SAMBUTAN HARI HAK ASASI SEDUNIA: “Obor Perjuangan Hak Asasi Manusia” [2 Attachments]

8 views
Skip to first unread message

FreedomFilmFest KOMAS

unread,
Dec 6, 2012, 9:03:31 PM12/6/12
to freedom...@googlegroups.com
Selamat pagi. Marilah meraikan Hari Hak Asasi Manusia sedunia bersama Pusat KOMAS dan Dignity International. Maklumat lanjut disenaraikan di bawah.

Sila sebarkan jemputan ini kepada kenalan anda juga.

Terima kasih


Stephenie Aloysius
FreedomFilmFest
Pusat KOMAS
A-2-10, 8 Avenue, Jalan Sg Jernih 8/1, Seksyen 8, 46050 Petaling Jaya, Selangor
Tel / Fax: +603-79685415    Website: freedomfilmfest.komas.org / www.komas.org

Like us on Facebook and follow us on Twitter

Kewajipan Hak Asasi Dalam Hal Pembangunan Berpusat di Kerajaan Tempatan

SAMBUTAN HARI HAK ASASI SEDUNIA

Obor Perjuangan Hak Asasi Manusia”

10 Disember 2012

Pusat Komas dan Dignity International denagan sukacita meraikan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia pada 10 Disember dengan program “ Obor Perjuangan Hak Asasi Manusia”.Program ini turut dianjurkan sempena Bengkel Hak Asasi Manusia dan Pembangunan di peringkat kebangsaan yang ke-11 yang dianjuarkan oleh Dignity International. Bengkel ini menyatukan pelbagai aktivis dari seluruh pelosok dunia, pemimpin-pemimpin persatuan, remaja, wanita , orang asal, perwakilan kumpulan minoriti, pegawai-pegwai advokasi dan wakil pertubuhan bukan kerjaan untuk mempelajari dan berkongsi pengalaman hak asasi manusia dan pembangunan. Ini juga bertujuan membincangkan masalah kemiskinan tegar di peringkat mikro dan makro. Pada  tahun ini, kami berharap kita dapat bersama-sama menyambut Hari Hak Asasi Manusia yang bertemakan “ Obor Perjuangan - Kewajipan Hak Asasi Dalam Hal Pembangunan Berpusat di Kerajaan Tempatan

Tahun 2012 merupakan tahun penuh cabaran bagi semua orang yang terlibat dengan pembangunan dan hak asasi manusia kerana keadaan politik dan ekonomi dunia yang tidak stabil. Solidariti antarbangsa seperti ini dapat memastikan kita dapat bersama-sama meneruskan perjuangan dalam memastikan hak asasi manusia adalah tunjang kepada segala pembangunan terutama pembangunan pada peringkat tempatan.

Tidak boleh disangkal lagi, tanggungjawab hak asasi manusia sejagat terletak pada bahu kerajaan. Penglibatan kerajaan di pelbagai peringkat harus memastikan hak asasi manusia yang terletak dalam kawasan jagaan mereka adalah terjamin. Pada tahun ini, pihak kami ingin menyambut usaha keras kerajaan tempatan dalam melaksanakan tanggungjawab meraka. Kerajan tempatan adalah antara pihak yang terpenting dalam memperkasakan hak asasi manusia. Kami mahu meraikan usaha  keras kerajaan tempatan dan berbincang apa lagi yang diperlukan untuk meneyemprunakan pernanan kerajaan tempatan ini. Pelbagai pihak yang terlibat dalam pembangunan, tidak kira masyarakat sivil atau badan bukan kerjaan harus bekerjasama untuk memastikan pembangunan yang effektif dilaksanakan di negara dan dunia yang tercinta ini.

Pusat Komas , Dignity International dan Majilis Perbandaran Klang( MPK) berharap agar ramai akan hadir dan memeriahkan initiaf bersama ini.

 

Aturcara Majlis

Peringkat 1:MPK

8.30 am : Ketibaan tetamu di Majlis Parlimen Klang (MPK)

: Minum Pagi

9.00am  : Ucapan oleh

: Yang di-pertua Majlis Parlimen Klang (MPK)

: Wakil dari Pusat Komas/Dignity International

9.15am  : Forum oleh Panel

: “Kewajipan Hak Asasi Dalam Hal Pembangunan Berpusat di Kerajaan Tempatan  :   Penglibatan Semua Pihak Penting Memastikan Keberkesanan Pelaksanaan Hak Asasi Manusia ”

Moderator: Pusat Komas ( memberi sepatah dua kata)

1-Wakil dari Malawi

2-Wakil dari Bolivia/Chile

3-Wakil dari Vanuatu

4- Kaunselor MPK

5-Perwakilan UN ( Dr. Lin TBC)

(10 minit pengenalan disambung dengan sesi soal jawab)

11.00 am : Upacara Simbolik Obor Perjuangan ( Perwakilan dari MPK, seorang dari setiap benua,Malaysia.MPK dan UN)

: [Nyanyian dan sorakan]

: Sesi Bergambar beramai-ramai

11.30 am : Bersurai

Peringkat 2: Lawatan ke Penduduk Kawasan Setinggan

12.00pm  : Ketibaan di kawasan perumahan

12.15pm : Ucapan pendek oleh perwakilan antrabangsa dan penduduk setempat

1.15pm : Upacara Simbolik Obor Perjuangan

1.30pm : Makan tengahari

2.15pm : Bersurai

Sila RSVP Kepada Cik Lena Hendry di lenah...@komas.org atau sms kepada 012-2957712 sebelum 9hb Disember 2012.



-





Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages