Al-Baqarah (191-200)

1 view
Skip to first unread message

etiqaknajid

unread,
Jul 27, 2012, 8:20:58 PM7/27/12
to etiqakna...@googlegroups.com

etiqaknajid

unread,
Jul 27, 2012, 8:23:56 PM7/27/12
to etiqakna...@googlegroups.com
Al-Baqarah (ayat 191-200)

191. Dan bunuhlah mereka dimana-mana kamu bertemu mereka, dan keluarkan lah mereka daripada tempat yang mereka keluarkan kamu, pada hal fitnah itu terlebih (jahat) daripada pembunuhan, dan janganlah kamu perangi mereka dimasjid yang mulia itu hingga mereka memerangi kamu disitu.  Maka kalau mereka memerangi kamu (disitu), bunuhlah mereka.  Bagitulah balasan untuk orang-orang kafir.

192. Tetapi kalau mereka berhenti, maka sesugguhnya Allah itu pengetahuan, penyayayang.

193. Dan perangilah mereka itu hingga tidak ada ganguan (lagi), dan (hingga) jadilah agama itu kerana Allah, tetapi jika mereka berhenti, maka (tidak) boleh ada perseteruan melainkan atas orang-orang yang menganyanyi.

194. Bulan yang terhormat itu (diganti) dengan bulan yang terhormat ini, dan apa-apa yang terhormat itu (ada padanya hukum) kisad, Oleh sebab itu, barang siapa menggangu kamu, maka hendaklah kamu ganggu  dia setimbang dengan  ganguan nya atas kamu, dan hendaklah kamu takut kepada Allah, dan ketahuilah bahawa se nya Allah (ada) berserta orang-orang yang takut (kepadanya).

195. Dan belanjakan lah (harta kamu) dijalan Allah, dan jangan lah kamu campakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan, dan baik kan lah (urusan kamu), kerana sesungguhnya Allah kasih orang-orang yang membaik kan (urusan).

196. Dan sempurnakan haji dan umrah kerana Allah, tetapi kalau kamu terhalang, maka (kirimlah) kurban sedapatnya,  dan jangan kamu mencukur kepala kemu hingga korban itu sampai ketempatnya, tetapi barang siapa dari antara kamu sakit, atau dikepalanya ada sesuatu yang menganggu, (lalu ia cukur) maka hendaklah ia bayar pidiah dengan puasa atau sedekah atau korban, tetapi apabila kamu telah aman, lantas (diwaktu itu) siapa yang beriinak-inak dengan (ibadat) umrah hingga (waktu ibadat) haji, maka (hendaklah ia bayar) pidiah (dengan) korban sedapatnya, tetapi barang siapa tidak dapat, maka (hendaklah ia) puasa tiga hari  di (waktu) haji dan tujuh hari apabila kamu kembali, iaitu berjumlah sepuluh (hari) yang sempurna, yang demikian itu bagi orang yang bukan  dirinya jadi penduduk Mekah yang mulia dan hendaklah kamu takut kepada Allah dan ketahuilah bahawa se nya Allah itu keras pembalasan nya.

197. (musim) haji itu beberapa bulan yang termaklum, oleh itu barang siapa telah membuatkan (atas dirinya ibadat) haji d(bulan-bulan) itu, maka tidak boleh sekali-kali  rapat (sentuh) dan tidak boleh sekali-kali berbantah didalam haji, dan apa-apa kebaikan yang kamu buat diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu mengambil bekal  kerana sebaik-baik  bekalan itu ialah bakti dan hendaklah kamu berbakti kepada ku, Hai orang-orang yang berfikiran !.

198. Tidak mengapa kamu mencari rezeki dari Tuhan kamu, maka apabila kamu berduyun-duyun berpisah dari (gunung) arafah, hendaklah kamu menyebut Allah (satu tempat tanda mulia) dan hendaklah kamu sebut dia sebagaimana ia telah pimpin kamu, dan sesungguhnya dahulu dari itu adalah kamu sebahagian daripada orang-orang yang sesat.

199. Kemudian, hendaklah kamu turun dari nikmat yang orang-orang turun, dan hendaklah kamu minta ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya  Allah itu pengampun, penyayang.

200. Maka apabila kamu selesaikan ibadat-ibadat haji kamu, hendaklah kamu menyebut-nyebut Allah sebagaimana kamu menyebut-nyebut bapa-bapa kamu, atau (dengan) sebutan yang lebih (daripada itu). Maka dari antara orang-orang itu ada yang berkata; “hai Tuhan kami ! berilah kepada kami (kebaikan) dunia” pada hal tidak ada baginya bahagian (baik) diakhirat.

 

[] http://www.facebook.com/groups/272776072779592/doc/395879553802576

 

201.
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages