|| HARI PEKERJA: REALISTIKKAH MANIFESTASINYA? ||
GST membebankan golong pekerja termasuk golongan muda.
Golongan pekerja, khasnya operator terpaksa bekerja keras bagi menambah pendapatan untuk menampung kos sara hidup keluarga yang semakin meningkat. Hal ini lebih menyedihkan apabila ada kalanya keselamatan dan kesihatan pekerja sentiasa diabaikan majikan.
Sebelum GST (Goods and Services Tax), sesetengah golongan pekerja tidak perlu membayar cukai pendapatan kerana gaji mereka kurang daripada RM 2500.00. Namun, kini semua golong pekerja tidak dikecualikan daripada membayar cukai dengan pelaksanaan cukai GST. Perkara ini telah membebankan golongan pekerja
Golongan pekerja, khususnya golongan muda dibebankan pula dengan pembelian rumah pertama. Kos perumahan semakin meningkat di seluruh dunia. Dalam skim PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia), rumah mampu milik dengan harga antara RM 100,000.00 - RM 400, 000.00 termasuk pinjaman bank mencecah 110% sebenarnya tidak memihak kepada anak muda tetapi lebih berpihak kepada pihak bank dan pemaju.
Kami berharap agar kerajaan boleh menilai semula pelaksanaan GST dan polisi perumahan untuk pekerja dan anak muda.
Selamat Menyambut Hari Pekerja Sedunia 2015.
Ong Jing Cheng
AJK Masyarakat Madani
Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia Negeri Pulau Pinang 2015-2017
