Mesy. Agung GEMA P.Pinang & JusTalk: Antara Beban Hutang, Rumah Impian dan Kereta Idaman

2 views
Skip to first unread message

Alfa Red

unread,
Apr 16, 2017, 8:44:11 PM4/16/17
to gema-p...@googlegroups.com, GEMA Pusat
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN PEMUDA GEMA MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG
 

Rujukan: GPP/MAN/2017/01

17 April 2017

 

Saudara/i

Ahli Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia Negeri Pulau Pinang                                                                      

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

MESYUARAT AGUNG NEGERI, PERTUBUHAN PEMUDA GEMA MALAYSIA

NEGERI PULAU PINANG KALI KE-5

 

Semoga Saudara/i sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.

 

2.         Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Negeri (MAN) 2017 Pertubuhan GEMA Malaysia Negeri Pulau Pinang (GEMA Pulau Pinang) akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

 

Tarikh :      23 April 2017 (Ahad)

Masa  :      2 petang

Tempat  :   Conference Hall A, Penang Institute

Alamat: 10, Jalan Brown, George Town, 10350 George Town, Pulau Pinang

Google Maps : https://goo.gl/maps/embJXm2yZyp


Disamping itu GEMA Pulau Pinang juga menganjurkan seminar kewangan belia percuma kepada ahli GEMA bertajuk:


JusTalk: Dilema Anak Muda : Antara Beban Hutang, Rumah Impian & Kereta Idaman - Labur atau Lebur? 

oleh Prof. Dr Mohd Nazari Ismail (Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya)



ATURCARA MAJLIS :

1.30 petang      : Pendaftaran Peserta, Perwakilan & Pemerhati

2.00 petang      : JusTalk: Dilema Anak Muda : Antara Beban Hutang, Rumah Impian & Kereta Idaman - Labur atau Lebur?

4.00                 : Mesyuarat Agung Negeri (MAN) GEMA Pulau Pinang

5.30 petang    : Bersurai

 

AGENDA MESYUARAT AGUNG NEGERI :

· Pengerusi Persidangan mengambil tempat

· Ucapan Aluan Pengerusi

· Pengiraan Kuorum (cukup bilang)

· Ucapan Pengerusi GEMA Negeri Pulau Pinang

· Ucapan Perasmian (wakil GEMA Pusat)

· Pembentangan dan perbincangan Laporan Tahunan

· Pembentangan, perbincangan dan pengesahan Laporan Kewangan

·  Pencalonan dan Pemilihan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Penolong Setiausaha, dan tidak lebih lima (5) Ahli Jawatankuasa sesi 2015-2017 

·  Pencalonan dan Pemilihan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Dua (2) Pemeriksa kira-kira

·  Pemilihan perwakilan GEMA Negeri ke Perhimpunan Perwakilan Nasional

·  Pencalonan Ahli Jawatankuasa Pusat GEMA

· Pembentangan dan Perbahasan Usul

· Ucapan penggulungan oleh Pengerusi GEMA Negeri Pulau Pinang

· Upacara Penutup

 

3.         Sebarang usul (lengkap dengan nama pencadang dan penyokong) hendaklah dikemukakan secara bertulis/email kepada Setiausaha GEMA Pulau Pinang (alamat email : gemapul...@gmail.com) sebelum mesyuarat bermula. Setiap pindaan usul (jika ada) hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi mesyuarat.

 

4.         Semoga Saudara/i dapat menghadiri MAN 2017 ini bagi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang ahli GEMA Negeri Pulau Pinang

 

Segala kerjasama diucapkan terima kasih.

 

Yang Berusaha,

 

 

Muhamed Fared Bin Othman

Setiausaha GEMA Pulau Pinang

0124319582

gemapul...@gmail.com 

sk : Setiausaha Agung GEMA Pusat


Inline image 1


--
______________________________________________________________________________________________
Gusar Telefon Hilang? backup data telefon anda, Gunalah dropbox. Saya sudah, anda bila lagi? reply email saya untuk pertanyaan :)
Ketahui lebih lanjut drop box dan daftar di https://db.tt/cAiSsrqm
________________________________________________________________________________
Muhamed Fared

Setiausaha NGO IKRAM Daerah Barat Daya
JK Belia & JK Media
Youtube: IKRAM Pulau Pinang

P.Setiausaha NGO GEMA Negeri Pulau Pinang
https://www.facebook.com/GEMAPulauPinang
Youtube: GEMA Pulau Pinang

Alfa Red

unread,
Apr 16, 2017, 10:01:45 PM4/16/17
to gema-p...@googlegroups.com, GEMA Pusat
Borang Pendaftaran Kehadiran Mesyuarat Agung GEMA (MAN 2017) dan Seminar Kewangan Belia JusTalk



Borang Pendaftaran Ahli GEMA Pulau Pinang

Biodata – Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail


Profesor Dr. Mohd Nazari mendapat pendidikan awal di Malay College Kuala Kangsar, Perak. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di luar negari dan memperolehi ijazah B.Sc. Ekonomi (kepujian) dari University of Wales, U. Kingdom, Ijazah Sarjana dari State Universiti of New York, Amerika Syarikat dan ijazah Ph.D dari Manchester Business School, Universiti of Manchester, U. Kingdom.


Beliau sekarang bertugas sebagai Profesor di Dasar dan Strategi Perniagaan, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya.

Di samping tugas akademik, beliau pernah menjadi ketua Jabatan Dasar dan Strategi, sebagai Ketua Unit Perancangan Korporat Universiti Malaya dari tahun 1996 hingga 1999 dan dari 2006 sehingga 2010, serta sebagai Dekan, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan pada tahun 2015.


Beliau telah menghasilkan lebih dari 40 puluh penulisan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa serta empat buah buku, yang terakhir bertajuk “The Globalization Debate: A Case of Barking up the Wrong Tree”.  Beliau dalam proses menerbitkan buka kelima berjudul “Industri Hutang dan Malapetaka akibatnya”.


Beliau pernah berkhidmat sebagai perunding atau trainer untuk pelbagai organisasi sektor awam dan swasta termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Lembaga Ikan Malaysia, Kementerian Sains dan Teknologi, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Tabung Haji, Malaysian Institute of Chartered Secretaries, TNB, Risda, KUB dan Proton.


Beliau adalah Fulbright Foundation Visiting Scholar pada tahun di University of Michigan, Ann Arbor, Amerika Syarikat pada tahun 1999 dan Pakar Pelawat Fulbright di Pfeiffer University, North Carolina, Amerika Syarikat pada tahun 2005 dan Visiting Fellow di Oxford Center for Islamic Studies, Oxford, United Kingdom.

Alfa Red

unread,
Apr 22, 2017, 11:38:32 AM4/22/17
to gema-p...@googlegroups.com
Inline image 1

2017-04-17 8:43 GMT+08:00 Alfa Red <red8...@gmail.com>:
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages