Sidang Muda Pulau Pinang 2015

3 views
Skip to first unread message

Alfa Red

unread,
Sep 28, 2015, 9:14:21 AM9/28/15
to gema-p...@googlegroups.com, gema...@googlegroups.com, sukarelawan_aktivi...@googlegroups.com
Ingin melawat ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang?
Ingin mengasah bakat kepimpinan anda?

Jom sertai Sidang Muda Pulau Pinang 2015 anjuran SUARAM Cawangan Pulau Pinang, Student Progressive Front Universiti Sains Malaysia (SPF USM) dan Pertubuhan Pemuda GEMA Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama dari Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (Penang Youth Development Cooperation, PYDC). 

Program ini turut disokongi oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan Pejabat Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti. 

Sila e-mel kepada kami ke sidan...@gmail.com sekarang!
Borang penyertaan: 




Inline image 1

Sidang Muda Pulau Pinang 2015

Mulai tahun 2010, SUARAM Cawangan Pulau Pinang akan mengadakan program khas untuk golongan muda pada setiap tahun bagi meningkatkan partisipasi golongan muda  dalam perancangan, penyelidikan, penggubalan dasar dan perundangan negeri. 

Penglibatan golongan anak muda dalam program ini adalah amat penting kerana mereka bukan sahaja dapat mengenali cara beroperasi dan fungsi Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi suara dan pandangan anak muda turut dapat disampaikan ke dalam kerajaan negeri. Program ini turut merupakan salah satu aktiviti yang dianjur sempena Festival Demokrasi Tempatan (Local Democracy Festival) 2015. 

Program ini sebenarnya mengambil iktibar dari program United Kingdom Youth Parliament (UKYP) yang bertujuan membawa suara anak muda ke dalam Parlimen Negara dalam isu polisi dan dasar negara. 

Melalui inisiatif melibatkan golongan muda dalam kuasa legislatif secara berterusan, kami berharap usaha ini akan menjadi program tahunan di Pulau Pinang supaya suara anak muda dapat didengar. 

Isu-isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia seperti pendidikan, perumahan, pengangkutan awam dan kebajikan sosial akan ditumpu perhatian dalam sidang muda yang diadakan. 

--
______________________________________________________________________________________________
Gusar Telefon Hilang? backup data telefon anda, Gunalah dropbox. Saya sudah, anda bila lagi? reply email saya untuk pertanyaan :)
Ketahui lebih lanjut drop box dan daftar di https://db.tt/cAiSsrqm
________________________________________________________________________________
Muhamed Fared

Setiausaha NGO IKRAM Daerah Barat Daya
JK Belia & JK Media

P.Setiausaha NGO GEMA Negeri Pulau Pinang
https://www.facebook.com/GEMAPulauPinangFanpage

Alfa Red

unread,
Oct 27, 2015, 12:00:31 AM10/27/15
to gema-p...@googlegroups.com, gema...@googlegroups.com, sukarelawan_aktivi...@googlegroups.com
Sidang Muda Bengkel Kedua terbuka untuk pendaftaran sekarang!

Peserta bukan sahaja berpeluang melawat ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan agensi kerajaan negeri, malahan juga dapat mengasah bakat kepimpinan dan mengenali konsep politik dan demokrasi!

Sertai kami sekarang!
Borang Penyertaan: 

Anda juga berpeluang berjumpa dengan Ahli Parlimen Pandan dan Naib Presiden/Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, YB Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, YB Tony Pua! 

Maklumat lanjut sila emel ke sidan...@gmail.com atau hubungi Xiangyi 018-4078916.

Inline image 1

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages