Now that it's official TM will be split into two entities (fixed
line+broadband & cellular), what's next? Harap-harap org dalam
corporate development tu tak bagi tambah konpius org macm saya ni.
Lets see, STM, TM, TMTouch, TMNet...
Ahmad
||\
--- jam...@streamyx.com wrote:
> Thanks,
>
> Jamian Basar
> 013-3411857
>
>
>
>
____________________________________________________________________________________
Looking for a deal? Find great prices on flights and hotels with Yahoo! FareChase.
http://farechase.yahoo.com/
Datuk dituduh tipu RM3.9 juta
Oleh Munira Yusoff
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk
mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,
semalam, atas empat tuduhan menggunakan dokumen palsu
dan menipu menggunakan Pelaburan Program Roll-Over,
membabitkan kerugian RM3.9 juta.
Datuk Paiman Shakimon, 48, dituduh menipu ahli
perniagaan, Datuk Rosidi Kamaruddin dan peguam, Datuk
Liew Teck Keong, dengan memperdayakan mereka untuk
mempercayai Pelaburan Program Roll-Over adalah sah dan
mempunyai kebenaran Bank Negara Malaysia.
Difahamkan, skim pelaburan itu yang berjaya mengumpul
RM27 juta, diwujudkan kononnya untuk membawa pulang
sejumlah wang negara yang ada dalam akaun bank di
Switzerland, sejak sebelum merdeka.
Ia didakwa menjanjikan pulangan lebih 50 kali ganda
bagi setiap RM1 yang dilaburkan. Sehubungan itu,
Rosidi dan Liew masing-masing menyerahkan RM3,429,370
dan RM500,000 kepada tertuduh.
Paiman juga didakwa menyerahkan 17 dokumen palsu
kepada Rosidi dan 11 kepada Liew, termasuk penyata
akaun penyata, buku cek dan permohonan pindahan dana
Citibank serta penyata akaun dan slip pengesahan
deposit JP Morgan Chase Bank.
Dia yang diwakili peguam bela, Mohd Yunos Sharif,
dituduh melakukan kesalahan itu di Hotel Nikko, Jalan
Ampang di sini, antara Mei 2005 dan November 2006.
Bagi tuduhan tipu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen
420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum
penjara 10 tahun, denda dan sebat jika sabit
kesalahan, manakala bagi tuduhan menggunakan dokumen
palsu, tertuduh menghadapi hukuman maksimum penjara 20
tahun dan denda mengikut Seksyen 471 kanun sama.
Hakim S M Komathy Suppiah menetapkan perbicaraan
selama lima hari bermula 7 Julai tahun depan dan
membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan
seorang penjamin.
Komathy juga memerintahkan tertuduh menyerahkan
pasport kepada mahkamah, selain melaporkan diri di
Balai Polis Kajang setiap bulan sebagai syarat
jaminan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anas Ahmad Zakie
memohon jaminan RM300,000 untuk Paiman bagi
keempat-empat tuduhan.
Bagaimanapun, Mohd Yunos memohon jumlah itu
dikurangkan kepada RM100,000 kerana anak guamnya kini
tiada sumber pendapatan, berikutan asetnya dan
isterinya dibekukan sejak siasatan terhadapnya
dimulakan, Oktober tahun lalu.
Akhbar sebelum ini pernah melaporkan, ada sindiket
yang memikat mangsa dengan mendakwa menguruskan dana
bernilai trilion ringgit di Union Bank of Swiss yang
disimpan kerajaan Malaysia ketika pemerintahan
British.
Dana itu didakwa digunakan untuk pertukaran asing
dalam program dikenali ‘Roll-Over’.
Setiap pelabur diberikan buku cek beberapa bank dan
apabila sampai tempoh matang sebahagian dana itu akan
dikeluarkan dan didepositkan ke akaun mereka. Pada
masa sama, pelabur perlu menyuntik RM75,000 setiap
hari untuk apungan harian bagi mengelak dana merudum.
____________________________________________________________________________________
Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! - their life, your story. Play Sims Stories at Yahoo! Games.
http://sims.yahoo.com/
Dikempilkan gambar terkini beliau.
____________________________________________________________________________________
Boardwalk for $500? In 2007? Ha! Play Monopoly Here and Now (it's updated for today's economy) at Yahoo! Games.
http://get.games.yahoo.com/proddesc?gamekey=monopolyherenow
Dikempilkan gambar terkini beliau.
--- Mat Tambi <azy...@yahoo.com> wrote:
____________________________________________________________________________________
Tonight's top picks. What will you watch tonight?
Preview the hottest shows on Yahoo! TV.
http://tv.yahoo.com/
____________________________________________________________________________________
Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows. Yahoo! Answers - Check it out.
http://answers.yahoo.com/dir/?link=list&sid=396545469
Paiman batch 72-77. Tetapi sampai form 3. (Kena tanya
Akmal sampai tak ke Form 3).
Masa era Ahmad Dahan(my uncle), saya pernah diarah
oleh Ahmad Dahan untuk pantau dia kerana agak nakal.
Dipendekkan cerita(ingat Paiman ada peguam), Paiman
pernah tinggal di Skudai, Johor, ada rumah di Seremban
dan sekarang menetap di Kajang. Alamat IC beliau di
Seremban.
Siapa yg beri dia pangkat Datuk, saya tak tahu.
Dalam kita semua ambil hal sendiri dalam tempoh 30
tahun, dia telah membina empayar yg besar di dalam dan
luar negara. Dia mempunyai harta 26juta yg sekarang
dibekukan. Itu harta yg ada dokumen belum lagi yg tak
berdokumen. Kalau pernah tengok cerita Tiga Abdul,
anda akan faham.
Paiman banyak dicorakkan oleh isterinya.
Paiman juga seorang dermawan. No detail. Period.
Setakat itu saja, jangan tanya lagi.
P/S Ahli Jawatan kuasa fivers77, sila ambil perhatian.
____________________________________________________________________________________
Luggage? GPS? Comic books?
Check out fitting gifts for grads at Yahoo! Search
http://search.yahoo.com/search?fr=oni_on_mail&p=graduation+gifts&cs=bz
No virus found in this incoming message.
Checked by AVG Free Edition.
Version: 7.5.488 / Virus Database: 269.13.35/1040 - Release Date: 9/30/2007 9:01 PM