Fwd: FW: HMetro - Gaharu

19 views
Skip to first unread message

Muhamad Mamu

unread,
Nov 19, 2013, 4:07:09 AM11/19/13
to Fivers77


FYI Only.

Subject: FW: HMetro - Gaharu
To: "Muhamad. Mamu" <muhama...@gmail.com>


 

Sent: Tuesday, 19 November, 2013 2:25 PM
Subject: HMetro - Gaharu

 

Pokok gaharu juga dikenali dengan nama pokok depu atau karas mempunyai nilai komersial tinggi di peringkat antarabangsa berikutan kegunaannya yang meluas sebagai bahan asas untuk industri minyak wangi dan perubatan.

Justeru tidak hairan ada yang menggelarkannya sebagai pokok karas iaitu sejenis kayu berdamar dan kini diwartakan sebagai pokok terancam, sebagai emas hutan.

Pokok karas atau nama saintifiknya `aqularia malaccensis’ yang tumbuh meliar di hutan negara ini dikenali menerusi penghasilan gaharu pada resin atau bahagian dalam batang pokok itu.

Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa gaharu mempunyai nilai komersial tinggi kerana dalam tempoh enam atau tujuh tahun saja ia boleh memberi pulangan sekurang-kurangnya RM15,000. Jika kena dengan kaedah penjagaannya, boleh mencecah RM50,000 sepohon.

Foto

SEBAHAGIAN ladang gaharu milik SAG di Labu Negeri Sembilan.

Foto

POKOK gaharu yang sudah matang mampu mencecah sehingga RM30,000 sepohon.

Foto

PEGAWAI SAG menunjukkan proses ekstrasi penyulingan pati minyak gaharu.


Syarikat Bumiputera, Senama Agro Gaharu (M) Sdn Bhd (SAG), antara syarikat yang menjadi peneraju utama dalam industri gaharu di negara ini selepas projek membabitkan pelaburan bernilai RM10 juta yang dilaksanakan sejak tiga tahun lalu membuahkan hasil memuaskan.


Pengerusinya Datuk Mustafa Abdul Wahab berkata, SAG mempunyai perancangan, strategi dan program pembangunan tersusun dalam memajukan lagi industri gaharu di negara ini sekali gus meletakkan negara ini pengeluar gaharu terbesar dunia.

Katanya, SAG bergiat cergas melakukan pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan penanaman pokok gaharu dan bersedia untuk memberi khidmat kepakaran kepada pengusaha yang berminat mengusahakan penanaman itu.

“Sebenarnya di negara ini perdagangan gaharu komersial secara relatifnya sudah wujud ratusan tahun yang lalu. Ia bermula dengan pencarian sumber dari hutan, pengumpulan gaharu mentah, proses ekstrasi penyulingan pati minyak gaharu, penghasilan produk dan seterusnya pemasaran.

“Pengalaman berurusan dengan usahawan dari Timur Tengah, Kemboja dan Vietnam menyedarkan kami bahawa industri gaharu berpotensi besar dalam menjana pendapatan pengusaha, jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan menggunakan teknologi terkini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, pihaknya tengah berusaha untuk menerajui proses transformasi dalam sektor penanaman dan pemerosesan gaharu secara terancang serta menyeluruh berikutan perkembangan industri gaharu di negara ini mahu pun dunia.

Beliau berkata, pihaknya sudah mempelbagaikan usaha seperti melakukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam menghasilkan produk hiliran serta memasarkannya.

“Penyelidikan itu bagi membolehkan kita membangunkan satu inokulasi atau ubat bagi mempercepatkan proses pertumbuhan pokok karas yang sebelum ini mengambil masa dari lima hingga lapan tahun sebelum ia betul-betul matang.

“Ketika ini harga sekilogram gaharu di pasaran mampu mencecah antara RM25,000 hingga RM30,000 mengikut gred,” katanya.

Mustafa berkata, syarikatnya memberi khidmat nasihat kepada pengusaha membabitkan penyediaan kawasan tanaman, pembekalan benih, penjagaan tanaman, khidmat inokulasi, pengeluaran hasil dan pemasaran.

“Tenaga kerja kami adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam menguruskan berkaitan gaharu merangkumi aktiviti penanaman dan penghasilan gaharu bermutu tinggi,” katanya.

Katanya, hingga kini hampir 100,000 pokok karas klon Vietnam sudah ditanam di atas tanah milik 200 orang peserta di Negeri Sembilan dan pihaknya turut mengadakan usahasama dengan syarikat negara pengeluar dan pengguna gaharu lain seperti Kemboja, Vietnam, China, Singapura, Thailand, Taiwan, Indonesia dan negara di Timur Tengah.

Berkenaan perancangan masa depan, beliau berkata SAG merancang membina dua kilang pemprosesan pati minyak gaharu dan pelbagai jenis produk berasaskan gaharu bernilai RM3 juta di Labu, Negeri Sembilan selain di Segamat, Johor.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/19

 



image003.jpg
image002.jpg
image001.jpg

Mat Tambi

unread,
Nov 19, 2013, 4:32:58 AM11/19/13
to five...@googlegroups.com
Mamu 

Bila masa cendana pula. Lepas gaharu tu ka.

Cendana, adakah jenis pokok juga. Thx


--
--
"ILMU PANDUAN HIDUP"
---
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Fivers '77" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to fivers77+u...@googlegroups.com.
For more options, visit https://groups.google.com/groups/opt_out.


image001.jpg
image002.jpg
image003.jpg
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages