Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Untuk perhatian semua warga INFORMM Kampus Kesihatan, dilanjutkan adalah Laporan Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang telah dijalankan oleh pihak UKKP Kampus Kesihatan pada 6 November 2024 yang lepas.
Bagi teguran berkaitan pelabelan botol/bekas bahan kimia, terdapat botol dan bekas yang tidak diketahui pemiliknya dan pihak JKKP memohon kepada pemilik botol atau bekas tersebut dapat memaklumkan staf bertanggungjawab agar pelabelan yang sempurna boleh dilakukan
kepada botol atau bekas yang berkaitan. Jika tiada pemakluman, botol atau bekas tersebut terpaksa dilupuskan.
Pihak JKKP telah mengeluarkan panduan penyediaan label bahan kimia melalui emel bertarikh 30 Oktober 2024 yang lepas. Semua keperluan untuk menyediakan label telah disediakan di Postgaraduate Discourse. Namun penyediaan label yang sempurna agak rumit memandangkan
perlu merujuk Risalah Keselamatan.
Susulan itu, pihak JKKP INFORMM akan cuba membantu sesiapa yang perlu menyediakan pelabelan bekas bahan kimia pada 18 dan 19 Disember 2024 ini di Postgraduate Discourse.
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan tentang maklumbalas pemeriksaan atau pelabelan botol/bekas bahan kimia, boleh diajukan kepada saya secara langsung sama ada melalui telefon bimbit atau aplikasi WhatsApp di nombor 017-967 6997.
Harap maklum dan terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
BADRUL SYAM MAT ZAINUDDIN
Penyelaras Keselamatan
Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM)
USM Kampus Kesihatan
16150 Kubang Kerian
Kelantan
Tel: 09-767 2413
Fax: 09-764 8673
Alt Emel:
maysl...@gmail.com
Fikir
dahulu sebelum anda mencetak / Think before you print