tigermalaya69
unread,Apr 14, 2011, 10:12:49 PM4/14/11Sign in to reply to author
Sign in to forward
You do not have permission to delete messages in this group
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to GABUNGAN
UCAPAN UNTUK PARA PEMBACA (Petikan surat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani)
Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang
berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang
menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan
cahaya rahsia-rahsia Ilahi.
Bila cahaya dari “Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…”
mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu
hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang
berkilau-kilauan terang benderang…” Kemudian kepada hati itu anak
panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan
mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat,
dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya
ke atas pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia
“memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh api”. Kemudian lampu
makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri. Mana mungkin ia
tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allah menyinarinya?
Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada
rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang “…dan
berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)…”. Bukanlah
bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah “…
menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang”. Sekiranya
lampu rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang
lain akan datang secara sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya
kamu telah ketahui sebahagian yang lain akan kami beritahu di sini.
Baca, dengar, cuba fahamkan. Langit ketidaksedaran (kelalaian) yang
gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian serta
keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit memancarkan
“cahaya di atas cahaya” berterusan meninggi di langit, melepasi
peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi
kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah
langit, menghambat kegelapan kelalaian. “(Aku bersumpah) demi malam
apabila ia senyap sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…” malam
ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu
akan menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi”
terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang
dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul
di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata:
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka
memohon keampunan Allah
Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.
Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan
matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri,
Lantaran kamu adalah “yang Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada
jalan yang benar” dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di dalam
kesesatan”. Dan kamu akan memahami rahsia:
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam
mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).
Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan yang Allah
adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan tabir-tabir
akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah
pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.
Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya
rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan
bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya