
Kenyataan Media
Piala
Bolasepak Harmoni Ke Arah Perpaduan dan Keharmonian Merentasi Kaum
- Kami adalah ahli jawatankuasa pihak penganjur
untuk program Piala Bolasepak Harmoni yang dianjurkan oleh Gabungan
Bertindak Malaysia (GBM). GBM adalah gabungan 28 NGO yang tidak berpihak pelbagai
kaum yang ditubuhkan pada tahun 2011. Ia mempunyai matlamat menggalakkan
kesatuan antara kaum, budaya, dan pendidikan bagi melahirkan negara
Malaysia yang lebih baik.
- Dalam beberapa tempoh kesulitan, di mana
timbul ketegangan dalam pelbagai kaum, perlunya satu usaha ke arah
perpaduan bangsa dan keharmonian di kalangan rakyat Malaysia. Dengan itu, GBM mengambil inisiatif
menganjurkan Pertandingan Bolasepak Piala Harmoni.
- Diilhamkan oleh filem seperti “Ola Bola” di
mana ia memaparkan kemuncak kegemilangan pasukan bolasepak Olimpik
Malaysia pada tahun 1980an dan kebersamaan rakyat Malaysia ketika itu, GBM
berhasrat untuk mencipta semula penyatuan seumpama itu melalui sukan dan
menghimpunkan golongan muda bersama.
- Projek Bolasepak Piala Harmoni ini akan
dijadikan sebagai platform untuk menemukan mereka dari pelbagai kaum. Ini
adalah percubaan GBM yang pertama menganjurkan projek perpaduan berasaskan
sukan.
- Dan siapakah yang lebih sesuai untuk menjadi
patron atau pembela/pelindung kepada projek (untuk peringkat Pulau Pinang)
ini kalau bukan legenda bolasepak Malaysia Dato Hj Shukor Salleh, Dato
Mohamad Bakar dan En. Johari Maina.
- Objektif pertandingan ini ialah untuk membantu
membina setiakawan di kalangan belia dari pelbagai kaum dan ke arah
persefahaman dan interaksi yang
lebih baik melalui sukan popular Malaysia – bolasepak.
- Bagi menjayakan Piala Bolasepak Harmoni yang
pertama ini di Pulau Pinang, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Dewan
Perhimpunan Cina Pulau Pinang, Tamil Foundation, Pusat Pembangunan Budaya
Lim Lian Geok (LLG) dan Pertubuhan Pemuda GEMA
Malaysia Negeri Pulau Pinang bersatu tenaga untuk menganjurkan bersama.
Pertandingan ini akan diadakan di Padang Dato Keramat pada 19 Februari
2017.
- Pertandingan Bolasepak ini ditaja oleh
Timbalan Ketua Menteri 1, Yang Berhormat Dato Hj Mohd Rashid Hasnon kerana
keyakinan Dato mengenai pentingnya golongan belia untuk bersatu menuju
masyarakat yang lebih harmoni dan inilah langkah yang betul ke arah itu.
Yang Berhormat Dato Mohd Rashid Hasnon akan merasmikan pertandingan
ini pada 19 Feb nanti.
- Keunikan pertandingan bolasepak ini ialah
semua pasukan peserta mesti dianggotai oleh ketiga-tiga kaum dan satu kaum
tidak boleh melebihi enam orang serta tidak kurang dari dua orang pemain
satu kaum.
- Umur minima penyertaan ialah 18 tahun dan
dan maksima 40 tahun. Setiap pasukan terdiri
dari 12 orang pemain dan perlawanan bolasepak ini ialah 9-sebelah dan 3
pemain simpanan. Format permainan adalah dalam bentuk liga.
- Pemenang pertandingan ini akan mewakili negeri
Pulau Pinang untuk pertandingan peringkat nasional di Kuala Lumpur pada
18-19 Mac 2017. Selain dari Pulau Pinang, pertandingan ini juga telah dan
akan diadakan di negeri-negeri lain seperti Selangor, Perak, Kedah,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
- Motto untuk pertandingan ini ialah “Mari Hidup
Bersama , Main Bersama”. Penganjur Bersama
menekankan kesetiakawanan nombor satu dan persaingan nombor dua.
- Dengan yuran pendaftaran sebanyak RM120 setiap
pasukan, juara pertandingan akan menerima wang tunai RM600 dan naib-juara
pula RM300.
- Kepada pasukan bolasepak dan mana-mana
individu yang berminat untuk menyertai pertandingan yang penuh bermakna
ini, boleh menghubungi penganjur seperti berikut:
i)
Jamaluddin Abdullah – 019 4744220
ii)
Chan Soo Boon – 011 1545 1913
iii)
Selvam – 019 573 5256
iv)
Fahzimran Afnor 011 1474 2794
v)
Kok Wah –
012 538 6993
- Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan
Piala Bolasepak Harmoni, sila layari media sosial kami, Facebook page: Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).
18 Januari 2017
Terima kasih.