Jemputan Menyertai Pertandingan Bola Sepak Piala Harmoni Peringkat Negeri Pulau Pinang

6 views
Skip to first unread message

Alfa Red

unread,
Jan 26, 2017, 11:47:20 PM1/26/17
to gema-p...@googlegroups.com, sukarelawan_aktivi...@googlegroups.com, ikr...@googlegroups.com, gema...@googlegroups.com



Kenyataan Media

Piala Bolasepak Harmoni Ke Arah Perpaduan dan Keharmonian Merentasi Kaum

  1. Kami adalah ahli jawatankuasa pihak penganjur untuk program Piala Bolasepak Harmoni yang dianjurkan oleh Gabungan Bertindak Malaysia (GBM). GBM adalah gabungan 28 NGO yang tidak berpihak pelbagai kaum yang ditubuhkan pada tahun 2011. Ia mempunyai matlamat menggalakkan kesatuan antara kaum, budaya, dan pendidikan bagi melahirkan negara Malaysia  yang lebih baik.
  2. Dalam beberapa tempoh kesulitan, di mana timbul ketegangan dalam pelbagai kaum, perlunya satu usaha ke arah perpaduan bangsa dan keharmonian di kalangan rakyat Malaysia.  Dengan itu, GBM mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Bolasepak Piala Harmoni.
  3. Diilhamkan oleh filem seperti “Ola Bola” di mana ia memaparkan kemuncak kegemilangan pasukan bolasepak Olimpik Malaysia pada tahun 1980an dan kebersamaan rakyat Malaysia ketika itu, GBM berhasrat untuk mencipta semula penyatuan seumpama itu melalui sukan dan menghimpunkan golongan muda bersama.
  4. Projek Bolasepak Piala Harmoni ini akan dijadikan sebagai platform untuk menemukan mereka dari pelbagai kaum. Ini adalah percubaan GBM yang pertama menganjurkan projek perpaduan berasaskan sukan.
  5. Dan siapakah yang lebih sesuai untuk menjadi patron atau pembela/pelindung kepada projek (untuk peringkat Pulau Pinang) ini kalau bukan legenda bolasepak Malaysia Dato Hj Shukor Salleh, Dato Mohamad Bakar dan En. Johari Maina.
  6. Objektif pertandingan ini ialah untuk membantu membina setiakawan di kalangan belia dari pelbagai kaum dan ke arah persefahaman dan interaksi  yang lebih baik melalui sukan popular Malaysia – bolasepak.
  7. Bagi menjayakan Piala Bolasepak Harmoni yang pertama ini di Pulau Pinang, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, Tamil Foundation, Pusat Pembangunan Budaya Lim Lian Geok (LLG) dan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia Negeri Pulau Pinang bersatu tenaga untuk menganjurkan bersama. Pertandingan ini akan diadakan di Padang Dato Keramat pada 19 Februari 2017.
  8. Pertandingan Bolasepak ini ditaja oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Yang Berhormat Dato Hj Mohd Rashid Hasnon kerana keyakinan Dato mengenai pentingnya golongan belia untuk bersatu menuju masyarakat yang lebih harmoni dan inilah langkah yang betul ke arah itu. Yang Berhormat Dato Mohd Rashid Hasnon akan merasmikan pertandingan ini pada 19 Feb nanti.
  9. Keunikan pertandingan bolasepak ini ialah semua pasukan peserta mesti dianggotai oleh ketiga-tiga kaum dan satu kaum tidak boleh melebihi enam orang serta tidak kurang dari dua orang pemain satu kaum.
  10. Umur minima penyertaan ialah 18 tahun dan dan maksima 40 tahun. Setiap pasukan terdiri dari 12 orang pemain dan perlawanan bolasepak ini ialah 9-sebelah dan 3 pemain simpanan. Format permainan adalah dalam bentuk liga.
  11. Pemenang pertandingan ini akan mewakili negeri Pulau Pinang untuk pertandingan peringkat nasional di Kuala Lumpur pada 18-19 Mac 2017. Selain dari Pulau Pinang, pertandingan ini juga telah dan akan diadakan di negeri-negeri lain seperti Selangor, Perak, Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
  12. Motto untuk pertandingan ini ialah “Mari Hidup Bersama , Main Bersama”. Penganjur Bersama  menekankan kesetiakawanan nombor satu dan persaingan nombor dua.
  13. Dengan yuran pendaftaran sebanyak RM120 setiap pasukan, juara pertandingan akan menerima wang tunai RM600 dan naib-juara pula RM300.
  14. Kepada pasukan bolasepak dan mana-mana individu yang berminat untuk menyertai pertandingan yang penuh bermakna ini, boleh menghubungi penganjur seperti berikut:

i)                    Jamaluddin Abdullah – 019 4744220

ii)                  Chan Soo Boon – 011 1545 1913

iii)                Selvam – 019 573 5256

iv)                Fahzimran Afnor  011 1474 2794

v)                  Kok Wah 012 538 6993

 

  1. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan Piala Bolasepak Harmoni, sila layari media sosial kami, Facebook page: Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).
18 Januari 2017
Terima kasih.

Syarat Penyertaan dan Borang Penyertaan boleh didapati di pautan berikut: 

--
______________________________________________________________________________________________
Gusar Telefon Hilang? backup data telefon anda, Gunalah dropbox. Saya sudah, anda bila lagi? reply email saya untuk pertanyaan :)
Ketahui lebih lanjut drop box dan daftar di https://db.tt/cAiSsrqm
________________________________________________________________________________
Muhamed Fared

Setiausaha NGO IKRAM Daerah Barat Daya
JK Belia & JK Media
Youtube: IKRAM Pulau Pinang

P.Setiausaha NGO GEMA Negeri Pulau Pinang
https://www.facebook.com/GEMAPulauPinang
Youtube: GEMA Pulau Pinang
Kenyataan Media Penang (01).doc
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages