Fwd: Broadcast Groupniaga 8 Jun 2007

1 view
Skip to first unread message

ustaznik admin groupniaga

unread,
Jun 8, 2007, 11:18:01 AM6/8/07
to group...@googlegroups.com
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,

Saya nak ubah cara sikit masa hantar broadcast. Saya nak mulakan broadcast saya dengan kata-kata semangat yang selalu saya baca untuk membantu menggerakkan kita kearah kejayaan walaupun kita berseorangan  dan tiada teman yang mampu membantu serta menemani ....

Dari Anthony Robbins

"I believe life is constantly testing us for our level of commitment, and life's greatest rewards are reserved for those who demonstrate a never-ending commitment to act until they achieve. This level of resolve can move mountains, but it must be constant and consistent. As simplistic as this may sound, it is tstill the common denominator separating those who live their dreams from those who live in regret. "


"Saya percaya bahawa kehidupan ini sentiasa menguji kita- sentiasa nak melihat tahap komitmen kita. Dan ganjaran kehidupan yang paling besar memang disimpan kepada orang-orang yang menunjukkan satu komitmen yang tinggi dan berterusan untuk bertindak ; untuk mengambil tindakan yang perlu sehinggalah mereka mencapai apa yang mereka mahu. Tahap kesungguhan yang sebegini dapat menggerakkan. mengalih gunung ganang; tapi ia mestilah tetap dan dilakukan secara istiqamah. 

Walaupun, ia bunyi sangat mudah, namun ia masih merupakan satu faktor penentu yang memisahkan antara mereka yang mencapai impian mereka dengan  mereka yang hidup dalam penyesalan"

Saya berazam untuk menjadi seorang yang lebih berdedikasi untuk bekerja mencapai impian saya; untuk lebih terancang dalam membina urusan, untuk lebih istiqamah dalam mengambil tindakan yang perlu. Sememangnya, apa yang dinyatakan oleh Anthony Robbins seperti di atas adalah intipati tindakan kita selama ini, yang meletakkan kita pada keadaan kehidupan kita yang seperti ini.

Semoga Allah Taala memberikan kita kekuatan untuk melakukan segala yang perlu untuk mencapai kejayaan kita. Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan kehendakNya.

Seterusnya,

tuan-tuan yang mulia - hari tu, semasa saya menerangkan tentang global fund kepada tuan-tuan, saya sudah buat sedikit kesilapan. Saya sudah silap faham sedikit. Sebenarnya, sepanjang minggu lepas, saya dok sibuk mencari RM8000 untuk masuk sebagai pakej diamond kerana saya ingin mengejar global fund tersebut. Jika saya masuk diamond, maka saya akan mempunyai 30 kotak produk dan saya merancang untuk membuat pek percubaan, pada kadar harga RM10.00 sahaja. Saya sudah kira kos yang terlibat. Satu pek percubaan yang saya nak buat tu akan menelan belanja lebih kurang RM16.00, dan kerana saya bakal menerima global fund, maka saya akan dapat menyerap kos dan dengan itu dapat pergi kepada lebih ramai prospek.

Saya ingat, selepas itu, saya akan tetap dapat global fund setiap bulan.

Rupanya saya sedikit tersilap. Global fund hanya akan dapat pada bulan kita beli 30 kotak. Bulan lepas, global fund untuk diamond ialah RM8400 lebih, jadi sesiapa yang masuk diamond pada bulan lepas, seumpama masuk free - kerana kos nak masuk diamond hanyalah RM8040 sahaja. Saya masih lagi berminat untuk mengambil pakej diamond untuk diri saya, namun, saya nak cuba tanya leader2 saya, kalau2 dia nak beli pek percubaan yang saya nak buat tu untuk dijual pada prospek2 mereka.

Juga, yang menyebabkan saya kalut menyelidik dengan lebih teliti ialah kerana sekarang ini, disebabkan oleh penerangan saya, ada 4 orang yang nak masuk diamond dan beli 30 kotak. Kalut juga dibuatnya, Sebab itu saya selidik dengan lebih teliti. Apa yang pasti, saya tidak akan sekali-kali membenarkan sesiapa pun masuk dengan modal besar sebelum saya dapat pastikan mereka betul2 faham kenapa mereka nak masuk dengan modal besar tu. Saya juga kena pastikan mereka tahu apa yang mereka lakukan.

Saya perlu pastikan terlebih dahulu bahawa mereka sudah ada strategi, atau gameplan tentang apa nak dibuat. Jika mereka memang ada gameplan, maka saya akan nasihatkan mereka masuk dengan modal yang besar. Kerana apa yang pasti, untuk buat bisnes, kita tidak boleh masuk dengan modal yang paling kecil. Melainkan kita sekadar nak jadi pengguna. Kalau nak bina bisnes, sudah tentu kita kena ambil pekej orang bisnes.  Pakej yang saya syorkan jika nak bina bisnes ialah sekurang-kurangnya pakej gold. Kalau takde duit, tak payah masuk gold. Masuk ngan silver dan kerja rajin-rajin bina bisnes.

Kerana bisnes winalite ini, boleh kekal lama. Kita tak perlu berlumba dengan orang yang hebat2, kerana kita berdasarkan produk yang amat baik untuk diniagakan. Ini satu faktor penting supaya kita tidak menganiaya downline kita. Kita perlu pilih bisnes yang sesuai dengan orang yang sanggup kerja kuat walaupun mereka tak pandai. Kita tak boleh cari bisnes yang hanya sesuai kepada mereka yang masuk awal sahaja.

Baiklah seterusnya..

Ingat ye..

Meeting winalite / lovemoon anjuran Groupniaga di kelantan

23 Jun 2007 / 3.00 petang -
penceramah - ustaznik

Seterusnya

Saya ingin kongsi sedikit maklumat dengan rakan-rakan berkenaan winalite dan potensi yang sedang ada dalam genggaman kita sekarang ini. Ramai orang tak tahu keutuhan bisnes winalite ini, kerana masing-masing duduk syok tengok perniagaan yang menawarkan pelan pemasaran "tahap gila"

Yakinlah kalau mreka sekadar bercakap tentang plan, kita akan susah nanti.

1.  Banyak kajian telah dijalankan terhadap negatif ion dan kesannya yang sangat baik kepada kesihatan manusia. Sila layari website berikut  http://detoxion.com/Negative%20Ions.htm (in English)
 
2.  Tuala wanita negatif ion ialah satu produk yang mempunyai nilai komersial dan nilai "menang memakai" yang sangat tinggi. Satu demo ringkas yang boleh dijalankan dalam masa 10-15 minit dapat dilakukan dengan mudah, dan dapat closing rate pada kadar 80%. Tengok video ini. http://www.mywinalite.com/flash/part2_pdts/part2_pdts.html
 
3. Produk ini telah dibuktikan keberkesanan melalui pelbagai ujian. Sila lihat pengiktirafan di sini
http://www.mywinalite.com/sg/products.html

4. Syarikat yang sangat kukuh. Lihat profail
http://www.mywinalite.com/sg/company.html   dan 
http://www.mywinalite.com/flash/part1_company_intro/part1_company_intro.html
 
5. Mencapai jualan RM5 juta dalam bulan pertama di Malaysia ( Jan 2007)
 
6. Mencapai jualan Y 8000 juta di china dalam masa 6 bulan
 
7. Mengadakan world congress di malaysia dengan dihadiri oleh 1500 delegasi, dan 500 delegasi adalah dari 7 negara asing http://www.mywinalite.com/sg/main.html
 
8. Mencapai "Asia Pacific Super Excellence Award " dalam tahun 2007
http://www.mywinalite.com/sg/PDF/MsiaSEbrand.pdf (in Mandarin)
 
9. Dibuka di 8 negara dalam masa 6 bulan  i. China ii. Hong Kong iii. Taiwan iv. Malaysia v. Singapore vi. Philippine vii. Indonesia viii. Thailand
http://www.winalite.com.my/info/asia_pacific_contact.pdf
 
10. Mencapai top 10 dalam syarikat jualan langsung di china pada Mac 2007 - mengatasi syarikat gergasi seperti NuSkin  http://www.winalite.com.my/info/china_mag.pdf  (in Mandarin)
 
11. Menderma Y 10 juta pada persatuan Wanita di China http://www.winalite.com.my/info/china_mag.pdf   (in Mandarin)
 
12.  Pemilik dan Pengerusi winalite En Chen Huaide di temuramah dalam  "Malaysia's Global Business Magazine."
 http://www.mywinalite.com/sg/PDF/GBM_MSIA_032007.pdf (in Mandarin)

13
. Menerima anugeraha Power Brand di Malaysia
 http://www.winalite.com.my/info/brand_dev_cert.pdf
 
14 Pelan Pemasaran yang mudah. Overiding sehingga infiniti tanpa bebanan keperluan Jualan kumpulan peribadi S
http://www.mywinalite.com/flash/part4plan/part4plan.html and attached file.
 
15. Pelan pendidikan perniagaan yang kuat untuk membantu mencapai kejayaan
http://www.mywinalite.com/sg/system.html   dan 
http://www.mywinalite.com/flash/part3_sys/part3_sys.html
 
Sila layari  http://www.winalite.com.my/whats_new.htm untuk maklumat mutakhir di Malaysia,
http://www.winalite.com.sg/index.html Untuk laman web indonesia


Seterusnya

Saya juga menerima beberapa emel dari kumpulan dari indonesia yang menyatakan rasa terkejut dengan broadcast yang saya hantar pada 30hb tempohari, dimana saya menerangkan tentang kekuatan produk kepada tuan-tuan semua. Mereka ingin tahu secara lebih terperinci mengenai cara pengubatan dan cara utnuk menggunakan tuala wanita lovemoon bagi tujuan penjagaan kecantikan.

InsyaAllah, dalam masa yang terdekat, saya akan cuba masukkan maklumat tersebut didalam broadcast yang akan datang. Sekarang ini, saya terpaksa berundur dahulu kerana saya ada beberapa emel yang perlu saya hantar kepada downline dan prospek-prospek saya.

Kita jumpa lagi wahai sahabat-sahabat seperjuangan.

Semoga kita mencapai kejayaan yang sudah lama kita impikan dan sudah lama kita usahakan. InsyaAllah

dengan segala hormatnya


-ustaznik
admin groupniaga
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages