masa : 9:00 pagi – 12:00 tengahari
Secara umumnya, penaksir akan ditempatkan di ruangan ‘Lounge’ sepanjang proses penaksiran. Kaedah penaksiran pula adalah tertakluk kepada budi bicara penaksir yang boleh menjalankan sesi temuduga, lawatan makmal atau sebarang kaedah yang dikehendaki penaksir. Semua staf dan pengguna makmal diminta untuk bersedia dan memberikan kerjasama apabila diminta.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Assalamualaikum and Greetings,
As previously informed, INFORMM Kelantan will undergo a ‘Chemical Health Risk Assessment (CHRA)’ this year. The preparation of documentation for this CHRA activity was completed during ‘Chemical Health Risk Assessment (CHRA)’ Documentation Workshop which was held on 8/3/2022. All relevant documentation has been sent to the related company through the Occupational Safety and Health Unit (UKKP), USM Health Campus.
Following that, the assessor through UKKP USM Health Campus has informed the date of CHRA assessment activity for INFORMM Kelantan is as the information listed below: -
Laboratory : Genomics 1
Date : 17 July 2022 (Sunday)
Time : 2:30 - 4:30 p.m.
Laboratory : Lab Suite 1 - 4
Date : 18 July 2022 (Monday)
Time : 9:00 a.m. - 12:00 noon
Generally, the assessor will be in the ‘Lounge’ room throughout the assessment process. The method of assessment is subject to the discretion of the assessor who can conduct an interview session, laboratory visit, or any method required by the assessor. All laboratory staff and users are asked to be ready and provide cooperation when requested.