Salam Sejahtera,
Makluman kepada semua Warga INFORMM, Sila isi dan lengkapkan borang permohonan pelekat kenderaan dan kemukakan kepada kami di Bahagian Pentadbiran untuk tindakan selanjutnya sebelum 9 Feb 2017.
Sekian, terima kasih.
--
Manisah Mohamed Daud
Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM)
Kampus Kesihatan
Universiti Sains Malaysia
16150 Kubang Kerian
Kelantan
Tel : 09-7672404
Faks : 09-7648673
Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1 Malaysia.
Y. Bhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan hormatnya dimaklumkan Jabatan Keselamatan Kampus Kesihatan USM akan mengeluarkan pelekat kenderaan bagi Sidang Akademik 2016/2017. Permohonan secara KELOMPOK/PUKAL akan dibuka mulai 1 Februari 2017 (Rabu) sehingga 28 Februari 2017 (Selasa) manakala permohonan secara INDIVIDU akan dibuat pada 1 Mac 2017 (Rabu).
Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu disahkan oleh Ketua Jabatan/Unit masing-masing sebelum dikembalikan kepada Pejabat Am Jabatan Keselamatan Kampus Kesihatan USM (Zon Hospital & Zon Kampus) SECARA BERKELOMPOK melalui wakil Jabatan/Unit masing-masing.
Untuk makluman, kadar baru Pelekat Kenderaan (Kereta dan Motosikal) berkuatkuasa pada 20 Januari 2017 (Jumaat) sepertimana berikut :
| Bil. | Kategori | Kadar Seunit (RM) | Warna Borang |
| 1. |
Staf (Kumpulan Pelaksana) |
2.00 | Putih |
| 2. | Staf (Kumpulan Selain Dari Pelaksana) | 3.00 | Putih |
| 3. | Pelajar | 1.00 | Kuning |
Borang permohonan pelekat kenderaan dan peraturan serta syarat dilampirkan bersama hebahan e-mail ini. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Sila
rujuk Carta Alir Proses Pengeluaran Pelekat Kenderaan bagi SA 2016/2017 bagi memudahkan urusan.
Sebarang pertanyaan/kemusykilan sila hubungi di talian ext: 3279/ 3282 (Zon Hospital) & 1362/1365 (Zon Kampus).
Sekian untuk makluman Y. Bhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan.
Wassalam.
PERINGATAN !
• Permohonan secara individu sebelum 1 Mac 2017 (Rabu)
TIDAK DILAYAN.
Pihak Pengurusan
Jabatan Keselamatan USM
Kampus Kesihatan.
Terima kasih Manisah.