Jerat Hiburan Realiti: Sistem Perhambaan Luar Kandang
Tidak perlu kami terangkan secara terperinci mengenai topik ini kerana
saudara dan saudari semua sudah sedia maklum akan budaya masyarakat
moden kita yang terlalu bersungguh ingin ‘jadi artis’ untuk mengejar
populariti di dunia glamour. Ia adalah program realiti yang menjauhkan
kita daripada realiti. Ia adalah
mind repositioning method.
Kami bukan mahu sampaikan kepada anda mengenai kisah artis popular atau berapa ramai yang mahu menyertai Akademi Fantasia,
One in a Million
atau 'idol-idol' yang lain. Kami juga bukan mahu cerita mengenai agenda
Hollywood dan Ladies in Red walaupun ia ada kaitan dengan Hollywood.
Anda boleh rujuk agenda Hollywood di blog-blog yang kami sediakan link
di blog ini, anda boleh rujuk di blog
Rise of Islam dan seperjuangan dengannya untuk memahami agenda Hollywood. Kami tidak akan tulis dalam angle yang sama.
Dalam topik ini, kami mahu anda faham mengenai realiti kerosakan iman
secara besar-besaran yang berlaku di sebalik projek hiburan realiti
ini, inilah input yang kami ingin anda faham. ‘Tenaga’ yang terhasil
daripada kelakuan manusia akibat terlalu lalai disebabkan hiburan
realiti ini dikhuatiri akan membawa kepada satu malapetaka besar di
kalangan umat Islam sendiri. Kami tidak paksa anda percaya, tetapi
adalah lebih baik jika kita menjauhi perkara yang ditegah dan sentiasa
waspada daripada terjebak ke dalam jerat Dajjal.
Hiburan realiti adalah sebahagian daripada program
mind control yang
beroperasi dengan jayanya di sekitar budaya masyarakat seluruh dunia,
masyarakat Malaysia dan Melayu Islam juga turut sama terperangkap dalam
program janakuasa seperti wind mill kelolaan CEO (
chief executive officer) serta COO (
chief operational officer) yang dilantik Dajjal ini. Ia adalah projek besar bertaraf
masterpiece dalam sejarah perhambaan manusia di luar kandang.
Ia adalah salah satu daripada ratusan projek-projek
masterpiece yang
sedang, akan dan terus beroperasi secara teratur di serata dunia.
Hiburan realiti ini menyebabkan manusia (termasuk umat Islam) menjadi
leka sehingga satu persatu maruah orang Islam di negara maju dan negara
membangun direnggut serta dirampas malah dipijak dengan mudah, mudahnya
seperti merampas botol susu daripada seorang bayi kehausan yang hanya
mampu menangis dan terus menangis tanpa mampu menuntut haknya kembali.
Kesan daripada projek perhambaan luar kandang secara besar-besaran ini
yang berjalan dengan lancar, peratus kejayaannya sangat tinggi dan
membanggakan Dajjal. Jika disamakan kejayaan Dajjal melalui projek ini
dengan pulangan pelaburan saham di pasaran terbuka, ia sudah tentu
berjaya membuatkan seseorang kaya raya. Tetapi, apa pula yang kita
dapat? Dapat jadi hamba terhormat di sisi Dajjal?
Kalau kita jadi hamba Allah Maha Satu yang terhormat dan terpuji, itu
satu penghormatan, satu kemuliaan, bukan penghinaan (mohon doa semoga
mendapat ihsan Allah). Tetapi kalau jadi hamba terhormat dalam golongan
hamba-hamba Dajjal dan hamba Yahudi, kemuliaan jenis apakah yang kita
dapat? Mulia di sisi Dajjal? (mohon dijauhkan).
Jangan pandang ke arah Eropah dan Amerika, pandanglah situasi di negara kita sendiri.
Perhatikan, sejak negara kita diledak dengan budaya hiburan realiti,
apa perkembangan budaya yang berlaku kepada masyarakat kita? Boleh
dikatakan 8 daripada 10 orang remaja lebih gemar budaya glamour,
termasuk mahu memakai fesyen glamour, rambut juga glamour, gaya juga
glamour, hilang identiti sebagai seorang Muslim kerana lebih gemar
dengan identiti hamba Yahudi yang tampak glamour.
Malah, setiap kali ada persembahan hiburan di tempat terbuka, jumlah
orang yang hadir termasuk makcik-makcik, anak-anak, cucu-cucu, malah
yang masih bayi juga dibawa bersama, menjadikan jumlah yang hadir ke
acara hiburan adalah jauh lebih ramai jika dibandingkan dengan jumlah
jemaah di Masjid Negara.
Kesannya, wujud satu situasi tidak seimbang yang
memberi kemenangan kepada Dajjal untuk menguasai manusia sebagai
angkatan tenteranya. (apa yang tidak seimbang? Simpan persoalan ini
sebagai info awal untuk topik akan datang).
Bahkan, ada juga daripada kita yang memberi sokongan kepada anak-anak
untuk menyertai program realiti hiburan. Sanggup berhabis wang kerana
mahu anak jadi glamour. Tindakan itu hanya merosakkan anak sendiri,
meletakkan hiburan jauh lebih tinggi daripada keperluan menyediakan
ilmu yang berguna kepada anak-anak. Apa sudah jadi?
Juga perhatikan, berapa ramai daripada kita akan terpacul di hadapan TV
setiap kali ada program hiburan realiti seperti Akademi Fantasia
(fantasi glamour ciptaan Dajjal), Sehati Berdansa (berselindung di
sebalik slogan membantu badan kebajikan) dan lain-lain seumpamanya yang
ditayang di TV, kita membayar wang untuk menonton rancangan hiburan,
mengundi SMS dan pada masa yang sama mengabaikan tuntutan ibadat, wang
kita habis, apa yang kita dapat? Undi SMS melibatkan wang dan
merugikan, kita pula tak dapat apa-apa pun. Tetapi pernahkah kita
terfikir bahawa ‘undi’ syafaat daripada Nabi Muhammad untuk
menyelamatkan kita daripada dijilat api neraka pada hari pembalasan itu
jauh lebih penting?
Kitalah yang menggerakkan sistem hiburan realiti ini, kita
menggerakkannya melalui sokongan kita, melalui bil TV yang kita bayar,
melalui undi SMS yang kita hantar dan kita hanya mendapat kerugian.
Dalam tidak sedar, semua perbuatan itu memberi kejayaan kepada Dajjal.
Menjadi hamba Dajjal yang menggerakkan segala perancangannya,
we work for him as his slave!! Kita bekerja dalam program masterpiece ini sebagai hamba untuk Dajjal.
Motifnya,
Dajjal mahu sesuatu daripada kita tanpa
kita sedar melalui perantaraan medium hiburan. Perancangan hiburan
realiti bertaraf masterpiece ini dimulakan di Amerika dan Eropah kerana
di sanalah tapak awal segala perancangan global, di sana ialah makmal
Dajjal untuk menguji keberkesanan rancangannya. Kerana budaya Eropah
dan Amerika menjadi ikutan masyarakat dunia. Program mind control
melalui hiburan realiti ini pula dikembangkan kepada banyak kategori,
dan perlahan-lahan mempengaruhi orang-orang dalam bidang
showbiz di
serata dunia. Modul hiburan ini kemudian menjangkiti banyak negara
sehingga menjadikan masyarakat lalai, lupa kepada tujuan asal mereka
diciptakan.
Inilah mind control yang berjalan lancar, paling berjaya dalam lapangan
hiburan. Masalah seks bebas makin bercambah, kesan daripada budaya
glamour yang diserapkan secara teratur dalam budaya masyarakat. Jika
anda kerap memantau jumlah tangkapan khalwat dan maksiat yang dilakukan
jabatan-jabatan agama Islam di seluruh negara, anda akan dapati jumlah
tangkapan pasangan yang melakukan maksiat selepas selesai acara hiburan
adalah jauh lebih tinggi daripada hari-hari biasa. Cuba anda tanya
kepada pegawai-pegawai di jabatan-jabatan agama Islam, berapa ramai
pasangan yang mereka tangkap setiap kali selesai acara Jom Heboh,
konsert Akademi Fantasia dan sebagainya. Program hiburan seperti itu
hanya menjadikan masyarakat kita lebih rosak. Malah dalam tempoh 5 atau
10 tahun akan datang, tidak mustahil umat Islam terutama remaja yang
cintakan hiburan akan terus lupa kepada identiti mereka. Untuk
melemahkan sesuatu bangsa, identiti bangsa itu harus dimusnahkan.
Masyarakat kita sedang melalui situasi ini. Inilah realiti di sebalik
kesan bawaan hiburan realiti.
Para wanita, Nabi Muhammad dalam wasiat baginda meletakkan anda sebagai
aspek paling penting untuk dijaga, sama pentingnya dengan kewajipan
solat. Jangan terlalu cintakan hiburan dan menganut identiti Yahudi
sehingga berpakaian menjolok mata, jagalah maruah anda.
Para lelaki, jagalah wanita, jangan rosakkan mereka dan jagalah maruah
mereka kerana Nabi Muhammad juga mewasiatkan kepada kita supaya menjaga
wanita sebagaimana menjaga solat. Semua wasiat Rasulallah akan mampu
kita taat sekiranya kita tidak menjadikan hiburan itu jauh lebih atas
daripada agama.
Ini kerana, kegagalan kita dalam menjaga aspek ini disebabkan termakan
godaan Dajjal melalui medium hiburan akan mendatangkan situasi yang
tidak seimbang, dan seterusnya memberi kemenangan kepada Dajjal untuk
menjadikan kita sebagai angkatan tenteranya. Dajjal tidak pernah
berehat daripada menjayakan usahanya ini, jika Dajjal tidak pernah
berehat, kita juga tidak patut berehat kerana musuh kita tidak pernah
mengenal letih.
(sedikit bosan dengan topik ini? harap maaf jika anda bosan, ini hanya
sebagai input awal untuk tajuk akan datang. - Admin KSZ II)
..bersambung…insya-Allah…