PANJI HITAM DARI TIMUR.

213 views
Skip to first unread message

tigermalaya69

unread,
Apr 14, 2011, 10:08:32 PM4/14/11
to GABUNGAN
SOALAN: Ustaz, melalui orang dakwah saya sering mendengar tentang
kebangkitan islam kali ke 2 di sebelah timur . kebangkitan kali ini di
terajui oleh orang melayu dari malaysia katanya. Boleh ustaz kemukakan
hujah yang mudah saya fahami tentang perkara ini?

JAWAPAN: Tuhan telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya
bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Tuhan untuk umat yang datang
sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-
Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan
rasul. Maka diceritakanlah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada
yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu,
umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan mene rima
takdir yang bakal berlaku.

Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah:

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah
zaman kenabian itu sebagai ma na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah
mengang kat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekha lifahan
(Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka
berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah
mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit
(Zaman Fit­nah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah ke hen
daki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pe nin
dasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berla ku lah zaman itu
sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekha
lifahan (Imam Mah di dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara
hidup Zaman Kenabian.”
(Riwayat Ahmad)

Demikianlah Tuhan telah siapkan satu grand design untuk umat
Rasulullah SAW. Kini, sesudah lebih 1400 tahun ke wafatan Nabi penutup
SAW, sebahagian besar dari jadual atau agenda dalam Hadis di atas
sudah berlaku. Melalui Hadis ini, terdapat satu janji Tuhan yang belum
berlaku tapi bakal ber laku tidak lama lagi iaitu Islam akan kembali
gemilang seperti Zaman Kenabian di akhir zaman di bawah pimpinan Imam
Mahdi dan Nabi Isa a.s.

Jadual Tuhan yang Telah Berlaku

Telah banyak jadual Tuhan yang terjadi dalam sejarah sama ada yang
positif atau negatif. Berikut adalah dua jadual besar positif yang
telah pun berlaku.

1. Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan Islam

Ketika menggali parit dalam persiapan peperangan Khandaq, Rasulullah
telah memberitahu para Sahabat bahawa Rom dan Farsi akan jatuh ke
tangan umat Islam.

Rom dan Farsi ketika itu adalah dua super power dunia, bagaikan
Amerika dan Rusia (sebelum kejatuhannya dalam tahun 80-an). Dan
ternyata Hadis itu terbukti dengan jatuh nya Romawi Timur dan Farsi ke
tangan tentera Islam pada zaman Khalifah Umar Al Khattab. Bahkan
jadual ini Tuhan nyatakan dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah ja jah an nya dan
mereka (Rom) selepas itu akan menga lah kan Farsi di beberapa tahun
kemudian. Sama ada se be lum dan selepas, semuanya dalam urusan
(jadual) Allah. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang mukmin bergem
bira dengan pertolongan Allah itu.” (Ar Rum: 2-4)

2. Konstantinopel jatuh ke tangan Islam

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang
baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampaui batas, tidak mencuri
dan (rakyat) tidak menipu dan tidak bergaul bebas.”
(Riwayat Al Imam Abu Hassan Ahmad bin Jaafar) – Dipetik dari kitab Al
Uq dud durar fi akhbar Al Muntazar.

Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Pasti Konstantinopel akan dibuka (ditakluk), dan sebaik-
baik ketua adalan ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah
tenteranya.”
(Riwayat Ahmad dan Hakim dari Busyr Al Ghanawi)

Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk me re but janji
Tuhan tentang kejatuhan Konstantinopel itu, dengan harapan di tangan
merekalah berlaku janji tersebut. Te tapi mereka gagal sehinggalah 600
tahun sesudah kewa fatan Rasulullah. Hal ini baru terjadi di tangan
Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Lalu dari situlah munculnya
Turki Usmaniah yang menjadi empayar kepada tiga benua dengan 29 negara
di bawah takluknya. Hingga hari ini kalau kita ke Turki, kita masih
dapat saksikan kesan-kesan kege milangan dan kegagahan Islam yang
ditinggalkan itu.

Jadual Tuhan untuk umat Islam akhir zaman

Tuhan telah menyiapkan satu jadual untuk umat akhir zaman. Maka kita
sepatutnya berjuang dan berlumba-lumba untuk membuktikannya
sebagaimana para Sahabat dahulu. Antara janji-janji Tuhan dalam jadual-
Nya untuk zaman ini seperti berikut:

1. Kegemilangan Islam akan berulang di akhir zaman

Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata
bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari,
nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang
lelaki dari keturunanku atau kaum keluargaku, namanya sama dengan
namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia
dengan keadilan sebagaimana (sebe­lum nya) ia telah dipenuhi dengan
kezaliman.”

(Ri wa yat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam
Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)

2. Kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula dari Timur

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada
di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari
kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata
Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun
bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami
sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami
Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan
penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari
sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna
hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka
pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka
minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menye
rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi
dengan keadilan seba gai mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di
antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun
merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”
(Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

3. Setiap awal kurun Allah akan datangkan mujaddid (reformer)

Rasulullah SAW bersabda

Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

“Sesungguhnya Allah mengu tus pada umat ini di setiap awal 100 tahun
seorang (mujad did) yang akan memperbaharui urusan agama mereka.”
(Ri wayat Abu Daud)

4. Imam Mahdi mujaddid dan khalifah akhir zaman

i. Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau
berkata bahawa Nabi SAW bersabda :

Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari,
nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang
lelaki dari keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya
sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan
sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.”

(Riwayat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti,
Mujaddid kurun ke-9)

ii. Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat yang lain:

Dari Abu Nu’aim mengeluarkan dari Abi Said dan Nabi SAW katanya: “Al
Mahdi daripada kami Ahlul Bait, seorang lelaki dari umatku, mancung
hidungnya. Dia memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana ia di penuhi
ke­zaliman.”

iii. Sabda Rasulullah SAW lagi:

Dan telah mengeluarkan Abu Na’im dan Al Khatib dalam Talkhis Al
Mutasyabih dari Ibnu Umar katanya sabda Rasulullah SAW: “Akan keluar
Al Mahdi dan di atas kepalanya malaikat yang menyeru: Inilah Al Mahdi
dan ikutilah dia.”

5. Putera Bani Tamim dari Timur pemegang panji-panji Imam Mahdi

Dikeluarkan oleh Tabrani dalam Al Ausat:

Maksudnya: Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah memegang tangan
Sayidina Ali dan bersabda:

“Akan keluar dari sulbi ini, seorang pemuda yang akan meme nuhi dunia
dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu
maka wajiblah bagi kamu bersama (yakni dengan mencarinya) Pe­muda dari
Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang
panji-panji Al Mahdi.”

(Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

6. Jemaah kebenaran pimpinan Putera Bani Tamim men dapat kemenangan di
Timur dan merintis jalan untuk Imam Mahdi.

i. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Akan sentiasa ada toifah di kalangan umatku yang
menzahirkan kebenaran, mereka tidak akan dirosakkan oleh penentang
mereka hinggalah da tang nya ketentuan Allah (Kiamat).”
(Riwayat Muslim)

ii. Sabda Nabi SAW, dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Abu
Nuaim:

Maksudnya: Daripada Tsauban, telah bersabda Rasu lullah SAW:

“Akan datang panji-panji hitam dari Timur, hati mereka seperti
kepingan besi. Barang siapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah
mendatangi mere ka dan berbai’ahlah kepada mereka walaupun ter paksa
merangkak di atas salji.”
(Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

iii. Dari Ibnu Majah dan Tabrani daripada Abdullah bin Al Haras bin
Juzu’ Al Zubaidi telah bersabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Akan keluarlah manusia dari Timur, mereka itu merintis
kekuasaan untuk Al Mahdi.”

(Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

v. Hadis Ibnu Mas‘ud

Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada
di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari
kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata
Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun
bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami
sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami
Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan
penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari
sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna
hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka
pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka
minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka me nye
rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabat­ku yang memenuhi
bumi dengan keadilan seba gai mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan.
Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka
walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”
(Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

7. Pengisytiharan Imam Mahdi pimpinan ummah di Mekah

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya ketika zahir Al Mahdi, menyerulah malaikat dari atas
kepalanya: “Inilah Al Mahdi sebagai khalifah Allah, maka kamu ikutilah
dia.” Seluruh manu sia tunduk dan patuh kepadanya dan mendapat kasih
sayangnya. Sesungguhnya Al Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan
adapun yang berbai’ah kepadanya antara rukun Al Aswad dan maqam
Ibrahim, yang pertama sebanyak bilangan ahli Badar, kemudian Abdal
dari Syam mendatanginya, diikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib
dari Timur. Setelah itu Allah mengutus kepadanya tentera dari Khurasan
dengan bendera-bendera (panji-panji) hitam dan mereka menuju ke Syam.
Dan Allah menghantar kepadanya 3000 malaikat dan Ashabul Kahfi adalah
di antara pembantunya.”

(Al Hadis dari kitab As’afur Raghibin)

Sesuai dengan janji Allah dan bukti-bukti nyata maka Islam lah yang
akan menggantikan kuasa Amerika sebagai super power dunia nanti. Ini
giliran Islam. Islam akan bangkit kembali dan menjadi sebuah empayar
dan sekali lagi bumi akan dinaungi oleh keadilan dan kemakmuran. Dunia
akan diserahkan lagi kepada umat Islam sebagaimana Allah telah
menyerahkannya kepada Rasulullah dan para Sahabat.

Kita kini berada di akhir zaman yang mana sedang berlaku kemuncak
kerosakan di lautan dan di daratan. Segala sistem hi dup yang ada hari
ini telah begitu rosak. Semakin dicari penye lesaian semakin kronik
keadaannya. Pembunuhan, per gaduhan, peperangan, penzaliman,
penindasan, tipu-menipu, mementingkan diri, jatuh-menjatuhkan dan lain-
lain berlaku di mana-mana. Masyarakat manusia sudah tidak ada kasih
sayang, tidak boleh bekerjasama, tidak bertolak ansur dan tidak
bertolong bantu. Pergaduhan berlaku di antara suami isteri, anak-anak
dengan ibu bapa, murid dengan guru, buruh dan majikan, rakyat dan
pemimpin, negara dengan negara lain. Manusia sudah hilang
kemanusiaannya.

Watak dunia hari ini menunjukkan sudah sampai masanya Tuhan
mengutuskan penyelamat bagi memimpin manusia serta membaiki segala
kerosakan yang berlaku. Begitulah se jarah memberitahu kita. Tambahan
pula kita kini berada di sekitar awal kurun yakni awal kurun ke-15
(suku kurun pertama). Di waktu inilah sepatutnya; sepertimana berlaku
di kurun-kurun sebelum ini; lahirnya seorang mujaddid.

Jadual Tuhan untuk umat akhir zaman ini nampaknya sedang berlaku di
waktu ini. Kebangkitan Islam kali pertama sedang berulang di sebelah
Timur dengan kehendak Allah. Kita dapat lihat suatu kebangkitan Islam
se dang melanda dunia terutamanya di nusantara ini. Inilah dia akhir
zaman yang dijanjikan itu.

Rupa-rupanya akhir zaman yang dimaksudkan ialah se kitar kurun ke-15
Hijrah ini. Dan Timur yang dimaksudkan ia lah Gugusan Kepulauan Melayu
iaitu Malaysia, Indonesia dan sekitarnya. Walau bagaimanapun
kebangkitan di Malaysia nampaknya lebih me nonjol.

Berdasarkan Hadis tentangnya, secara umumnya Jadual Tuhan itu berlaku
seperti berikut:

• Di waktu Islam sedang musnah dan binasa di alam Melayu (Timur),
bangunlah seorang manusia yang Allah janjikan untuk menyelamatkan
kembali agama-Nya. Dia seorang yang berbangsa Quraisy dari Bani Tamim
tetapi sudah nipis sekali kearabannya. Ini kerana seperti yang kita
tahu, orang-orang Arab yang datang ke Timur pada masa dahulu sudah
berkahwin dengan orang ajam (bangsa selain Arab) maka tidak pelik
kalau Putera Bani Tamim itu sudah nipis Arabnya. Rasulullah tidak
menyebut salasilah tetapi banyak memperkatakan tentang ciri-ciri
fizikal Putera Bani Tamim ini serta ciri-ciri perjuangan dan
pengikutnya. Sebab itu untuk mencari Putera Bani Tamim yang dijanjikan
itu, kita carilah ciri-ciri dan stail perjuangannya, bukan
salasilahnya.

Dia berjuang mulanya tentu melalui kumpulan kecil tetapi kumpulan
atau jemaah atau toifahnya kemudian mem besar. Sifat toifahnya mirip
kepada jemaah Rasulullah kerana wanitanya berpakaian serba hitam
seperti gagak-ga gak hitam. Lelakinya berjubah serban. Pengikutnya
sangat berpadu seolah-olah lahir dari satu ibu dan ayah. Cita-cita dan
azam mereka kental dan besar. Ibarat kalau me reka hendak meratakan
gunung sekalipun, dapat me reka lakukan. Rasulullah SAW dalam Hadis
yang panjang menyebut malaikat Jibril a.s. sebagai berkata:

Maksudnya: “Maka Allah Azzawajalla mengumpul kan sahabatnya (Al Mahdi)
sejumlah ahli perang Badar atau tentera Thalut iaitu 313 lelaki.
Mereka bagaikan singa jantan yang keluar dari hutan, hati mereka bagai
kan besi waja, kalau mereka bercita-cita untuk mengubah gunung nescaya
boleh dilakukannya. Gaya mereka adalah satu dan pakaian mereka juga
satu, seolah-olah bapa mereka bapa yang satu.”

(Dipetik dari kitab Aqdur Durar fi Akhbar Al Muntazar tahun 1983 m.s.
95)

• Dia (Putera Bani Tamim) meminta kebaikan dari penguasa negara di
mana dia berjuang tetapi tidak diberikan. Na mun dia dan pengikutnya
terus berjuang hingga akhirnya berjaya negara itu diserahkan padanya.
Ertinya toifah kecil itu telah membesar ke peringkat daulah Islamiah.

• Terdapat juga Hadis yang menyebut Putera Bani Tamim juga diterima
kepimpinannya di Khurasan. Hadis yang dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu
Nuaim berbunyi:

Maksudnya: Dari Tsauban r.a. dia telah berkata: Telah bersabda
Rasulullah SAW: “Apabila kamu lihat panji-panji hitam telah diterima
di sebelah Khurasan maka datangilah ia sekalipun merangkak di atas
salji. Kerana sesungguhnya padanya ada khalifah Allah iaitu Al Mahdi.”

• Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah, tidak lama selepas itu
(dua tahun) zahirlah Imam Mahdi. Namanya sama seperti nama Rasulullah,
nama bapa dan nama ibu nya sama seperti nama bapa dan ibu Rasulullah
yakni namanya Muhammad bin Abdullah dan ibunya Aminah.

Tentang Imam Mahdi, Rasulullah mengait kan dengan baginda dari segi
hubungan darah. Maka faktor salasilah Imam Mahdi adalah penting, sebab
ia disebutkan di dalam Hadis. Tidak sepertimana Putera Bani Tamim
tadi, Rasu lullah hanya menyebut tentang ciri-ciri fizi kalnya.

• Putera Bani Tamim kerana rapat dengan Imam Mahdi seperti rapatnya
Nabi Harun dengan Nabi Musa, maka telah menyerahkan kuasa negaranya
kepada Imam Mahdi, jelas disebut dalam Hadis. Dia muncul di Mekah,
antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim, terus mengisytiharkan dirinya
sebagai Imam Mahdi.



• Penyerahan kuasa daulah kepada Imam Mahdi dilakukan oleh Putera Bani
Tamim.

• Apabila Imam Mahdi berkuasa, maka Islam akan berkem bang ke seluruh
dunia. Tetapi ramai lagi manusia yang belum Islam hingga turunnya Nabi
Isa a.s. Dunia dan ma nusia seluruhnya akan masuk Islam. Terjadilah
keamanan sejagat melalui pemimpin tiga serangkai: Putera Bani Tamim,
Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.

Setelah kedatangan Nabi Isa a.s., semua manusia akan masuk Islam. Maka
selamatlah manusia daripada api Neraka. Itulah dikatakan rahmat Tuhan
kepada seluruh manusia.

Sejarah pasti berulang. Kita beruntung kerana dengan kasih sayang
Allah, diberitahu apa-apa yang bakal terjadi. Bolehlah kita bersiap
sedia. Seperti juga peristiwa selepas mati, di alam Barzakh, di Padang
Mahsyar, di Syurga, Neraka dan lain-lain lagi semuanya Allah sudah
ceritakan. Supaya kita tidak menyesal nanti. Beruntunglah orang yang
direzeki kan dengan iman kepada yang ghaib ini. Rugi besarlah orang
yang mengingkarinya.
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages