Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk / Profesor / Prof. Madya / Dr. /Tuan/Puan
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman YBhg. Datuk/Profesor/Prof. Mayda/ Dr. /Tuan/Puan, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah meminta semua Universiti Awam untuk melancarkan Kad Prihatin Siswa (KPS) bagi kegunaan pelajar universiti masing-masing. KPS adalah kad matrik pelajar yang menggabungkan kad identiti pelajar dengan kad debit RHB Islamic Bank. KPS akan mengantikan Kad Matrik sedia ada, di mana para pelajar perlu mengemaskini maklumat mereka dan bersetuju untuk pembukaan Akaun RHB melalui pengisian borang persetujuan pembukaan akaun berkenaan yang boleh dicapai melalui Campus Online pelajar mulai 21 Jun 2022 sehingga 6 Julai 2022.
3. KPS dilancarkan kepada semua pelajar berstatus aktif, Siswazah dan Pascasiswazah, sama ada pelajar warganegara atau bukan warganegara. Pengaktifan kad akan dilakukan secara berkelompok di kampus USM masing-masing dan pelajar tidak perlu ke mana-mana cawangan RHB.
4. Sehubungan ini, dilampirkan poster hebahan KPS, versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk makluman dan seterusnya edaran di setiap PTJ tuan/puan. Semoga dengan bantuan YBhg. Datuk/Profesor/Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan dalam menyalurkan maklumat ini kepada semua pelajar akan dapat melancarkan lagi proses persetujuan pembukaan akaun dan seterusnya pengaktifan kad KPS ini kelak. Untuk sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni seperti berikut:
BHEPA Kesihatan: tpbh...@usm.my / 09-7671310
5. Segala keperihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh YBhg. Datuk/Profesor/ Prof. Madya / Dr. /Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
(PROFESOR DR. AZLINDA AZMAN)
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni