1Perakuan Pengamalan Jururawat Tahunan perlu di pohon oleh majikan yang menggajikan mana-mana jururawat di Malaysia untuk membolehkan jururawat tersebut menjalankan amalan kejururawatan di Malaysia.
4.2 Bagi kategori Permohonan pembaharuan, Permohonan yang telah mencukupi Mata kredit CPD boleh mula menghantar permohonan mulai bulan Mac setiap tahun dan tidak boleh lewat daripada 30 hb September tahun tersebut. Bagi permohonan yang diterima oleh LJM selepas 30 September tahun semasa akan dikenakan bayaran DENDA LEWAT.
8. Berapa tempoh masa permohonan APC diproses?
Permohonan yang lengkap diterima akan diproses dalam tempoh enam hingga lapan minggu dari tarikh resit kewangan namun tempoh proses akan menjadi bertambah panjang bagi permohonan yang diterima selepas 30hb September.
9. Apakah yang menyebabkan proses permohonan lewat/ditolak?
9.1 Tiada surat rasmi permohonan daripada majikan
9.2 Borang permohonan yang salah dan tidak lengkap
9.3 Dokumen sokongan tidak dilampirkan
9.4 Borang CPD-LB yang tidak lengkap, tidak cukup mata CPD dan tidak disahkan oleh penyelia.
9.5 Tiada bayaran, bayaran tidak mencukupi atau terlebih bayaran, tiada bayaran bagi denda lewat ( sekiranya berkaitan)
9.6 Bank draft atau kiriman wang yang luput tempoh sah laku.
10. Bolehkah pemohon mendapatkan Sijil Pengamalan Tahunan yang baru sekiranya sijil hilang
atau terbakar?
Tiada salinan pendua akan dikeluarkan oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
11. Apakah tindakan yang saya perlu lakukan untuk mendapatkan no siri APC sekiranya sijil
APC saya hilang?
untuk mendapatkan nombor siri tersebut.
12. Adakah majikan dibenarkan menyimpan APC yang asal tanpa memberikan salinan kepada
pekerja?
Pemohon perlu merujuk kepada surat perjanjian / kontrak perjanjian diantara pemohon dan majikan. LJM tidak terlibat didalam perkara ini.
13. Apa dokumen yang perlu dibawa sekiranya pemohon ingin mengambil sendiri dokumen
yang telah siap diproses di kaunter?
Individu yang diberi kuasa oleh majikan untuk menuntut dokumen perlu mengemukakan surat rasmi (turun kuasa) dari majikan bersama Salinan kad pengenalan/passport. Pihak Lembaga Jururawat Malaysia tidak akan membenarkan pengambilan sebahagian daripada keseluruhan dokumen dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dokumen yang telah diserahkan.
15. Adakah warganegara asing boleh memohon Sijil Pengamalan Tahunan?
Warganegara asing boleh memohon Sijil Pengamalan Sementara (TPC) untuk bekerja di Malaysia. Pemohon mesti mendapatkan kelulusan bekerja di Malaysia terlebih dahulu daripada Jabatan Imigresen Malaysia sebelum menghantar permohonan kepada Lembaga Jururawat Malaysia.
16. Sekiranya saya mempunyai soalan dimana saya boleh mengemukakan pertanyaan?
Pemohon boleh menghubungi LJM di talian 03-8883 3553 atau menghantar email pertanyaan kepada
nur...@moh.gov.my
17. Dimanakah saya perlu menghantar borang permohonan?
Hantarkan dokumen yang lengkap dan bayaran (sertakan Bank Draft atau Kiriman Wang yang ASAL ke alamat dibawah:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengekalan nama?
Pengekalan nama Pengekalan nama ialah permohonan bagi mengekalkan nama didalam Daftar Lembaga Jururawat Malaysia.
8. Berapakah bayaran yang dikenakan bagi Pengekalan Nama?
Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM 25 bagi setahun. Bayaran perlu dilakukan dalam bentuk Bank Draft atau Kiriman Wang atas nama Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia. Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL perlu disertakan bersama borang permohonan.
9. Bagaimanakah kaedah penghantaran permohonan Pengekalan Nama?
Permohonan dan Slip bayaran Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL boleh dihantar secara serahan tangan di kaunter LJM atau secara pos.
10. Apakah yang menyebabkan proses permohonan menjadi lewat atau ditolak?
10.1 Borang permohonan yang salah dan tidak lengkap
10.2 Dokumen sokongan tidak disertakan
10.3 Bank Draft atau Kiriman wang yang tidak tepat bayaran atau luput tempoh sah laku
10.4 Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL tidak disertakan.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengesahan pendaftaran?
Penyataan pengesahan pendaftaran jururawat yang telah berdaftar di dalam Lembaga Jururawat Malaysia atau Lembaga Bidan Malaysia.
5. Apakah dokumen yang diperlukan?
5.1 Borang permohonan yang betul
5.2 Salinan Perakuan Pendaftaran Jururawat LJM atau LBM
5.3 Salinan Perakuan Pendaftaran Jururawat LJM atau LBM yang telah dialih bahasa ke English oleh penterjemah yang berdaftar.
5.4 Borang khas daripada Nursing Board atau Nursing Council negara yang hendak di daftar.
7. Berapakah bayaran yang dikenakan bagi setiap pengesahan pendaftaran?
Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM 30 bagi setiap pengesahan. Bayaran perlu dilakukan dalam bentuk Bank Draft atau Kiriman Wang atas nama Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia. Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL perlu disertakan bersama borang permohonan.
8. Bagaimanakah kaedah penghantaran permohonan pengesahan pendaftaran?
Permohonan dan Slip bayaran Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL boleh dihantar secara serahan tangan di kaunter LJM atau secara pos.
9. Apakah yang menyebabkan proses permohonan menjadi lewat atau ditolak?
9.1 Borang permohonan yang salah dan tidak lengkap
9.2 Dokumen sokongan tidak disertakan
9.3 Maklumat yang tidak lengkap di dalam borang khas
9.4 Bank Draft atau Kiriman wang yang tidak tepat bayaran atau luput tempoh sah laku
9.5 Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL tidak disertakan.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengesahan transkrip latihan?
Penyataan pengesahan transkrip latihan kejururawatan peringkat PHD,Sarjana, Ijazah, Diploma, Sijil dan Post basic.
7. Berapakah bayaran yang dikenakan bagi setiap pengesahan transkrip latihan?
Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM 30 bagi setiap pengesahan. Bayaran perlu dilakukan dalam bentuk Bank Draft atau Kiriman Wang atas nama Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia. Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL perlu disertakan bersama borang permohonan.
8. Bagaimanakah kaedah penghantaran permohonan pengesahan transkrip latihan?
Permohonan dan Slip bayaran Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL boleh dihantar secara serahan tangan di kaunter LJM atau secara pos.
9. Apakah yang menyebabkan proses permohonan menjadi lewat atau ditolak?
9.1 Borang permohonan yang salah dan tidak lengkap
9.2 Dokumen sokongan tidak disertakan
9.3 Bank Draft atau Kiriman wang yang tidak tepat bayaran atau luput tempoh sah laku
9.4 Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL tidak disertakan.
5. Apakah dokumen yang diperlukan?
5.1 Borang permohonan yang betul
5.2 Salinan Perakuan Pendaftaran Jururawat LJM
5.3 Salinan surat sokongan dari majikan yang terakhir/terkini
7.1Borang permohonan yang salah dan tidak lengkap
7.2 Dokumen sokongan tidak disertakan
7.3 Bank Draft atau Kiriman wang yang tidak tepat bayaran atau luput tempoh sahlaku
7.4 Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL tidak disertakan.Bagaimana mendapatkan Perakuan Pendaftaran Jururawat dan lencana setelah tamat latihan?
Perakuan Pendaftaran Jururawat dan lencana perlu diambil dari universiti atau
Institusi Pengajian masing-masing.Apakah tindakan jika Perakuan Pendaftaran Jururawat dan lencana yang diterima terdapat kesilapan maklumat atau rosak?
Penggantian Perakuan Pendaftaran Jururawat dan lencana tanpa caj akan diberikan dalam tempoh 3 bulan penerimaan, selepas dari tempoh tersebut penggantian akan dikenakan bayaran seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga.Sekiranya saya mempunyai soalan, dimana saya boleh mengemukakan pertanyaan?
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-88833562 atau email ke nur...@moh.gov.myDimanakah saya perlu menghantar borang permohonan?
Hantarkan dokumen permohonan yang lengkap ke alamat dibawah :
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lembaga Jururawat Malaysia
Aras 3, Blok E 7, Parcel E, presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya Unit TPC Adakah mana-mana negara boleh berkhidmat di Malaysia?
Hanya jururawat terlatih dan mempunyai bidang pengkhususan kejururawatan (Pos basik) warganegara asing yang berdaftar dengan Lembaga/Majlis negara asal kecuali Pos basik Kebidanan dan Komuniti Kesihatan.
Tempoh sahlaku TPC untuk 1 tahun sahaja dan pihak majikan perlu memperbaharui 2 bulan sebelum tempoh tamat TPC dan bayaran RM70.00 berbentuk wang pos atau bank draf bernilai RM70.00 seorang dialamatkan kepada Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia. TPC halnya sah untuk satu majikan sahaja.
Mata kredit CPD diperlukan untuk memastikan jururawat meningkatkan dan mengemaskini pengetahuan secara berterusan dan kompetensi dalam praktis. Ianya adalah satu keperluan untuk pembaharuan Perakuan Jururawat seperti yang ditetapkan dalam Akta Kejururawatan 1985.
Keputusan peperiksaan LJM/LBM boleh di akses secara on-line selepas pengesahan keputusan disahkan oleh Pendaftar Lembaga Jururawat Malaysia, dalam masa 7 hari bekerja selepas penerimaan dengan lengkap, semua kertas jawapan peperiksaan dari kolej kejururawatan.
3a8082e126