| Ini lah yg terjadi bila kita terlalu berlembut dgn mereka....kurang ajar. --- On Tue, 2/9/10, Zaiham <zai...@tmeh.com.my> wrote:
|
MOHAMAD Faizal Abdul Raub menunjukkan laporan polis yang dibuatnya
mengenai facebook yang menghina Nabi Muhammad di Balai Polis Travers,
semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 10 Feb. - Seorang pegawai eksekutif sebuah syarikat
keselamatan hari ini membuat laporan polis terhadap seorang wanita
yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dalam laman sosial Facebook,
baru-baru ini.
Mohamad Faizal Abdul Raub, 29, berkata, dia terpanggil untuk membuat
laporan polis itu selepas dimaklumkan oleh isterinya tentang komen
yang dibuat oleh wanita terbabit dalam laman sosial tersebut pada 8
Januari lalu.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Travers di sini kira-kira
pukul 11.30 pagi.
Mohamad Faizal ketika ditemui di pekarangan balai polis berkata,
sebagai umat Islam dia merasakan perlu membuat laporan polis kerana
komen wanita itu boleh menimbulkan kemarahan dan menggugat
ketenteraman kaum di negara ini.
"Sehubungan itu, saya berharap pihak berkuasa dapat menjalankan
siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap wanita yang menamatkan
dirinya Lynette kerana menghina pemimpin agung umat Islam," katanya.
Menurut Mohamad Faizal, isterinya yang mempunyai rangkaian dengan
rakan-rakan Lynette mengesan komen itu dalam Facebook baru-baru ini
dan memaklumkan kepadanya semalam.
Tambah beliau, Lynette dikatakan telah menutup akaun atas nama itu
dalam laman sosial tersebut dan membuka akaun baru dengan nama Mary
Lou.
Dakwa Mohamad Faizal, dalam akaun baru yang dibuka oleh Lynette,
wanita itu ada menyatakan permohonan maaf atas kenyataan yang
dikeluarkannya sebelum ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan
Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima
laporan tersebut.
Beliau berkata, kes itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah
Shah Alam untuk siasatan lanjut.