Fwd: PERMOHONAN KELULUSAN PENGGUNAAN LOGO PERSATUAN DAN SUMBANGAN/PENAJAAN BAGI PROGRAM ‘RESEARCH AND INNOVATION ENGINEERING DAY’ (RADIATE 2024)

1 view
Skip to first unread message

NUR ASHIDA SALIM

unread,
May 24, 2024, 12:48:49 AM5/24/24
to ieee-pes-my-excom


---------- Forwarded message ---------
From: TS. DR. HAZRIQ IZZUAN BIN JAAFAR <haz...@utem.edu.my>
Date: Mon, 20 May 2024, 09:24
Subject: PERMOHONAN KELULUSAN PENGGUNAAN LOGO PERSATUAN DAN SUMBANGAN/PENAJAAN BAGI PROGRAM ‘RESEARCH AND INNOVATION ENGINEERING DAY’ (RADIATE 2024)
To: nurashida.salim <nurashi...@gmail.com>
Cc: PROFESOR MADYA DR HIDAYAT BIN ZAINUDDIN <hid...@utem.edu.my>, PROFESOR IR. DR. GAN CHIN KIM <ck...@utem.edu.my>, TS. DR. MUHAMMAD SHARIL BIN YAHAYA <sha...@utem.edu.my>, TS. AMINURRASHID BIN NOORDIN <aminur...@utem.edu.my>, DR. NORHASLINDA BINTI HASIM <norha...@utem.edu.my>, PROFESOR MADYA DR RAJA NOR FIRDAUS KASHFI BIN RAJA OTHMAN <norfi...@utem.edu.my>, DR. NUR ZAWANI BINTI SAHARUDDIN <nurz...@utem.edu.my>, NUR HASRIHA BINTI MOHAMAD <nurha...@utem.edu.my>, RASHIDAH BINTI AZHAR <rash...@utem.edu.my>


Assalamualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Profesor Madya Ir. Dr. Nur Ashida binti Salim

Pengerusi

IEEE PES Malaysia 2024

(Power & Energy Society)

 

PERMOHONAN KELULUSAN PENGGUNAAN LOGO PERSATUAN DAN SUMBANGAN/PENAJAAN BAGI PROGRAM ‘RESEARCH AND INNOVATION ENGINEERING DAY’ (RADIATE 2024)

 

Perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan menganjurkan Program ‘Research and Innovation Engineering Day’ (RADIATE 2024) yang bakal diadakan pada 12 Jun 2024. Tujuan program ini adalah untuk menggabungkan kesemua pembentangan projek-projek pelajar ke suatu hari khusus di FTKE, UTeM. Projek-projek tersebut terdiri daripada Rekabentuk Projek Bersepadu (IDP), Projek Sarjana Muda (PSM) dan Projek Diploma (ProDIP).

 

3.       Selain daripada itu, program RADIATE 2024 juga diangkat sebagai satu instrumen penilaian yang terdapat dalam pelaksanaan penilaian projek-projek pelajar yang terdiri daripada 336 orang pelajar dengan penyertaan dari semua pelajar Tahun 3 dan Tahun 4 (Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian dan Sarjana Muda Mekatronik dengan Kepujian) serta pelajar Tahun 2 Diploma Kejuruteraan Elektrik.

 

4.       Sehubungan itu, pihak kami sangat berbesar hati untuk mendapatkan kelulusan dalam penggunaan logo persatuan dan penajaan daripada pihak YBhg. Prof. bagi menjayakan lagi program ini. Hasil sumbangan/penajaan ini akan digunakan sebagai hadiah kepada pemenang mengikut kriteria pertandingan.

 

5.       Penajaan boleh dibuat kepada UTeM dengan mengisi borang jawapan di Lampiran A. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklum balas, pihak YBhg. Prof. boleh menghubungi kami, Puan Nur Hasriha binti Mohamad di talian 018-2774291 / e-mel nurha...@utem.edu.my atau Ts. Dr. Hazriq Izzuan bin Jaafar di talian 019-7550045 / e-mel haz...@utem.edu.my.

 

Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof. dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, wassalam.

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

Ts. Dr. Hazriq Izzuan bin Jaafar

Ketua Jawatankuasa Penajaan dan Hadiah RADIATE 2024

Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Tel: 019-7550045

Surat Permohonan Tajaan Radiate 2024 - IEEE PES.pdf
Borang Lampiran A.pdf
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages