Ruangan Forum Geng Pintar 989 (Kutu Pintar)

0 views
Skip to first unread message

nizamadib989

unread,
Aug 2, 2008, 2:33:18 PM8/2/08
to Geng Pintar 989
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan pintar saya.
Sebenarnya saya pun tidak tahu dimana saya nak mulakan topic
perbincangan kita. Setelah agak lama saya "men stress kan otak saya
ni", elok lah rasanya saya mulakan dengan bertanya khabar kpd semua
rakan pintar dan apakah pencapaian rakan pintar semua didalam
menjalankan program ini. Ooopsss terlupa....Terimakasih yang teramat
sangat kerana telah menyertai program Kutu Pintar dibawah Group Geng
Pintar 989. Penyertaan serta sokongan yang tidak berbelah bagi dari
anda semua, amat amat saya hargai. Mungkin berbagai bagai pegalaman
pahit manis yang telah rakan rakan semua tempuhi sepanjang menjalankan
program ini. Yee lahh....mungkin ada yg berterimakasih dan tidak
kurang juga yang mentertawa, memperlekeh serta mempersendakan kita
kerana cuba memperkenalkan program ini kpd mereka. Tapi pesan saya
hanya satu..."SEKIRANYA KITA BENAR BENAR IKHLAS, JUJUR DAN YAKIN
DENGAN APA YANG KITA LAKUKAN"..KITA HARUS MENERUSKAN PERJUANGAN KITA
INI KERANA PROGRAM YANG KITA JALANKAN INI ADALAH BERKONSEPKAN INSAN
BANTU INSAN MELALUI PERKONGSIAN BIJAK BERSAMA RAKAN RAKAN PINTAR KITA.
TABAH DAN CEKAL KAN HATI SERTA BELAJAR DAN TAMBAHKAN ILMU DARI SETIAP
YANG BERLAKU. JADIKAN IANYA RENUNGAN ATAU IKTIBAR BUAT DIRI KITA.

Mungkin tanpa kita sedari, kita telah membantu ramai orang
menyelesaikan masalah kewangan, mengubah taraf hidup mereka dengan
memperkenalkan program ini. Saya selalu terfikir, dengan peluang
menyertai PKP (Program Kutu Pintar), alhamdullilah rezeki saya semakin
bertambah dr hari ke sehari. banyak masalah kewangan yang telah
berjaya saya selesaikan dengan bantuan rakan rakan semua. Dari situ
saya rasakan, Allah SWT mungkin menjadikan saya sebagai satu saluran
untuk sama sama berkongsi apa yang telah beliau berikan kepada saya.
Pada hari ini, saya rasakan PKP ini menjadi satu tanggungjawab kepada
saya untuk saya kongsi dengan semua orang di luar sana. Ustaz saya
pernah menyatakan perkara ini kepada saya satu masa dahulu :-

"Setiap rezeki yang kita perolehi dr Allah SWT bukanlah untuk kita
seorang, tapi hendaklah kita sampaikan,bahagikan atau kongsikan
bersama-sama dengan orang lain yang memerlukannya sekiranya ianya
adalah baik, Rezeki yang telah dikurniakan hendaklah kita gunakan ke
jalan yang berfaedah demi mendapat kerahmatan dan keberkatan darinya".
Mengambil iktibar dari kata-kata tersebut, itulah yang saya cuba
lakukan sekarang. Sebenarnya saya tidak kisah apa yang orang akan kata
kerana "Nawaitu" saya hanya satu....Saya melakukannya demi membantu
orang orang di sekeliling saya (sekiranya mereka sudi menerimanya) dan
juga membantu diri saya sendiri. Saya menjalankan program ini bukan
bersandarkan pada "Untung Dan Rugi" tapi saya terima apa sahaja
pemberian darinya. Setiap kali selepas solat, saya tidak lupa untuk
berdoa semoga "Sekiranya PKP ini adalah sesuatu yang benar, maka
permudahkan lah segala urusan yang berkaitan dengannya". Alhamdullilah
setakat hari ini, ianya agak mudah bagi saya.Tq nizam
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages