tigermalaya69
unread,Apr 14, 2011, 10:02:25 PM4/14/11Sign in to reply to author
Sign in to forward
You do not have permission to delete messages in this group
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to GABUNGAN
RINGKASAN PENYEBARAN DAN PERKEMBANGAN DUNIA MELAYU ISLAM DI KEDAH
DARUL AMAN
Ditulis dan disusun kembali oleh BlogMaster (Pok Nik)
Nota Khas : Terdapat banyak pindaan terpaksa dilakukan kerana input-
input baru yang diperolehi supaya artikel ini ditulis dengan fakta
yang setepat-tepatnya. Diminta para pembaca agar sentiasa mengunjungi
blog ini untuk mendapatkan versi terbaru artikel ini. (Pindaan
Terbaru : 4 September, 2010)
Penghargaan :
Al-Allamah Tuan Guru Haji Ustaz Ahmad Junaidin bin Haji Che Din (yang
telah memberikan blogmaster kebenaran serta semakan rasmi ke atas
artikel ini)
Penafian :
Apa sahaja maklumat yang dipaparkan adalah pendapat mengikut kajian
Persatuan Warga Melayu dan tidak semestinya selaras dengan pendapat
lain-lain pihak yang mempunyai minat dalam isu yang sama.
Sekitar kurun ke 10 dan 11 Masihi, Kumpulan berfahaman Syiah di Iran
telah memulakan gerakan memburu dan menghapuskan Ahli Sunnah Wal
Jamaah yang berada di bumi Iran ketika itu. Golongan Sunni adalah dari
kalangan suku kaum Kurdis (Kalahar) .
Oleh kerana keadaan amat terdesak, golongan Ahli Sunnah Kurdis
terpaksa berhijrah secara besar-besaran ke Afrika, India, Timur
Tengah, Timur Jauh dan New Zealand. Sebahagian daripada mereka juga
telah tiba di Nusantara dan membuka penempatan baru di Kedah yang juga
dinamakan mereka sebagai Kalahar (sempena mengambil nama suku kaum
Kurdis Sunni) yang pada masa itu baru sahaja menerima kesan serangan
Raja Rajendra Chola (Lihat Nota 1).
(Nota 1) Ini dikaitkan dengan serangan tentera Islam ke atas sebuah
Kerajaan Hindi di Pantai Koromandel bernama Chola. Raja Rajendra juga
tidak berpuas hati dengan penguasaan Sri Vijaya di Nusantara. Baginda
telah menghantar ratusan kapal perang untuk memusnahkan Empayar Sri
Vijaya termasuk Kadaram (Kedah) Dalam tahun 1027 -1030M Rajendra Chola
1 [1018-1044M] melancarkan serangan ke atas Sriwijaya dan Sampugita
dengan membawa balik harta rampasan Raja Kadaram [Kedah], Sangrama
Vijayattung –varman tanpa membangunkan pemerentahan di Negara-negara
yang diserangnya. Walau bagaimanapun ia telah menimpakan kemusnahan
yang teruk ke atas Sriwijaya dan Sampugita. Antara negeri yang turut
dimusnah akibat serangan itu ialah Gangga Negara [Perak] dan Medang
Bhumi [Kelantan]. Sriwijaya yang berpusat di Palembang pada masa itu
bersama Sampugita termasuk Jawa menyerang balas Negara Pandya di India
Selatan dan Ceylon. Rajendra Chola 1 akhirnya dibunuh [1044] oleh
tentera-tentera Melayu dari Negara bersekutu itu. Pada 1068-1069M Vira
Rajendradeva putera Rajendra Chola 1 menyerang Kandaram yang dibawah
jajahan Sriwijaya Palembang dan kemudian menyerah kembali lepada
rajanya [serangan ini merupakan pertolongan lepada seorang raja yang
menuntut takhta]. Selepas ini tidak ada tanda-tanda bahawa kerajaan
Sampugita jatuh ke tangan Chola.
Ketika itu, Maharaja Durbar I iaitu Merong Mahawangsa (Sri Vijaya)
menjadi duta Maharaja Rom ( Keturunan Iskandar Zulkarnain - Macedonia)
(Lihat Nota 2) untuk membawa Putera Raja Rom bagi mengahwini Puteri
Maharaja China. Baginda berasal dari Gumarun (Lihat Nota 2), Parsi dan
pernah ditewaskan oleh angkatan suku Iran lain yang lebih kuat.
(Nota 2) Rom yang dimaksudkan ialah Wilayah Empayar Parsi atau Iran
yang pada suatu masa adalah sebahagian dari Empayar Rom Timur yang
telah lama menerima agama Islam dari zaman Khulafa Ar-Rashidin.
Gumarun juga dikenali sebagai Pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian.
Rombongan pelayaran Merong Mahawangsa ini telah diserang oleh satu
angkatan perang Hindu yang mempunyai kapal berlambangkan burung garuda
(lambang kenderaan Dewa Wisnu).
Serangan yang begitu kuat ini telah memaksa kapal Raja Merong
Mahawangsa mendarat di kaki Gunung Jerai dan tidak lama kemudian
baginda telah diangkat menjadi raja oleh penduduk tempatan sebagai
Raja (Kedah) Kalahar 1.
Baginda juga telah mengahwini seorang gadis Orang Laut dari suku
gergasi kerana ingin menggalakkan perkahwinan campuran di samping
memperbesarkan lagi keturunan dan kaum kerabat.
Raja Merong Mahawangsa telah memperkenalkan nobat di istana baginda
(Lihat Nota 3) mengambil sempena bunyi-bunyian dari istana Khalifah
Harun Ar-Rashid di Baghdad.
(Nota 3) Istana baginda dibina di Kota Langkasuka di Sok, kira-kira 96
km ke timur Gunung Jerai berhampiran persimpangan jalan perdagangan
Kalaha dan Langkasuka. Baginda juga dikatakan mendirikan sebuah lagi
istana di timur Gunung Jerai berhampiran Kuala Merbok iaitu tapak
permulaan jalan menuju ke Langkasuka dan Pantai Timur.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy
Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani (Pengasas Silat Abjad) telah
menceritakan kepada murid-muridnya bahawa Syeikh Abdullah bin Tuan
Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Ja’far Qumairy (atau Syeikh (Sayyid)
Abdullah Al-Qumairy atau Syekh Abdullah Al-Yamani) berasal dari
Syahir, Yaman. Beliau adalah Ahlul Bait dari keturunan Rasulullah
S.A.W. yang juga merupakan murid kanan Ulama Terkenal Sultan Aulia
Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin Qutb Rabbani Muhyiddin Abdul
Qadir Jilani Qadasallah Sirruh.
Pada suatu hari, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menerima arahan dari
Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani untuk berangkat ke Negeri Kalaha
(Kedah) dalam Wilayah Asia Tenggara - Dinasti Nusantara bersama-sama
11 orang rakan-rakannya.
- Ketika itu terdapat 6 orang utusan lain (murid-murid Syeikh
Muhyiddin Abdul Qadir Jilani yang terkenal) telah dihantar ke lokasi-
lokasi yang berbeza iaitu
i) Syeikh Abu Hassan Syazili ke Mesir, Perancis hingga ke Itali,
ii) Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan, Morocco hingga ke Afrika,
iii)Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke Afrika Barat,
iv) Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke Syria, Turki dan Balkan,
v) Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsi
vi) Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke India, Afghanistan dan Nepal
Tuan Guru Haji Mahmud Nasri juga telah mengisahkan bagaimana Syeikh
Abdullah Al-Qumairy telah menggunakan jalan karamah di mana dia
berjalan sekelip mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kedah dengan izin
Allah SWT bersama-sama 11 orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di
Negeri Kalaha pada tahun 531 Hijrah (1136 Masehi) – (Lihat Nota 4) dan
telah mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra Ong Mahawanser, Raja
Kalaha yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana sedang
mengadakan satu majlis keramaian yang mempamerkan pertunjukan seni
mempertahankan diri yang berpaksikan pemujaan dewata, sihir, istidraj
dan lain-lain.
(Nota 4) – Semasa zaman Al-Muqtafi menjadi Khalifah di Baghdad.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya telah mempamerkan satu
kehebatan seni mempertahankan diri (silat) sehingga semua hulubalang-
hulubalang Raja Phra Ong terpaksa mengaku kalah dan akur dengan
kehebatan Syeikh Abdullah.
Baginda amat kagum dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Syeikh
Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya serta ingin mengetahui secara
lanjut mengenai rahsia kekuatan ini. Setelah mendengar penerangan
Syeikh Abdullah, akhirnya baginda sangat terpegun dan terus memeluk
Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah 3X di tangan Syeikh
Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para pembesar dan pegawai-pegawai
Istana.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah memasyhurkan gelaran dan nama baru
kepada Raja Phra Ong Maha Wanser iaitu Sultan Muzaffar Shah 1.
Tidak lama kemudian seluruh rakyat Kedah juga telah memeluk agama
Islam. Pengislaman secara massal ini berlaku dalam tempoh yang begitu
cepat dengan berkat usaha yang jujur dan ikhlas seorang Waliyullah
iaitu Syeikh Abdullah Al-Qumairy.
Rakyat Kedah juga terdiri daripada pelbagai kelompok yang berasal
daripada Arab, Iran, India, Parsi, Al-Sin (China) (Lihat Nota 5) dan
lain-lain yang mana mereka kebanyakannya telah lama memeluk Islam di
negara asal masing-masing. Mereka juga terkenal dengan kemahiran
berdagang. Umat Islam dari China juga rata-rata memakai nama pangkal
‘Pu’ iaitu Abu.
(Nota 5) – Saudagar-saudagar Islam dari Arab, Iran dan lain-lain
berkumpul pelabuhan Kanton (Guangzhou). Sayyidina Uthman bin Affan
r.a. pernah menghantar Saad Abi Waqqas bersama-sama 15 orang ahli
rombongan untuk mengembangkan dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri
China pada tahun 651 menunjukkan bahawa mereka telah menerima utusan
dari Han Mimo Moni (Amirul Mukminin) dan dalam kurun Masihi ke 7, Raja
China Tai Ti Sung telah memeluk Islam.
Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar Arab dan Iran di Kanton telah
diserang dan dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan pemberontak anti
kerajaan China. Inilah penyebabkan sebahagian dari mereka menjadi
pelarian dan tiba di Kalaha.
Kebanyakan dari mereka ini telah memutuskan untuk terus tinggal
bersama-sama umat Islam di Kedah dan menjadi satu warga atau bangsa
yang baru di negeri Islam di bawah bimbingan (Ulama) Syeikh Abdullah
Al-Qumairy dan payung pemerintahan (Umara) Sultan Muzaffar Syah 1
(Gandingan Kepimpinan Ulama-Umara.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru
sebagai AL-MALA-U (Lihat Nota 6) bersempena satu kalimah Arab yang
bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya
berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh
dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan
“MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.
(Nota 6) 'Al-Mala-u' disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim
dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :
a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni
makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa
Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :
a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) –
manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia
Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari
Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.
(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM –
Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai
dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya Pemimpin Yang
Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah) Kemudian
Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU
MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.)
Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah bertaubat nasuha bersama-sama
semua pembesar Istana dan para hulubalangnya termasuk seluruh rakyat
jelata Kalaha di bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-Qumairy.
Akhirnya Negeri Kalaha juga telah ditukar oleh Syeikh Abdullah Al-
Qumairy kepada nama Kedah Darul Aman iaitu sebuah negeri yang aman dan
merdeka dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan keengkaran.
Penamaan ini juga bersempena “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur”
yang dipetik dari Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saba: Ayat 15 yang
bermaksud “Negeri yang baik (indah lagi makmur) dan Tuhan Maha
Pengampun” (ke atas taubat hambaNya)
Sultan Muzaffar Syah 1 sangat mengasihi Syeikh Abdullah Al-Qumairy
sehingga baginda telah melantik Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai
Guru dan Penasihat agama Islam baginda, kaum kerabat diraja dan juga
seluruh Istana. Sultan Muzaffar Syah 1 juga telah mengangkat Syeikh
Abdullah Al-Qumairy sebagai ayahanda angkat baginda.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah menyarankan agar candi di puncak
Gunung Jerai dimusnahkan dan diganti dengan sebuah menara untuk
dijadikan tempat azan bagi menyeru umat Islam Kedah untuk bersolat.
Sultan Muzaffar Syah 1 telah menitahkan agar permintaan Syeikh
Abdullah Al-Qumairy dilaksanakan.
Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy
telah jatuh gering dan ditakdirkan wafat beberapa hari selepas itu.
Sebelum kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah mewasiatkan
agar jenazahnya dikebumikan di kawasan lapang berdekatan dengan binaan
menara berkenaan. Kawasan itu dikenali kini sebagai Padang Tok
Sheikh.
Mengikut Tuan Guru Haji Mahmud lagi, Guru Syeikh Abdullah iaitu
Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (wafat pada 561 Hijrah/
1166 Masehi) pernah tiba beberapa kali di Gunung Jerai untuk
menziarahi maqam muridnya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah
bersolat di kawasan tanah lapang berkenaan di samping melantik Sultan
Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada Syeikh Abdullah Al-Qumairy.
--------------------
Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan
pemakaian gelaran 'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa
maksud 'Amirul Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran
'Shah' yang mirip maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang
diyakini pembela agama yang mempunyai akhlak yang tinggi.
Kisah ini disahkan oleh DYMM Sultan Badlishah, Raja Negeri Kedah Darul
Aman yang ke 26, pernah memberitahu Syeikh Mahmud Nasri Osmani (Nota
7) bahawa baginda pernah mendengar cerita ayahandanya DYMM Sultan
Abdul Hamid Halim Shah (Raja Kedah 25) bahawa Sultan Muzaffar Shah 1
adalah :
"Raja Pemerintahan Negeri Kedah Tua, Pendiri Kekuatan Kuasa
Pemerintahan Membentuk Wilayah Gugusan Selat Kepulauan Melayu terletak
di antara India dan China disebut sebagai 'Alam Melayu'."
Baginda Sultan Muzaffar Shah 1 telah disahkan untuk memakai gelaran
"Sultan" daripada Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani
sekaligus meletakkan Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai Sultan Pertama di
Alam Melayu.
(Nota 7 - Syeikh Mahmud Nasri Osmani telah diminta oleh Tuan Guru
Syeikh Yahya Toha, Kg. Pisang, Kupang (yang dititahkan oleh DYMM
Sultan Badlishah) untuk mengetuai operasi menyelamatkan DO Baling dan
Residennya - Syed Abu Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap oleh Komunis
(semasa pemerintahan Jepun hampir berakhir) bagi memaksa DYMM Sultan
Badlishah menyerah diri) Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji
Ahmad Bok Bak dan Tuan Haji Daud Bongor. Mereka telah pergi tanpa
menggunakan sebarang senjata. Dengan Izin Allah, komunis yang diketuai
oleh Chin Peng menjadi seperti terpukau dan melihat sahaja Syeikh
Mahmud dan rakan-rakannya melarikan Syed Abu Bakar/Tuan Adam sehingga
jarak 30 meter. Komunis tiba-tiba menembak pasukan penyelamat tetapi
sekali lagi dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun peluru yang
mengena mereka)
--------------------
Kemakmuran Melayu Islam termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak
Pasai, Deli dan seluruh Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah
disebabkan percakaran sesama sendiri yang juga telah memudahkan lagi
serangan serta penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas
Nusantara. Dipercayai kerajaan Islam terakhir yang dimusnahkan oleh
Siam dengan pertolongan Inggeris ialah Kerajaan Islam Reman/Pattani
sekitar tahun 1785 setelah berlaku peperangan jihad fii-sabilillah
yang sangat hebat.
Penjajah akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi
kekuatan Melayu Islam dengan memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan
menggantikannya dengan faham sekular. Akibatnya, tercetuslah pelbagai
pertengkaran dan perselisihan faham dalam agama, bangsa dan siasah
yang menjadikan umat manusia rata-rata :
a) cintakan dunia dan takutkan mati (Al-Wahan),
b) berbangga dengan maksiat dan budaya kuning,,
c) berfahaman ajaran sesat,
d) salah faham terhadap agama,
e) pergaduhan antara kaum dan agama,
f) pengaruh isme yang membahayakan,
g) kepercayaan karut lagi harut marut, bidaah, syirik dsb.
h) menjadi mudah gugur imannya dan lain-lain
Penjajah juga telah menanam kefahaman anti Islam sehingga berjaya
merosakkan kemurnian Islam di Indonesia dengan terbunuhnya sekumpulan
Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia sekitar tahun 1940-an
Selain itu, penjajah dipercayai telah banyak melarikan kitab-kitab
agama termasuk sejarah Nusantara selepas zaman penjajahan kerana
dipercayai akan memberikan kekuatan kepada bangsa Melayu Islam untuk
bangkit kembali. Yang ada pada kita sebenarnya banyak sejarah yang
telah diubahsuai dan dipinda untuk mengelirukan kita.
Kini penjajah sudah mempunyai nama baru kepada kumpulan mereka iaitu
'Zionis' dan kuncu-kuncunya (tidak kira nama mereka samada Illuminati,
Freemason, Priory, Opus Dei, Bilderberg, Black Nobility dsb dan dalam
bentuk apa pun ianya muncul).
Mereka sebenarnya sangat takut kepada kewujudan Imam Al-Mahdi,
Pemimpin Islam dari kalangan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia yang
akan memusnahkan mereka.
Peperangan memusnahkan Islam telah bermula dengan terbunuhnya ahlul
bayt keturunan Rasulullah SAW dan akan terus berlarutan sehingga kini
(Krisis Timur Tengah yang tidak kehabisan) sehinggalah kemuncak -
timbulnya kumpulan Yahudi Isfahan di akhir zaman yang dipimpin oleh Al
Masihi Dajjal Laknatullah bagi memerangi Imam Al-Mahdi.
Antara tanda-tanda yang ada dahulu ialah apabila penjajah melabelkan
pahlawan Melayu Islam (Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dll)
sebagai Pemberontak (rebel) dan tanda-tanda yang ada kini ialah
apabila Barat melabelkan Islam sebagai Pengganas (terrorist) – Dua
panggilan yang berbeza tetapi membawa satu maksud yang sama. Rata-rata
di Internet didapati kumpulan Zionist telah mula melabelkan Imam Al-
Mahdi sebagai ‘Terrorist Islam’ terbesar dunia.
Pelbagai cara kini dilakukan (termasuk menggunakan teknologi) untuk
merosakkan minda dan aqidah orang-orang Islam secara halus
--------------------
Kebangkitan pertama yang direkodkan menentang penjajah dan faham
Zionist serta usaha menaikkan kembali kegemilangan Islam itu Melayu
dan Melayu itu Islam telah bermula sebelum 1940an. Gerakan yang
memimpin ulama dan ahlul bait (berpaksikan Dua Kalimah Syahadah) telah
dipelopori oleh Ulama Terkenal Nusantara iaitu :
a) Ulama Jawi Anak Melayu Negeri Kelantan Darulnaim/Tuan Guru Pondok
Atas Banggol - Kota Bharu Kelantan iaitu :
Maulana Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Wan Mohammad Zain bin Dato
Panglima Kaya Syeikh Wan Mustafa bin Syeikh Wan Mohammad bin Syeikh
Wan Mohammad Zainal Abidin (Fakih Wan Musa Al-Jambusi As-Sanawi Al-
Fatani),
telah dilantik menjadi Ulama besar Masjidil Haram, Mufti Tarim
Kerajaan Othmaniah Turki (yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid Turki
ketika itu) dan juga Kerajaan Melayu Islam Asia Tenggara. Ulama besar
ini (juga guru kepada Syeikh Yusof Kenali – Tok Kenali) juga telah
membuat satu himpunan raksaksa Ahli Jawi Melayu Asal Bangsa Kebangsaan
Pegang Teguh Agama islam di Madrasah Darul Ulum Makkatul Mukarramah
yang dihadiri lebih lima ribu ulama Nusantara,
(Di dalam Kitab Hadiqatul Azhar War Rayaihin Edisi Bahasa Arab, Syeikh
Wan Ahmad Fathani telah berdoa - maksudnya "Ya Allah, perkuatkanlah
orang-orang Islam Melayu atas bangsa-bangsa kafir dan kembalikanlah
negeri-negeri kami kepada kami, perkenankanlah Ya Allah, Ya Rabbal
'Aalamiin
b) Syeikh Abdul Rahman Fathani - seorang lagi Ulama Besar juga seorang
guru di Masjidil Haram/Makkatul Mukarramah dilantik menjadi Duta Besar
Islam Melayu Markaz Serambi Mekah berpusat di Pondok Atas Banggol,
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim
Perjuangan kemudian diteruskan oleh Al-Allamah Tuan Guru Maulana
Syeikh Yusof Al-Kenali (Tok Kenali).
Mengikut satu laman web :
Tok Kenali sejak dari usia yang muda lagi meminati pembacaan dan
menaruh pandangan yang begitu tinggi terhadap tugas-tugas penulisan
serta peranan majalah-majalah dan akhbar-akhbar sebagai media-massa
yang berpengaruh untuk menyatupadukan umat Melayu Islam . Atas
kesedaran itulah beliau tampil mempelopori usaha memimpin majalah
‘Pengasoh’ yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan walaupun
beliau terbeban dengan tugas-tugas besar yang lain. Ini dapat
diperhatikan dalam tulisannya dalam keluaran pertama majalah
‘Pengasoh’ :
“ Telah mengakulah saya bahawa saya ini tiada daripada medan kuda ini.
Sekiranya jika ada orang yang mengenangkan pekerjaan saya ini
berhentilah saya, kerana bukan tujuannya saya hendak menunjukkan
kebijakan dan mencari kepujian, kerana adalah orang yang mengarang itu
jadi kikit bagi sekelian penembak. Jika tidak ia pejam matanya,
nescaya mati ia kerana dukacita, tetapi tatkala adalah yang dituntut
daripada sesorang itu manfaatnya atau mudharatnya, beranilah saya
menceburkan diri dalam lautan api yang sentiasa bernyala-nyala. Selama
ada angin yang baik itu tiadalah puas hati saya mati sebelum saya
lihat perubahan yang baru lagi elok ……..
Tatkala saya ketahui bahawasanya tiada ada orang yang boleh jadi
utusan yang usaha pada menghimpunkan antara anak-anak Melayu kita ini,
maka cintalah saya dengan harapan bahawa diadakan pada tiap-tiap
sebuah negeri di dalam Semenajung Tanah Melayu kita ini sekurang-
kurangnya satu suratkhabar yang dipunya oleh anak-anak negeri sendiri
supaya menepati ia utusan yang bijaksana menyeru kepada bersekutu dan
bersatu pada tiap-tiap pekerjaan yang mendatangkan muslihat bagi
watan, bangsa dan agama ………….
Cuba engkau tilik cerah matahari kelebihan orang yang telah dapat
kemenangan kerana amalan yang kebajikan dan pandangan kelam orang yang
telah jatuh kerana amalan yang kejahatan , maka disitulah ‘Pengasoh’
bertimpus membedakkan sekelian yang hadir dengan bedak pengharapan ,
mudah-mudahan subur sekelian dengan darah dan daging yang boleh
menghadamkan tanahair dan menunjukkan kepada raja."
Perjuangan memertabatkan Melayu Islam dipelopori pula oleh muridnya
Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani dan tokoh-tokoh ulama berikut :
1) Tuan Guru Syeikh Umar Zuhdi Soleh - Madrasah Misbah Al-Falah,
Banggol Berangan,
2) Tuan Guru Syeikh Othman Yunusi - Madrasah An-Nadhoh, Bukit Besar,
3) Tuan Guru Syeikh Abdul Aziz Ibrahim - Madrasah Al-Islah, Pendang,
dan
4) Tuan Guru Syeikh Ramli Senik - Pondok Batu Hampar, Pendang
(Selain itu, tokoh politik Dato' Onn bin Jaafar juga turut berjuang
menerusi PEKEMBER)
Resolusi telah tercapai semasa muqabalah tokoh-tokoh Ulama ini antara
lain untuk menyeru umat Islam Melayu segera kembali tajdid mewarisi
semula segala ilmu dan amalan hidup/kehidupan yang diwarisi dari
Rasulullah S.A.W. (bersanad yang sah) menerusi talqin dua kalimah
syahadah bagi membersihkan jiwa raga dari segala bentuk kekufuran,
kesyirikan dan keengkaran yang telah lama merosakkan aqidah umat Islam
Melayu hasil peninggalan penjajahan.
Kini, perjuangan ini telah diwariskan oleh Persatuan Warga Melayu
Malaysia,Yayasan Angkatan Bina Jati Diri dan Pertubuhan Gerak Seni
Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat Malaysia menerusi satu resolusi
muzakarah ulung Warga Melayu pada 12 Rabiul Awal 1429 Hijrah bersamaan
20 Mac 2008 Masihi yang diadakan di Pusat Pengajian Assalam, No. 25,
Persiaran Seroja 1/1, Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani, Kedah Darul
Aman
--------------------
Ahlul Bait
1) Dari keturunan/nasab terus (secara talian darah) dengan Rasulullah
S.A.W. (menerusi Sayyidatina Fatimah r.a. dan Sayyidina Ali bin Abi
Thalib k.w.), (biasanya menggunakan gelaran 'Syed' dan nama-nama
keturunan - Al-Habshi, Al-Edrus, Al-Attas dll)
2) Dari satu keturunan/kaum keluarga/kerabat baginda S.A.W. (Bani
Hashim),
3) Mereka yang diisytiharkan/dianggap sebagai 'keluarga' atau 'ahli
rumah' baginda seperti Zaid bin Harisah dan Salman Al-Farisi,
4) Ulama Warisatul Anbia - mencintai Allah SWT dan Rasulullah S.A.W.
(dan sunnahnya), memiliki akhlak/budi pekerti yang tinggi (zahir pada
diri mereka Uswatun Hasanah, Rahmatul 'Aalamiin, Huluqin 'Azhiim dan
Makarimul Akhlak) pembela agama - dikatakan sebagai pewaris asabah*
keturunan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.
* Firman Allah SWT :
”Dan orang-orang yang beriman dan anak cucu (dzurriyah)nya mengikuti
mereka dalam keimanan, maka kami golongkan anak cucu itu kepada mereka
(orangtuanya). (QS: Al-Thur :20)
(*Mengikut kajian Ustaz Ahmad Che Din dan Ustaz Haji Idris Haji Mahmud
- hal ini juga dikaitkan dengan maksud sebenar Itrah Ahlul Bait
iaitu : ahli yang sesuai dinasabkan kepada Rasulullah SAW atas nasab
keimanan termasuk sanad perguruan yang disahkan bertalian sehingga
Rasulullah SAW)
5) Mereka yang memiliki kesemua ciri-ciri 1-4 (atau kesemua 1-4 juga
dipanggil ahlul-bait)
--------------------
Rasulullah SAW bersabda:
"Setelah aku wafat (dan) setelah lama aku tinggalkan (dunia ini), umat
Islam akan menjadi lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan
(mengambil peluang) menindas mereka (umat Islam) bagaikan orang yang
makan dengan rakus.”
Sahabat bertanya,
“Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh terlalu kuat?”
Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Bahkan mereka (umat Islam) pada masa itu (jumlahnya) lebih ramai
(dari sekarang) tetapi tidak dapat memberikan apa-apa manfaat (tidak
berguna), tidak dapat memberikan apa-apa erti (kesan) dan musuh (orang
kafir) tidak takut (gerun) akan mereka. Mereka (umat Islam ketika itu)
ibarat (hanya) buih di lautan.”
Sahabat bertanya lagi,
“Mengapa seramai itu tetapi (hanya) seperti buih di lautan?”
Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Kerana (mereka dilanda) dua penyakit iaitu Al Wahan.”
Sahabat bertanya lagi,
“Apakah itu Al Wahan?”
Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Cintakan dunia dan takutkan mati".
Dari Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dan dari pada Nabi
SAW sabdanya:
“Kalaulah usia dunia ini hanya tinggal sehari (sahaja lagi), nescaya
Allah akan panjangkan hari berkenaan sampai diutuskan kepadanya
seorang lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku. Namanya sama dengan namaku
dan nama ayahnya sama dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan
keadilan sebagaimana (ketika itu) ia telah dipenuhi dengan kezaliman”
Dari Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu
Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya :
“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang
sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat
akan (wajah) mereka, maka Rasulullah berlinangan air mata dan wajah
beliau berubah (muram/sedih). Akupun bertanya :
“Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak
sukai?”.
Beliau menjawab :
“Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat melebihi dunia.
Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku
kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa
bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan ,
tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh
kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetapi mereka
tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki
dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana
bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat
menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji.
Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”
Dari Tsauban r.a. Sabda Rasulullah SAW :
“Akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah-olah hati
mereka kepingan-kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka,
hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun
merangkak di atas salji. (dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu
Nuaim - dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)
Rasulullah S.A.W. juga bersabda :
“Ulama itu adalah pewaris Nabi (Ulama Warisatul Anbia)”
Dari Ahmad dan Muslim dari Anas, Anas, Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Dajjal yang diiringi oleh 70,000.00 tentera Yahudi Isfahan yang
memakai toga”
Rujukan
1. Gagasan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu – Modul Memperkasakan
Bangsa dan Negara – menyelesaikan segala masalah serta mematikan
segala hujjah dan menghidupkan bumi yang mati – di tengah-tengah
kegawatan dunia penuh pancaroba, bergolak dan huru-hara – Oleh Al-
Allamah Tuan Guru Haji Ahmad Junaidin bin Che Din dan Yang Berbahagia
Tuan Guru Haji Idris bin Haji Mahmud Nasri Osmani, Persatuan Warga
Melayu Malaysia dan Yayasan Angkatan Bina Jati Diri.
2. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah – Muhammad Hassan bin Muhammad
Arsyad.
3. Sejarah Kedah – Buyong Adil – DBP 1980.
4. Rujuk silang kepada Hikayat Merong Mahawangsa, bahan sejarah
mengenai Empayar Srivijaya, Raja-Raja Pasai dll.
5. Rujuk silang kepada khazanah tulisan Ustaz Wan Mohd Saghir
Abdullah
6. Perbincangan dengan pengkaji sejarah seperti Tuan Haji Idris bin
Ali Muda Nasution, Mahaguru Seni Silat Firasah
7. Perbincangan tertutup dengan wakil-wakil ahlul bayt dari pelbagai
nasab di Malaysia dan Indonesia
-----------------------------------
(Ringkasan Sejarah dalam Bahasa Inggeris - kandungan artikel berikut
bukanlah terjemahan kepada artikel Bahasa Malaysia di atas)
Kedah Sultanate
From Wikipedia, the free encyclopedia
The Sultanate of Kedah was the earliest sultanate in the Malay
Peninsula and arguably the earliest in Southeast Asia founded in year
1136.
Kedah Kingdom
Kedah Kingdom (630-1136) was founded by Maharaja Derbar Raja of
Gemeron around 630 CE and the Hinduism dynasty ended with Phra Ong
Mahawangsa converted to Islam.
Conversion to Islam
The 9th Hindu Rajah of Kedah Phra Ong Mahawangsa converted to Islam
and changed his name to Sultan Mudzafar Shah, and he ruled the
northern region of Malay Peninsula from 1136 to 1179. According to the
Kedah Annals, the first Raja of Kedah was Maharaja Derbar Raja, a
fleeing king from Gameron of Persia.
History
Around 170 CE a group of native refugees of Hindu faith arrived at
Kedah, joining them soon were peoples from nearby islands and from the
northern Mon-Khmer region. Ancient Kedah covered the areas of Kuala
Bahang, Kuala Bara, Kuala Pila and Merpah, and the inhabitants of
Kedah appointed Tun Derma Dewa and Tun Perkasa as their village
chiefs.
The king from Gemeron
In the year 630 CE, Maharaja Derbar Raja of Gemeron (now known as
Bandar Abbas) in Persia was defeated in battle and escaped to Ceylon,
and he was later blown off course by a storm to the remote shores of
Kuala Sungai Qilah, Kedah. The inhabitants of Kedah found him to be a
valiant and intelligent person, and they made him the king of Kedah.
In the year 634 CE, a new kingdom was formed in Kedah consisting of
Persian royalty and native Malay of Hindu faith, the capital was
Langkasuka.
The Nobat
The Nobat musical instruments of Nagara and Nepiri were introduced to
Kedah by Maharaja Derbar Raja. The instrument is also called semambu.
The band is led by the king, and it consists of drums, a gong, a flute
and a trumpet. Today, Nobat is a Royal orchestra, played only during
royal ceremonies such as inaugurations, weddings, and funerals. The
building which houses the instruments and where the ensemble rehearses
is known as the Balai Nobat, literally the Office of Nobat.
Kedah Sultans
This is a list of Sultans of Kedah. Dates of reign are given beside
the names of each sultan.
Sultan Muzaffar Shah I (1160-1179)
Sultan Muazzam Shah (1179-1201)
Sultan Mohammed Shah (1201-1236)
Sultan Maazul Shah (1236-1280)
Sultan Mahmud Shah I (1280-1320)
Sultan Ibrahim Shah (1320-1373)
Sultan Sulaiman Shah I (1373-1422)
Sultan Atadullah Muhammed Shah (1422-1472)
Sultan Muhammed Jiwa Zainal Abidin I (1472-1506)
Sultan Mahmud Shah II (1506-1546)
Sultan Muzaffar Shah II (1546-1602)
Sultan Sulaiman Shah II (1602-1625)
Sultan Rijaluddin Shah (1625-1651)
Sultan Muhiyuddin Shah (1651-1661)
Sultan Ziauddin Al-Mukarram Shah (1661-1687)
Sultan Atadullah Muhammed Shah II (1687-1698)
Sultan Abdullah I Al-Muazzam Shah (1698-1706)
Sultan Ahman Tajuddin Halim Shah I (1706-1709)
Sultan Abdullah II (1709-1723)
Sultan Atadullah Muhammed III (1723-1741)
Sultan Muhammed Jiwa Zainal Abidin II (1741-1778)
Sultan Abdullah Makarram Shah III (1778-1797)
Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II (1797-1803)
Sultan Ahmad Tajuddin II Halim Shah (1803-1843)
Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah II (1843-1854)
Sultan Ahmad Tajuddin III Mukarram Shah (1854-1879)
Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah III (1879-1881)
Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1881-1943)
Sultan Badli Shah (1943-1958)
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (1958-)
Early History of Kedah
Kedah is one of many early Malay Peninsula trade centres that have
been found, many have yet to be identified. Its location at the
entrance to the Straits of Malacca, on the same latitude as south
India provided a natural sailing route between the two points, ships
could sail due east or due west on the Bay of Bengal without danger of
becoming lost. Early west coast trade centres are few in number as
they were overshadowed by Kedah. After the 7th century, Kedah was
subjugated by Srivijaya but due to its well known, the Indian sources
continue to depict Kedah. Early Kedah supplied the most in tin and
jungle products such as rattan, resin, honey, beeswax, elephants,
ivory, areca nuts, sepang wood and black woods, and profited from tax
collections.
The early transpeninsular routeway is part of the Spice Route (Sea
trade route from Arab, Persia, India to China) that occurred in the
Malay Peninsula, as the route through the Straits of Malacca does not
seem to have been in general use. Early sea traders reached the coast
of the peninsula, they let the local porters transport their goods,
using rafts, elephants and manpowers. The porters propelled along the
rivers (Kelantan River, Pattani River, Pahang River, Muda River,
Bernam River, Muar River, and others) to the opposite coast of the
peninsula. The Sungai Muda in particular favoured the development of
Kedah.
The early history of Kedah can be traced from various sources. From
the prehistoric period to the archeological site of Bujang Valley, the
early Maritime trade of India, Persia, Arabs to the written works of
early Chinese pilgrims and early Chinese records, the Hikayat Merong
Mahawangsa (known as Kedah Annals) to Al-Tarikh Salasilah Negeri
Kedah. In the early days, Kedah was known by the Indians as Kedaram,
Kidaram, Kalagam and Kataha, and Kalah or Kalaha by the Persians.
Origins
Prehistoric Malay peoples began colonizing the coastal areas and
remote islands of the Malay Archipelago approximately 5'000 to 10'000
years ago. Their previous homeland isn't known for sure; one theory
has them migrating from Yunnan along the Mekong River, while another
theory has the Malays originating in Taiwan and traveling by sea to
the Philippines and Borneo.
Ancient History
Whatever their origins, the Malays became great seafarers, colonizing
as far as New Zealand, Hawaii and Madagascar. In some regions they
intermarried with the local inhabitants (Orang Asli, India, the
Persian Empire, Arabs, Han Chinese, etc.), becoming the Deutero-
Malays.
Trade connections between the Malays and Tamilakkam (Southern India)
were close during the reign of the Pallavas, from the 4th to 9th
centuries CE. These relations helped spread Indian culture and
religion to the Malays, and also lead to the emergence of Indianized
kingdoms like Old Kedah (Kadaram), Langkasuka, Funan, and Champa.
Some Greco-Roman merchants in the 1st century CE described huge non-
Indian ships coming from the east with rich cargoes, possibly from the
Malay Archipelago. This would indicate that the Malays participated
actively in the Indian Ocean trade and likely handled much of the
traffic between Southeast Asia and India.
Three kinds of craft are described by the author of the Periplus:
light coasting boats for local traffic, larger vessels of a more
complicated structure and greater carrying capacity, and lastly the
big ocean-going vessels that made the voyages to Malaya, Sumatra, and
the Ganges.
Medieval History
Early in the Medieval era, Kedah became part of Srivijaya (the
dominant Malay state and a major power in the Indian Ocean trade).
This led to rivalries with the Indian states, especially the Cholas
from the 9th to 13th centuries CE. The Cholas had a powerful merchant
and naval fleet in the Indian Ocean and the Bay of Bengal. In the
early 11th century, Chola King Rajendra Chola I sent an expedition to
invade Kadaram (Sri Vijaya) on behalf of one of its rulers who sought
his assistance to gain the throne. Chola dominance was brief, but
effectively crippled the power of Srivijaya.
In ancient Kedah there is an important and unmistakably Hindu
settlement which has been known for about a century now from the
discoveries reported 1840s by Col. James Low and has recently been
subjected to a fairly exhaustive investigation by Dr. Quaritch Wales.
Dr. Wales investigated no fewer than thirty sites round about Kedah.
The results attained show that this site was in continuous occupation
by people who came under strong South Indian influences, Buddhist and
Hindu, for centuries.
An inscribed stone bar, rectangular in shape, bears the ye-dharmma
formula in South Indian characters of the fourth century A.D., thus
proclaiming the Budhist character of the shrine near the find-spot
(site I) of which only the basement survives. It is inscribed on three
faces in Pallava script, or Vatteluttu rounded writing of the sixth
century A.D., possibly earlier. One of the early inscription stones
discovered by James Low, at Bukit Meriam and in Muda River, mention of
Raktamrrtika. The word Raktamrrtika means ‘Red Earth’ (Tanah Merah).
Inscriptions, both in Tamil and Sanskrit, relate to the activities of
the people and rulers of the Tamil country of South India. The Tamil
inscriptions are at least 4 centuries posterior to the Sanskrit
inscriptions, from which the early Tamils themselves were patronizers
of the Sanskrit language.
In Kedah an inscription in Sanskrit dated 1086 A.D. has been found.
This was left by Kulothunka Cholan I (of the Chola empire, Tamil
country). This too shows the commercial contacts the Chola Empire had
with Malaya.
Kedah has a long history. The Bujang Valley has remains of a Hindu-
Buddhist kingdom that dates back to the 4th century AD, making it the
oldest civilization of Peninsular Malaysia. The current royal family
can trace their ancestry from this time. According to Hikayat Merong
Mahawangsa or the Kedah Annals, Kedah was founded by a Hindu king
named Merong Mahawangsa. According to the text further, the Sultanate
of Kedah started in year 1136 when the 9th King Phra Ong Mahawangsa
converted to Islam and adopted the name Sultan Mudzafar Shah.
In the 7th and 8th centuries, Kedah was under the domination of
Srivijaya, and was later under Siam, until the rise of the Malay
sultanate of Melaka in the 15th century. In the 17th century, Kedah
was attacked by the Portuguese after their conquest of Melaka, and by
Aceh. In the hope that Great Britain would protect what remained of
Kedah from Siam, the sultan handed over Penang and then Province
Wellesley to the British at the end of the 18th century. The Siamese
nevertheless conquered Kedah in 1811, and it remained under Siamese
control until transferred to the British by the Anglo-Siamese Treaty
of 1909.
In World War II, Kedah (along with Kelantan) was the first part of
Malaya to be invaded by Japan. The Japanese returned Kedah to their
Thai allies who had it renamed Syburi, but it returned to British rule
after the end of the war. Kedah was a reluctant addition to the
Federation of Malaya in 1948.
An Indigenous style develops
The Tamils coming from Southern India and the local Malays were
already using the rounded script, or Vatteluttu writing styles which
differed from the Devanagiri script of Northern India. Vatteluttu was
also commonly known as the Pallava script by scholars of Southeast
Asian studies such as George Coedes and D.G.E. Hall. The Tamil script
of Vatteluttu later evolved into Old Kawi script which was used in
Java and Bali as well.
There are stone inscriptions which indicate that the Kedah region at
400 CE or before was already an established trade centre. One of the
early Malay texts include the karma verses refers to a king named
Ramaunibha, he may be the first local ruler whose name is recorded in
history. The history of this period showed the influence of Indian
cultures on the region while the locals in return, influenced the
Indians in their living skills on the sea and in the hills.
Merong Mahawangsa
Hikayat Merong Mahawangsa or The Kedah Annals is an ancient Malay
literature that chronicles the bloodline of Merong Mahawangsa and the
foundation of the Kedah, a state in Malaysia. Though there are
historical accuracies, there are many incredible assertions. The era
covered by the text ranged from the opening of Kedah by Merong
Mahawangsa, allegedly a descendant of Alexander the Great of Macedonia
till the acceptance of Islam.
Merong Mahawangsa was a Hindu and there were nine Hindu rulers before
Phra Ong Mahawangsa converted to Islam in 1136 and took the name
Sultan Mudzafar Shah. The annal also describes Chola's attack on
Kedah.The descendants of Phra Ong Mahawangsa is still ruling Kedah
able to trace their lineage from Merong Mahawangsa.
----------------------------------------------