Projek Terjemahan Bahasa Melayu
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/11/projek-terjemahan-bahasa-melayu.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bagi anda yang berminat untuk membuat kerja-kerja sukarela dan
menyumbang tenaga, ilmu dan buah fikiran kepada masyarakat dan
komuniti Internet Malaysia, Internet boleh menjadi tempat untuk anda
menyumbang.
Terdapat pelbagai projek dan usaha yang memerlukan tenaga sukarela
terutamanya terutamanya daripada pengguna komputer dan Internet
Malaysia. Usaha yang paling penting, adalah usaha terjemahan untuk
perisian dan dokumentasi.
Usaha terjemahan antara muka (User Interface - UI) perisian sumber
terbuka atau Open Source Software memerlukan bantuan sukarelawan.
Sukarelawan adalah terbuka kepada semua. Sama ada daripada golongan
berpendidikan IT atau tidak, ianya tidak dipentingkan kerana kerja-
kerja penterjemahan tidak melibatkan pengetahuan mendalam IT.
Ianya mudah dan anda akan dibantu oleh sukarelawan yang lebih
berpengalaman. Kamus untuk bahasa melayu boleh dirujuk di
http://ms.wiktionary.org/wiki/Laman_Utama
Tidak kira apa jua peranan anda, keperluan untuk menjadikan Bahasa
Melayu sebagai bahasa IT perlu diusahakan dengan lebih bersungguh dan
peranan yang dimainkan adalah besar.
Tidak kira apa jua peranan anda. Sebagai penterjemah, pemeriksa,
penjaga kualiti, pemerhati, pembetul maklumat, penyebar maklumat dan
pelbagai lagi peranan. Kita sepatutnya berada di dalam projek ini
untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa IT.
Antara Projek yang anda boleh sertai dan sumbangkan tenaga dan masa.
____________________
Ubuntu Bahasa Melayu
____________________
https://edge.launchpad.net/~ms-translators
Ini adalah usaha untuk menterjemahkan perisian-perisian dalam Linux
Ubuntu (
http://www.ubuntu.com/ . Sila sertai kumpulan diatas sebelum
melakukan kerja-kerja terjemahan. Kerja-kerja terjemahan yang sedang
berjalan boleh dilihat di
https://translations.edge.launchpad.net/ubuntu/intrepid/+lang/ms
_____________
Projek Munsyi
_____________
http://munsyi.sourceforge.net/
Pasukan Terjemahan Bahasa Melayu Translation Project
Projek Munsyi adalah laman web rasmi pasukan penterjemah Bahasa Melayu
di Translation Project. Projek ini diasaskan kerana tiadanya satu
pasukan rasmi untuk Bahasa Melayu, dalam usaha menterjemah perisian,
khasnya perisian GNU.
Projek Munsyi, Projek Singa Emas dan Projek Meksom adalah antara usaha-
usaha awal bagi kerja-kerja terjemahan.
_______________________
Wikipedia Bahasa Melayu
_______________________
http://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama
Dipetik terus daripada Wikipedia bahasa melayu.
Sumbangan anda dialu-alukan! Tapak web ini diusahakan oleh penutur
bahasa Melayu tanpa mengira negara asal, dan anda semua digalakkan
untuk turut serta. Anda boleh menyumbang apa-apa jua rencana yang anda
ingini, yang pada pandangan anda, dapat memberi manfaat kepada
pembaca, terutama sekali rencana berbentuk akademik. Setiap rencana di
Wikipedia ini mempunyai pautan sunting di bahagian atas; anda hanya
perlu menekan pautan tersebut untuk membuat perubahan pada rencana
berkenaan. Anda digalakkan membuat percubaan di kotak pasir untuk
mempelajari cara anda boleh menyunting sebarang rencana sekarang.
Sertai Rapat Umum Wikipedia Bahasa Melayu
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:WikiProjek_Rapat_Umum_Wikipedia_Bahasa_Melayu
_______
Rujukan
_______
Risalah Projek Terjemahan Bahasa Melayu
http://foss.org.my/projects/events/pcfair/flyers/TerjemahanBM.pdf/view
Terjemahan English ke Bahasa Melayu
http://www.citcat.com/green_ov.jsp?lang=2
Kerja-kerja Sukarela Yang Boleh Dilakukan Di Internet Malaysia
http://blog.harisfazillah.info/2002/08/kerja-kerja-sukarela-yang-dilakukan-di.html
MyPenguin99
http://tech.groups.yahoo.com/group/mypenguin99/
Wikipedia Bahasa Melayu
http://www.harisfazillah.info-a.googlepages.com/wikipediabahasamelayu
Ubuntu Malaysia
https://edge.launchpad.net/~malaysianteam
Projek Terjemahan Bahasa Melayu OSCC MAMPU
http://knowledge.oscc.org.my/practice-areas/rnd/projek-terjemahan-bahasa-melayu
Laman penulis
http://blog.harisfazillah.info/
Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad
email di
http://groups.yahoo.com/group/haris/ atau email kepada
haris-s...@yahoogroups.com
Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di
http://cikgucyber.blogspot.com/
Wassalam.
Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija
Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...
27 Nov 2008
Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/
This work is licensed under the Creative Commons Attribution-
NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this
license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or
send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San
Francisco, California, 94105, USA.