tigermalaya69
unread,Apr 14, 2011, 10:06:15 PM4/14/11Sign in to reply to author
Sign in to forward
You do not have permission to delete messages in this group
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to GABUNGAN
PERISTIWA MENCARIK ADAT (KARAMAH) YANG ZAHIR PADA AS-SAYID SULTAN AL-
ARIFIN SYEIKH ISMAIL R.A.
(Dipetik daripada buku Menyingkap Misteri Pulau Besar. Penulis ;ana
faqir / Safuan bin Abu Bakar bin Mas`ud bin Hassyim. Penerbit buku ;
Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd.)
SALASILAH KETURUNAN...
1-SAIDINA MUHAMMAD RASULULLAH s.a.w
2- Saidina Ali k.a.w dan isterinya Saiyidah Siti Fatimah al-Zahra.
3-As-Sayid Imam Hassan al-Sibthi r.a.
4-As-Sayid Hassan al-Musanna r.a
5-As-Sayid Abdullah al-Mahdhi r.a.
6-As-Saiyid Musa al-Jauni r.a.
7-As-Sayid Abdullah r.a
8-As-Sayid Musa r.a
9-As-Sayid Daud r.a
10- As-Sayid Imam Muhammad r.a
11- As Sayid Yahya al-Zahid r.a
12- As-Sayid Imam Abdullah r.a
13-As-Sayid Abi Solih Musa al-Jankardusti
14- As-Sayid MUHYIDDIN SYEIKH ABDUL QADIR AL- JILANI R.A
15-As-Sayid Solih r.a
16-As-Sayid Abdul Jabbar r.a
17-As-Sayid al-Syeikh Abdul Qadir r.a.
18-AS-SAYID SULTAN AL-ARIFIN SYEIKH ISMAIL R.A.(makam baginda terletak
di Pulau Besar Melaka)
Pada 1470M ketika usianya tujuh tahun, Syeikh Ismail telah dibawa oleh
keluarganya untuk menunaikan fardhu haji di Mekah al-Mukarramah.
Setelah selesai menunaikan fardhu haji mereka kemudiannya berangkat ke
Madinah al-Munawwarah bagi menziarahi makan Nabi Muhammad s.a.w. Suatu
peristiwa yang mencarik adat telah berlaku di mana sebaik-baik sahaja
mereka memberi salam kepada Rasulullah, mereka telah dapat mendengar
jawapan salam Rasulullah dari dalam makamnya di Raudhah al-Syarif.
Dengan suara yang jelas dan nyata mereka telah dapat mendengar
Rasullullah bersabda :
"Wahai anakkku Ismail, bermusafirlah akan dikau bersama rombonganmu ke
Tanah Jawi. Kamu akan dapati di sana saudaramu senasab."
Dengan berlakunya peristiwa di Raudhah itu membuatkan Syeikh Abdul
Qadir dan isterinya Saiyidah Fatimah semakin sangat kasih kepada
anaknya itu serta diberikan perhatian lebihkepadanya. Sesampainya
mereka kembali ke Baghdad, Syeikh Ismail telah diberi pendidikan
dengan sempurna dan diajari akan akhlak yang terpuji bagi mengikuti
jejak langkah Nabi Muhammad s.a.w. Kedua ibu bapanya menyedari bahawa
anak mereka itu telah dipilih oleh Allah untuk melaksanakan misi
dakwah ke Tanah Jawi. Mereka bersyukur tehadap nikmat tersebut serta
mulai merangka dan menyusun persiapan terhadap misi tersebut. Bagi
mensyukuri anugerah Allah itu keluarganya telah mengadakan kenduri
menjamu makan kepada tetamu dan faqir miskin. Berita mengenai Syeikh
Ismail yang diarahkan oleh Rasulullah berhijrah ke Tanah Jawi telah
menjadi berita hangat di kalangan penduduk setempat.
Bagi keluarga yang terdekat dan penduduk setempat, peristiwa itu
tidaklah menghairankan sangat jika berlaku ke atas diri Syeikh Ismail
kerana sebelum itupun telah berlaku juga perkara yang seumpama
dengannya. Peristiwa itu berlaku ketika usianya tiga tahun di mana
masyarakat Islam sedang menanti kedatangan anak bulan Ramadhan untuk
menjalani fardhu puasa. Pada suatu petang secara tiba-tiba sahaja
Syeikh Ismail menunjuk-nunjuk ke arah langit dengan menggunakan jari
telunjuknya. Ternyata apa yang ditunjukinya itu ialah anak bulan
Ramadhan Al-Mubarak. Penduduk qariah itu berpuasa kesekaliannya dan
mereka merasakanbahawa si anak kecil itu punyai sesuatu yang luar
biasa. Mereka mengkagumi dan mengasihi akan dirinya.
Seperkara lagi mengenai al-khirqul 'adat yakni perkara yang mencarik
adat yang berlaku sewaktu kecilnya ialah serentak dengan masa
kelahirannya itu telah lahir pula 116 bayi lelaki di sekitar Baghdad.
Anehnya kesemua mereka menjadi rakan dan pengikut Syeikh Ismail dan
kesemua mereka menjadi para kekasih Allah Ta`ala adanya. Demikianlah
di antara kekeramatan Syeikh Ismail sedari beliau masih kecil.
Mengertilah kita bahawa Syeikh Ismail adalah pilihan Allah untuk
melaksanakan misi yang besar di kemudian hari.
Dengan bakat dan kemampuan yang luar biasa disertai dengan berkat
asuhan ibu bapanya yang telah menghantar beliau mempelajari ilmu agama
ke merata-rata tempat dan berguru dengan berbagai guru akhirnya Syeikh
Ismail menjadi seperti apa yang diharapkan. Hampir kesemua cabang-
cabang ilmu dalam Islam telah dikuasainya, seluruh ayat al-Quran
berada di dada ingatannya. Semakin banyak ilmu yang dipelajarinya
semakin bertambahlah ketakutannya kepada Allah yang dengan itu
menyaksikan betapa beliau telah menyibukkan dirinya pada tiga perkara
iaitu pada kitabnya, pada sejadah sembahyangnya dan pada biji
tasbihnya. Dalam pada itu senantiasalah beliau mendampingi gurunya
Syeikh Yusuf as-Sidiq yang menjadi al-Mursyid kepada dirinya, yang
bertindak selaku pembimbing terhadap kemajuan perjalanan
kerohaniannya.
Sementara dari sudut akhlak pula ternyata Syeikh Ismail memiliki
akhlak terpuji. Saban hari beliau berdoa ke Hadrat Ilahi agar
dikurniakan kepadanya kekuatan bagi mengikuti Sunnah Nabi sama ada
pada perbuiatan dan percakapan mahupun pada amalan. Doa beliau itu
diperkenankan Tuhan sehingga menjadilah akhlaknya menghampiri kepada
akhlaknya Rasulullah s.a.w. Diperuntukkan masanya untuk berhubung
dengan Tuhan dan masa untuk menjalin perhubungan sesama makhluk.
Pada suatu hari Allah Ta`ala telah mengilhamkan kepada Syeikh Ismail
melalui tidurnya agar beliau pergi sekadar segera menziarahi makan
Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah al-Munawwarah. Ilhamnya itu
dimusyawarah bersama ibu bapa dan gurunya Syeikh Yusuf as-Sidiq. Ilham
itu mengingatkan mereka kembali peristiwa ketika beliau berusia tujuh
tahun dahulu. Syeikh Abdul Qadir dan isterinya Saiyidah Fatimah
menyedari bahawa waktu perpisahan dengan anaknya hampir tiba. Meskipun
terasa juga beratnya di hati, namun kedua ibubapa yang mukmin itu
merelakan anak mereka pergi, demi kerana Allah dan demi kerana Rasul
dan demi kerana agama. Syeikh Yusuf as-Sidiq kemudiannya menetapkan
tarikh keberangkatan serta memilih ahli rombongan yang akan bersama
menuju Madinah al-Munawwarah. Jika dulunya Syeikh Ismail di temani ibu
bapanya tetapi perjalanan kali ini dipimpin oleh mursyidnya Syeikh
Yusuf as-Sidiq sendiri. Ilham yang mendatangi Syeikh Ismail itu ialah
suatu ilham Rabbani yang memilih beliau untuk melaksanakan tugas untuk
menyampaikan Islam di Nusantara.
Setelah sampai di Tanah Haram mereka menyempurnakan syarat dan rukun
bagi umrah kemudian bergegas ke Madinah al-Munawwarah untuk menziarahi
'Kekasih Allah' yang merupakan penghulu segala nabi. Sebaik sahaja
mereka berada di Raudhah, sekali lagi berlaku perkara yang mencarikkan
adat. Kelihatan dua tangan baginda Rasulullah keluar dari makamnya dan
terdengar suara :
"Asslamualaika wahai anakku Ismail, berangkatlah kamu serta orang-
orangmu ke Tanah Jawi. Bersabarlah dalam menempuh segala rintangan.
Ajarilah dan pimpinilah akan umatku di sana dengan pengajaranku.
Mintalah restu dengan menziarahi moyangmu Syeikh Abdul Qadir al-
Jilani". (Tuhfatul Abrar; hlm 8-14)
Demikianlah ujaran baginda Rasulullah yang mengarahkan Syeikh Ismail
r.a. dan mereka yang berserta dengannya menjalankan suatu misi dakwah
Islamiah di Tanah Jawi.
Yang dimaksudkan dengan Tanah Jawi ialah Gugusan Pulau-Pulau Melayu
atau juga dikenali dengan 'Malay Archipelago' yang meliputi
Semenanjung Tanah Melayu termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura,
seluruh negara Indonesia, Filipina, Brunei, pulau-pulau Nusatenggara,
Kemboja dan Thailand. Gugusan Kepulauan Melayu ini juga dikenali dalam
bahasa Arab sebagai Qutri Jawa atau Jazair Jawa merupakan negeri yang
kedudukannya begitu jauh dengan Tanah Arab. Oleh sangat jauhnya itu
maka ulama` besar Madinah pada tahun 1082 Hijrah bersamaan 1670 Masehi
yang bernama Syeikh Mulla Ibrahim al-Qourani ketika menjawab satu
surat pertanyaan, beliau berkata :
"Menjawab suatu pertanyaan yang datang kepadanya daripada sesetengah
Jazair Jawa di negeri Hindustan yang sangat jauh itu"