Guna Facebook Dengan Selamat Dengan HTTPS
Untuk pengguna Facebook untuk selamat, sila tukarkan penggunaan Facebook anda daripada protokol HTTP kepada HTTPS pada pelayar Internet anda.
Caranya :-
(1) Daftar masuk (logged in) akaun Facebook anda
(2) Buat pilihan Account dan Account Setting. (Bahasa Melayu Akaun dan Tetapan Akaun)
(3) Pilih Account Security (Keselamatan Akaun)
(4) Tandakan Secure Browsing (https)
(5) dan klik butang "Save" (Simpan).
HTTP dan HTTPS adalah cara yang digunakan oleh pelayar Internet komputer anda berhubung dengan komputer utama yang mengendalikan laman web Facebook. HTTPS adalah protokol hubungan yang lebih selamat kerana hubungan antara komputer anda dan Facebook adalah dilindungi dalam bentuk encryption. Ia turut digunakan laman web bank-bank dan juga Google Email Gmail.
penggunaan HTTPS lagi diperlukan apabila menggunakan Facebook dalam rangkaian "Wireless". Baca ini Wireless Sekarang Mudah Kena Hack.
Facebook melakukan secara berperingkat untuk aktifkan fungsi ini. Anda mungkin mendapati akaun anda belum lagi mempunyai tatapan (setting) ini. Sentiasa periksa tetapan akaun anda.
Sebagai permulaan gunakan
Bacaan lain
Update Your Internet Explorer Or Change Your Internet Browser or Change Your Operating System
MOSC Survey 2011 Awareness Of OSS Certification
Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di
Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di
E-Makalah
Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija
Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...
Email : linuxmalaysia @ gmail . com
04 Feb 2011