Salam dan selamat sejahtera,
Dimaklumkan bahawa seminar siswazah akan dijalankan lagi pada semester kedua sesi 2013/14. Oleh itu mohon semua pelajar untuk memberikan nama kepada saya dengan kadar segera bagi membolehkan saya membuat jadual pembentangan bagi semester ini. Pembentangan kali ini adalah wajib bagi semua pelajar siswazah di JPSPP. Anda boleh membentangkan apa sahaja berkaitan tajuk penyelidikan anda sama ada proposal penyelidikan, data analisis dan hasil kajian. Anda digalakkan bersedia dan pembentangan adalah selama 10-15 min sahaja. Segala pertanyaan boleh emelkan terus kepada saya.
Mohon juga agar anda dapat memberikan nama dan alamat emel rakan anda yang masih belum ada di dalam senarai group ini.
Sekian, terima kasih.
Regards,
Shamsul Azahari Zainal Badari
Departmet of Resource Management and Consumer Studies
Faculty of Human Ecology
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
MALAYSIA