Fwd: Pelancaran Sidang Muda 2015

10 views
Skip to first unread message

Alfa Red

unread,
Aug 17, 2015, 2:35:23 AM8/17/15
to gema-p...@googlegroups.com, gema...@googlegroups.com

Kenyataan Media

12 Ogos 2015


Pelancaran Sidang Muda 2015


Sempena dengan Hari Anak Muda Antarabangsa(International Youth Day, IYD) pada 12 Ogos, kami ingin melancarkan program Sidang Muda bagi menggalakkan penyertaan anak muda dalam bidang politik dan pentadbiran. Sidang Muda juga dikenali sebagai Parlimen Muda sebelum ini.


Program ini merupakan anjuran SUARAM Pejabat Pulau Pinang, Student Progressive Front Universiti Sains Malaysia (SPF USM), Pertubuhan Pemuda GEMA Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (Penang Youth Development Cooperation, PYDC). Program ini turut disokongi oleh YDP Dato Speaker Law Choo Kiang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan Pejabat YB Chong Eng, Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.


Sejak tahun 2010, SUARAM Pejabat Pulau Pinang mengadakan Parlimen Muda setiap tahun untuk meningkatkan partisipasi golongan muda dalam perancangan, penyelidikan, penggubalan dasar dan perundangan negeri dan kerajaan tempatan. Penglibatan golongan anak muda dalam program ini adalah amat penting kerana mereka bukan sahaja dapat mengenali cara beroperasi dan fungsi Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi suara dan pandangan anak muda turut dapat disampaikan ke dalam kerajaan negeri. Program ini turut merupakan salah satu aktiviti Festival Demokrasi Tempatan (Local Democracy Festival) 2015.


Berikutan merupakan tarikh dan masa program yang akan diadakan:

1. Program Kepimpinan Anak Muda dalam Urus Tadbir Awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang

a) 12-13 September 2015 (tarikh akhir untuk pendafataran 5 September)

b) 10-11 Oktober 2015(tarikh akhir untuk pendafataran 2 October)


Lawatan akan bermula pada 8.30 pagi hari pertama dan tamat pada 3.30 petang hari kedua. Lawatan termasuk melawat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang (PWDC), Perbadanan Pembangunan Belia Negeri Pulau Pinang (PYDC), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan satu forum anak muda.


Semua anak muda yang berumur antara 18 hingga 25 tahun dijemput untuk menyertai program ini. Anak muda yang masih belajar atau ahli mana-mana persatuan belia amat dialu-alukan. Hanya 20 orang peserta akan diterima untuk setiap lawatan.


2. Sidang Muda 2015 (28-29 November 2015)


Bagi Sidang Muda 2015 pula, hanya 30 ahli sidang akan dipilih dari lawatan-lawatan yang dianjur atau peserta-peserta Parlimen Muda dari 2012-2014 untuk masuk ke Sidang Muda untuk membentang dan berdebatkan usul.


Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Ng 018-4078916 atau emel ke sidan...@gmail.com


Ng Xiang Yi

Naib Presiden SPF USM

Penyelaras Sidang Muda 2015




--
Muhamed Fared

Setiausaha IKRAM Daerah Barat Daya
JK Belia & JK Media

P.Setiausaha GEMA Negeri Pulau Pinang
https://www.facebook.com/GEMAPulauPinangFanpage
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages