Penceramah Untuk Bengkel Atau Ceramah Berkaitan Kerja-kerja Terjemahan

2 views
Skip to first unread message

Harisfazillah Jamel

unread,
Jan 13, 2011, 6:50:56 AM1/13/11
to gnom...@googlegroups.com, ubuntu-my...@googlegroups.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya memerlukan penceramah-penceramah tetap daripada kumpulan
terjemahan perisian sumber terbuka. Saya bercadang untuk khaskan satu
slot bagi setiap aktiviti dan persidangan yang OSDC.my kendalikan.
Bagi saya usaha terjemahan adalah keutamaan utama.

Penceramah diperlukan untuk perkara berikut.

1) Slot 45 minit atau satu jam, untuk menerangkan tentang usaha-usaha
terjemahan yang melibatkan semua kumpulan yang sedia ada.

2) Bengkel setengah hari atau 1 hari bagi penerangan dan latihan
cara-cara membuat terjemahan kepada kumpulan 20 orang.

3) Koodinasi dengan kumpulan-kumpulan pembangunan
distribusi-distribusi Linux dari Malaysia seperti Oshirix, SimpleLinux
dan My1OS bagi piawai yang sama dalam kerja-kerja terjemahan.

4) Wakil tetap atau suara daripada Projek Terjemahan bagi memudahkan
hubungan dengan pelbagai pihak.

Untuk perkara 1, kita sedang berbincang dengan pelbagai pihak bagi
mengadakan persidangan satu hari dan kemuncak kita pada MOSC2011.

Untuk perkara 2, saya perlu hidupkan semula perbincangan dengan UKM
bagi mewujudkan kerja sama dalam usaha terjemahan. Satu kertas kerja
perlu disediakan dan perlu dikemukakan kepada UKM melalui Komuniti OSS
UKM.

Untuk perkara 3, kumpulan Projek terjemahan akan menjadi penghubung
antara kumpulan-kumpulan distribusi Linux dari Malaysia.

Harapan saya Projek Terjemahan kita dapat berkembang dan mendaulatkan
bahasa kebangsaan kita di mata dunia.

Sekian, terima kasih.

Harisfazillah Jamel

Umarzuki Bin Mochlis Moktar

unread,
Jan 13, 2011, 7:03:51 AM1/13/11
to gnom...@googlegroups.com, ubuntu-my...@googlegroups.com
Bagus ni. Saya setuju membantu untuk #2
signature.asc

Garfield WTF

unread,
Jan 13, 2011, 10:34:49 AM1/13/11
to gnom...@googlegroups.com
Saya jugak akan bantu dlm #2

--
GarfieldWTF
Debian User Community (Malaysia)
http://debmal.my

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages