Jagn lupa mlm ni lepas maghrib baca doa rejab dibawah.
FADHILAT BULAN REJAB
Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
Kelebihan
lain bulan Rejab:
1. Di
dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan
bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa
meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam
bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab
bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah
S.A.W.
4. Rejab
adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan
bulan menuai.
5. Amalan
di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala
Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab
adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan
bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab
adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi
pahala amalan yang banyak.
8. Pahala
amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700
pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik
dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan
diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan
hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan
diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon
keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan
diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah
Islam lain.
Peristiwa
penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk
dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat
5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang
Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi
Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota
Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke
atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu
telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya
berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan
hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah
Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari
tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui."
(Surah Al Israa': 1)
DOA BULAN REJAB:
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah
bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada
umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka
luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa
yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan
segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk
agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.