Wan Yusoff
unread,May 25, 2008, 7:22:01 AM5/25/08Sign in to reply to author
Sign in to forward
You do not have permission to delete messages in this group
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to ForumNiaga
Assalamualaikum
Mengikut akhbar Vetican, L'Osservatore Romano, untuk pertama kali
dalam sejarah dunia ini Islam mencapai taraf sebagai agama yang paling
ramai pengikutnya pada tahun 2008. Merujuk kepada Buku Tahunan
Statistik Vetican, wakilnya Monsignor Vittorio Formenti menulis:
"Untuk pertama kali dalam sejarah kita bukan lagi berada di tempat
teratas: Ummat Islam telah mengatasi kita".
Bilangan penganut agama utama di dunia pada tahun 2008 diberikan
seperti berikut:
1. Ummat Islam 19.2 peratus 1.25 billion orang
2. Ummat Katholik 17.4 peratus 1.13 billion orang
3. Ummat Hindu 12.1 peratus 785 juta orang
4. Ummat Budha 5.5 peratus 360 juta orang
5. Ummat Yahudi 0.3 peratus 17 juta orang
Mengikut Bashir Man, Pengerusi Kaunsil Muslim di Scotland, bilangan
orang Islam yang bertambah dengan pesat itu bukan sahaja disebabkan
oleh kadar kelahiran yang lebih tinggi di kalangan umat Islam, tetapi
juga disebabkan oleh bilangan mereka yang memeluk Islam jauh lebih
ramai dari pemeluk agama lain. Mereka memeluk Islam setelah mengkaji
agama syumul tersebut untuk memahami keganasan yang kononnya dilakukan
oleh ummat Islam terhadap penganut agama lain.
Jelaslah bahawa Islam telah mencapai tahap sebagai agama yang terbesar
di dunia. Ini tentunya akan menambahkan rasa benci dan iri hati musuh-
musuh Islam kerana walaupun Islam telah dicop sebagai agama keganasan,
tetapi ternyata dakyah tersebut tidak dapat diterima oleh orang-orang
bukan Islam sendiri. Kita boleh menjangkakan bahawa dengan pendedahan
terbaru ini, musuh-musuh Islam akan mempergiatkan usaha mereka untuk
memburuk-burukkan Islam di mata dunia.
Sebagai Orang Islam, kita sepatutnya bersedia untuk menghadapi keadaan
yang lebih menekan di masa depan. Walaupun kita telah menjadi agama
terbesar, tetapi ummat Islam masih dibunuh dan diporak perandakan oleh
musuh-musuh Islam. Benarlah kata Rasullullah s.a.w. bahawa walaupun
ramai, tetapi ummat Islam di akhir zaman akan menjadi mangsa kepada
orang bukan Islam, kerana mereka walaupun ramai, tetapi umpama buih
yang tidak mempunyai kekuatan.
Marilah kita mengubah keadaan ini dengan menjadi umat Islam yang kuat.
Berpeganglah dengan tali Allah dan jangan berpecah-belah. Jadilah
ummat Islam yang menghayati dan mendalami Islam, memberi kasih sayang
dan membela sesama ummat dan bertegas dengan orang kafir dan
memperkukuhkan ekonomi ummat Islam dengan membeli dan mengutamakan
barangan buatan orang Islam. Marilah kita buktikan bahawa kita bukan
setakat ramai bilangannya tetapi juga merupakan ummat yang menjadi
contoh kepada agama lain, Insy Allah.