Assalamualaikum, 
Â
Dikesempatan ini, ingin saya ucapkan Selamat Hari Guru buat semua pensyarah JPSPP.
Jazakumullahu khayr Prof, Dr, Puan Tuan yang sentiasa ikhlas mendidik dan sabar dgn pelajar2 yang banyak kerenah masing2. Ampun dan maaf dipinta andai pernah melukakan hati setiap pensyarah secara sedar mahupun tidak. Semoga Allah Ta'ala sentiasa memberkati, merahmati dan meredhai kalian dan membalas segala jasa murni kalian dalam mendidik dan menyampaikan ilmu dunia mahupun akhirat. 
Â
Doa ini yang akan sentiasa tersemat dihati buat semua warga pendidik. ^_^
Â
Ya Allah, masukkanlah kami semua kedalam golongan hamba-hamba Mu yang mendapat kurnia dan ganjaran dari kemurahan Mu dan kurniakanlah kepada kami setiap kebaikan yang ada didalamnya.
Â
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, samada dosa-dosa yang besar atau dosa yang kecil, samada dosa yang tersembunyi atau yang nyata, samada dosa yang kami sengajakan atau kerana kejahilan kami. Ya Allah, terimalah taubat kami sebagai taubat nasuha, sesungguhnya Engkau maha pengasih, maha penyayang lagi maha pengampun.
Â
Ya Allah, berikan kesejahteraan dan keberkatan hidup untuk semua guru-guru yang pernah mengajar ilmu dunia dan akhirat. Kurniakanlah kepada ganjaran dari kemurahan Mu diatas setiap usaha mereka untuk mendidik.
Â
Kurniakanlah kepada guru-guru di negara ini hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya . Bukakanlah hati mereka agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .
Â
Ya Allah, Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada mereka terhadap anak2 didik mereka, sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak2 mereka sendiri, kurniakanlah kepada mereka kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama yang tinggi dalam sesebuah pasukan, semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik pelajar2 mereka,
Â
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat,
Dengarkanlan harapan dan pengaduan kami ini. Mustajabkanlah permohonan kami agar Engkau mengurniakan kesejahteraan dan kesihatan kepada guru-guru kami yang menjadi payung kepada generasi akan datang.
Â
Semoga Engkau mengurniakan kekuatan kepada diri mereka untuk terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memainkan peranan bagi memartabatkan pendidikan generasi kami berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.
Â
Ya Allah, Ya Karim, Jadikanlah guru-guru kami mempunyai darjat yang tinggi serta hiasilah mereka dengan kebijaksanaan, binakanlah benteng ketakwaan dan keimanan yang teguh kepada mereka. Hindarilah mereka daripada perkara yang memudaratkan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Â
Ya Allah, Ya Aziz Ya Ghaffar, Anugerahkanlah segala kemudahan kepada para guru kami agar mereka sentiasa mendapat kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Berkatilah usaha dan sumbangan kebaikan mereka di dunia ini.
Berikanlah kekuatan kepada mereka untuk mencapai kejayaan dan kemajuan diri dalam mendidik anak bangsa ibu pertiwi. Anugerahkanlah kepada mereka kualiti kehidupan yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Tinggikanlah darjat mereka di sisiMu, sucikanlah hati mereka dengan keikhlasan berbakti untuk agama, bangsa dan negara.
Â
Amiin ya rabbal Alamiin
Â
Â