Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman seluruh warga INFORMM, bagi memperkasa pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di USM, USM melalui Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) telah melancarkan Buku Manual & Pengurusan KKP untuk menjadi rujukan utama warga USM
bagi melaksanakan dasar, perancangan, pelaksanaan, pemantauan serta penambahbaikan berterusan.
Berita penuh tentang majlis pelancaran boleh diakses melalui laman web USM melalui pautan berikut:
USM PULAU PINANG, 20 Mei 2025 – USM melalui Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) telah melancarkan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) bertemakan "Memperkasa Budaya Kerja Selamat dan Sihat” sebagai usaha memperkukuh kesejahteraan
tempat kerja, dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan Universiti (DPU), hari ini.
|
Kepada warga INFORMM yang berminat untuk mengetahui kandungan buku manual ini, tuan/puan boleh mengakses melalui pautan yang berikut:
Kampus kesihatanPautan Luar Last Modified: Thursday 31 July 2025.
|
Harap maklum dan terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
BADRUL SYAM MAT ZAINUDDIN
Pegawai Sains
Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM)
USM Kampus Kesihatan
16150 Kubang Kerian
Kelantan
Tel: 09-767 2413
Fax: 09-764 8673
Alt Emel:
maysl...@gmail.com
Fikir
dahulu sebelum anda mencetak / Think before you print