Y.Bhg. Dato’/Profesor/Prof.Madya/Dr/Tuan/Puan,
PENCALONAN pESERTA BENGKEL KIK 2013 KAMPUS KESIHATAN
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut diatas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel KIK bagi Kampus Kesihatan sesi 2013 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 4-6 Februari 2013
Tempat : Dewan Nurani
Masa : 8.30 pagi -04.30 ptg
3. Bengkel ini bagi tujuan untuk memberi kefahaman dan latihan kepada kumpulan dalam mengendalikan alatan KIK dan juga untuk persiapan bagi menyertai Konvensyen KIK Kampus Kesihatan. Pembahagian kumpulan adalah seperti lampiran 1.
Sehubungan dengan itu, PTJ/Jabatan YBhg. Dato’/Profesor/Prof.Madya/Dr/Tuan/Puan diminta supaya mencalonkan empat ahli dari setiap kumpulan KIK untuk menyertai latihan tersebut.
Sila menggunakan format yang disertakan(Lampiran 2) dan emelkan pencalonan (peserta) kepada En. Mohd Tajudin Zakaria (taj...@kck.usm.my) (ext:1020) Sekretariat Kualiti sebelum 24 Januari 2012.
Kerjasama dan sokongan tuan untuk menjayakan aktiviti kualiti dikampus kesihatan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
---------------------------------------