Assalamualaikum warahmatullah,
Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Tuan-puan dijemput menghadiri siri pengisian ilmu oleh Ustaz Ghazali Ibrahim* pada 12 – 14hb Jun 2014, anjuran gabungan kumpulan Usrah/Sekretariat Komuniti Malaysia di Qatar, seperti jadual berikut :
# | TARIKH | MASA | TEMPAT | TAJUK |
1 | 12/06/2014 | Pagi : | Doha : | Terbuka untuk Muslimat; |
2 | 12/06/2014 | Selepas Isya : | Al Khor : | Daurah Umum; |
3 | 13/06/2014 | Pagi : | Dukhan : | Daurah Umum; |
4 | 13/06/2014 | Selepas Isya : | Doha : | Daurah Umum; |
5 | 14/06/2014 | Pagi : | Doha : | Daurah Umum/Motivasi; |
6 | 14/06/2014 | Petang : | Doha : | Terbuka kepada semua dan bakal-bakal Jemaah Haji; |
Jamuan akan disediakan . Potluck amatlah dialu-alukan (kecuali untuk program di Al Waha Club -Al Khor, dimana makanan dari luar adalah tidak dibenarkan).
Tuan puan dijemput hadir beramai-ramai dalam usaha menuntut ilmu, mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Kehadiran bakal-bakal jemaah haji 1435H di program khas untuk anda iaitu pada hari Sabtu, 14/06/2014, 5.30ptg - 8.00mlm amatlah digalakkan. (Kedatangan akan diambil).
Wassalam,
Jazakumullah khairan kathira
Anjuran bersama;
*BIODATA RINGKAS:
Ustaz Ghazali Ibrahim adalah seorang Pakar Perunding Faraid dan Harta Pusaka, Perunding Pakar Motivasi kepada bakal Jemaah Haji & Umrah, banyak kali muncul di TV1, TV3, TV9, TV Hijrah, Astro dan radio IKIM. Ustaz Ghazali banyak menulis buku-buku, diantaranya, Kenapa Mesti Merancang Pusaka, RM38 Billion Pusaka belum Dituntut, Memberi Tanpa Diminta Itulah Falsafah Zakat dan Kembara Hati Di Tanah Suci. Beliau juga adalah pengasas syarikatnya sendiri yang diberi nama TIJARAH NETWORK.