Assalamualaikum dan salam sejahtera khususnya kepada staf wanita dan isteri staf USM,
Kelab Jom Kita Sihat USM sedang membuka pengambilan ahli-ahli baru untuk mengisi kekosongan keahlian buat masa sekarang.
Kepada staf wanita atau staf lelaki yang ingin isterinya langsing dengan cara yang sihat tanpa mengeluarkan kos yang terlalu mahal, boleh mengisi borang di blog Jom Kita Sihat seperti berikut:
http://jomkitasihat.blogspot.com/p/borang-penyertaan-kelab-jom-kita-sihat.html Selepas mengisi borang di blog tersebut, puan-puan akan dihubungi melalui emel untuk pengesahan penerimaan borang dan keahlian.
Tujuan utama Kelab ini ditubuhkan ialah:
1. Memberi peluang kepada staf wanita dan isteri staf USM mengamalkan
gaya hidup sihat melalui program senamrobik secara tetap iaitu sebanyak
tiga kali seminggu.
2. Menggalakkan lebih ramai wanita bersenam kerana senaman merupakan
salah satu amalan pencegahan penyakit-penyakit kronik seperti penyakit
jantung, darah tinggi, kencing manis, kanser dan lain-lain.
3. Memberi peluang kepada wanita untuk berkecimpung dalam bidang
sukarelawan dengan menyertai khidmat-khidmat kemasyarakatan melalui
program-program yang dianjurkan.
4. Mengeratkan silaturrahim sesama kakitangan di USM.
Maklumat lanjut boleh dilayari di
http://jomkitasihat.blogspot.com/Siapa cepat dia dapat....
--