Fwd: Persatuan Alumni UiTM Lancar Tabung Bantuan Banjir

5 views
Skip to first unread message

Mohd Shukri Ahmad

unread,
Dec 5, 2013, 10:43:31 PM12/5/13
to hells_engine


---------- Forwarded message ----------
From: Uitm Admin Administrator <uitma...@gmail.com>
Date: 2013/12/6
Subject: Persatuan Alumni UiTM Lancar Tabung Bantuan Banjir
To:


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Khamis melancarkan Tabung Bantuan Banjir Alumni UiTM bagi membantu mangsa banjir yang kini melanda negeri-negeri di pantai timur.

Presiden Persatuan Alumni UiTM Datuk Mohd Zaini Hassan berkata tabung itu akan digerakkan ke kampus UiTM di seluruh negara dengan harapan untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM10 daripada setiap 500,000 anggota alumni universiti.

"Kita juga melihat kemungkinan untuk menyalurkan hasil sumbangan yang diterima menerusi tabung ini kepada badan-badan kebajikan berkaitan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan tabung itu bersama Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar di sini hari ini.

Sumbangan boleh dibuat terus ke Persatuan Alumni UiTM menerusi nombor akaun Maybank 562106-632129, dan orang ramai boleh menghubungi urus setia Alumni di talian 03-5510 0091 untuk pertanyaan lanjut. (Sumber)

Pihak urusetia persatuan juga sedang membangunkan sistem pembayaran atas talian yang khusus agar ahli alumni dapat membuat sumbangan dengan mudah.

Sumbangan anda didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

--

 

Persatuan Alumni UiTM Malaysia

Rumah Alumni , Kolej Melati
Universiti Teknologi MARA

40450 Shah Alam, Selangor

Tel : 03 : 5513 4246 /  011 1218 4246  Fax: 03-5566 4261

Email / Facebook : uitma...@gmail.com

 


Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages