SELEPAS drama episod Mertua vs Menantu disiarkan di saluran 105 Astro Prima sejak 22 Oktober lalu, ternyata drama terbitan Metrowealth (MIG) ini berjaya berada dalam kelompok drama yang mendapat rating paling tinggi di antara drama-drama bersiri yang pernah disiarkan di saluran tersebut.
Bermula 11 Ogos ini, MIG sekali lagi akan ke lokasi bagi menjayakan penerbitan drama seterusnya berjudul Mertua vs Menantu. Drama berkonsep komedi keluarga ini merupakan satu idea bagi mengupas isu yang berlegar dalam kehidupan sebuah rumah tangga. Pergolakan antara seorang ibu mertua dan menantu perempuannya akan disingkap menerusi drama 26 episod ini untuk dijadikan tauladan dan sempadan kepada penontonnya melalui saluran 105 ASTRO PRIMA.
Antara drama terbitan MIG yang sudah ditayangkan adalah drama 26 episod Tentang Bulan (ASTRO RIA), drama bersiri 25 episod Intan Asmara (SAMARINDA TV3), Telemovie Cinta Itu Buta (ASTRO RIA), dan drama bersiri 26 episod Biar Rahsia (RTM2). Manakala yang bakal ditayangkan adalah telemovie Anak Merdeka di ASTRO PRIMA juga bersempena bulan kemerdekaan ini. MIG juga kini dalam proses menyiapkan skrip Jangan Pandang Belakang the series dan juga Jangan Main Belakang untuk musim kedua.
Seusai upacara sertijab, Hendro yang mengenakan setelan jas abu-abu dan kacamata hitam langsung menghampiri menantunya itu. Melihat kedatangan Hendro, Andika pun langsung mencium tangan mertuanya tersebut di hadapan Panglima TNI Jenderal Moeldoko.