Gambaran Hari Kiamat ...
? Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala
(bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk
mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail
pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
? Selepas semua makhluk mati, Tuhan
pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada
siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
? Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil
a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh
makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama
padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
? Sekelian manusia hidup melalui benih
anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang
mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji
benih.
? Semua manusia dan jin dibangkitkan
dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika
itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan
yang akan mereka hadapi kelak.
? Lalu datanglah api yang berterbangan
dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke
tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi
yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan
dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak,
suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
? Setelah semua makhluk dikumpulkan,
matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan
tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
? Tiba-tiba langit yang tebal pecah
dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada
Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan
suaranya yang menakutkan.
? Kemudian matahari muncul semula dengan
kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal
dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau
hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan
peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka
bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga
1000 tahun.
? Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi
Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum
oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat
yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam
ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya
lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
? Semua makhluk berada
bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan
dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ-
Pemimpin yang adil. ⅱ-
Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ-
Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ-
Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ-
Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata
“Aku takut pada Allah”. ⅵ-
Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ-
Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.
? Oleh kerana tersangat lama menunggu
di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka
yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan
para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan
manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana
Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim
a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti
Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa
antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
? Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad
SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
? Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka
azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul
oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20
ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy
itu tiba dibumi.
? ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat
besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang
sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa
mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang
sangat kuat.
? Kursi iaitu jisim nurani yang terletak
di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar.
Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam
bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
? Seluruh makhluk pun menundukkan kepala
kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah
kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya
tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid
/ Kiraman Katibin.
? Manusia beratur dalam saf mengikut
Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama
pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri
untuk dibezakan.
? Umat yang pertama kali dihisab adalah
umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.
Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan
darah.
? Apabila tiba giliran seseorang hendak
dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan,
lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan
tangan kiri jika orang bukan mukmin.
? Semua makhluk akan dihisab amalan
mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai
satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang
pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
? Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad
SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
? Perkara pertama yang diminta ialah
Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang
bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
? Ketika dihisab, mulut manusia akan
dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih
dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
? Setelah amalan ditimbang, mahkamah
Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari
makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan
dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
? Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat
: ⅰ-
Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan
hisab. ⅱ-
Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ-
Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua
syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
? Para nabi dan rasul
serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat
kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang
dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
? Setelah berjaya dihisab, manusia
akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim
ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan
ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam
dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
? Fudhail bin Iyadh berkata
perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun
mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti
kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada
yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki
mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
? Para malaikat berdiri di kanan dan
kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti
sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh
ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin
Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul
saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana
sabda Rasulullah SAW:
? Sampaikanlah pesananku walaupun satu
ayat.
? Sesungguhnya apabila matinya seseorang
anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya. ②
Doa anak²nya yang soleh. ③
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
----------------------------------------------------------
The information contained in this communication is intended solely for the use of the individual or entity to whom it is addressed and others authorized to receive it. It may contain confidential or legally privileged information. If you are not the intended recipient you are hereby notified that any disclosure, copying, distribution or taking any action in reliance on the contents of this information is strictly prohibited and may be unlawful. If you have received this communication in error, please notify us immediately by responding to this email and then delete it from your system. Ernst & Young is neither liable for the proper and complete transmission of the information contained in this communication nor for any delay in its receipt.