
Tuan/ Puan,
Peringatan Berhubung Penyediaan Helaian Data Keselamatan/ Safety Data Sheet (SDS) Bahan Kimia Di Tempat Kerja/ PTJ
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan dan Sekuriti Kimia yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti (JKKPU) memandang serius berhubung penggunaan bahan-bahan kimia di sebahagian tempat kerja/ PTJ yang masih tidak disediakan SDS.
2. Sehubungan itu, sukacita dipohon kerjasama pihak tuan/ puan untuk memastikan setiap bahan kimia yang digunakan di PTJ disediakan SDS termasuk memastikan perolehan/ pembelian bahan kimia dibekalkan bersama-sama dengan salinan SDS oleh pihak pembekal.
3. Untuk makluman tuan/ puan juga, salinan SDS tersebut perlu memenuhi keperluan yang ditetapkan dalam Peraturan 13, Bahagian V, Helaian Data Keselamatan, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013, terutamanya dalam dua (2) versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sila rujuk Lampiran 1 seperti yang dikepilkan.
4. Kerjasama pihak tuan/ puan berhubung perkara tersebut di atas adalah dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian,
“MALAYSIA
MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Ketua Unit
Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang
____________________________________________________________________________________________________________________
PENAFIAN/PENOLAKAN TUNTUTAN
Pihak Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) menafikan atau menolak tuntutan sebarang liabiliti berkenaan kandungan e-mel ini atau akibat daripada mana-mana tindakan yang diambil berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pengguna,melainkan maklumat tersebut disahkan secara bertulis kemudiannya.Sebarang pandangan dan pendapat yang disampaikan dalam e-mel ini adalah sepenuhnya milik pengarang dan tidak semestinya mewakili PPKT.
AMARAN: Walaupun pihak PPKT telah mengambil langkah-langkah pencegahan yang munasabah bagi memastikan tiada virus dalam e-mel ini,namun pihak PPKT tidak boleh menerima kebertanggungjawaban bagi sebarang kerugian atau kerosakan daripada mana-mana lampiran yang disertakan dalam e-mel ini.Pengguna dinasihatkan untuk mengimbas e-mel ini dan lampirannya sebagai langkah pencegahan daripada serangan virus.
______________________________________________________________________________________________________________________
DISCLAIMER
The Centre for Knowledge,Communication and Technology (PPKT) disclaims any liability for the content of this email or for the consequences of any action taken on the basis of the information provided by the user, unless that information is confirmed in writing.Any views and opinions presented in this email are solely those of the author and do not necessarily represent those of PPKT.
WARNING: Although the Centre for Knowledge,Communication and Technology (PPKT) has taken reasonable precautions to ensure no viruses are present in this email, PPKT does not accept responsibility for any loss or damage arising from the use of this email or attachments.Users are advised to scan this email and any attachments as a preventive measure from virus attacks.
#r