Download Lagu Lemak Manis UPD

0 views
Skip to first unread message

Josefina Polly

unread,
Jan 25, 2024, 1:19:07 AM1/25/24
to elalalrol

SIAPA sangka, sebuah lagu rakyat yang dicipta berdekad lamanya, kini diraikan semula. Penyanyi, Roslan Madun tentunya insan paling gembira apabila lagu yang judulnya Lemak Manis itu tular dan disambut baik generasi sekarang.

download lagu lemak manis


DOWNLOAD ✔✔✔ https://t.co/VY6ilrLYx9



Jangan lupa lagu-lagu Roslan Madun seperti Seloka Pak Kaduk, Burung Kenek-Kenek, Menghilir di Sungai Pahang, Tebang Tebu, Seloka Emak Si Randang, Wau Wau Pepeh dan banyak lagi boleh diangkat dan diketengahkan.

Menariknya, baru-baru ini Roslan Madun turut meraikan kanak-kanak berusia 2 tahun dengan melakukan persembahan bersama di dalam satu acara anjuran Majlis Seni Sarawak. Difahamkan kanak-kanak itu sangat menghayati lagu tersebut dan menyanyikan dengan penuh perasaan di dalam satu video lain.

Roslan Madun ialah nama yang cukup dikenali dalam persada seni lagu rakyat Malaysia. Lebih 40 tahun beliau berjuang, bergulat dan menggenggam kukuh kesenian tradisi ini tanpa rasa jemu. Roslan tetap setia membawa genre yang tidak popular ini meskipun melalui fasa gembira, sunyi, kelam dan adakalanya disinari cahaya terang. Beliau tidak pernah berasa malu mempersembahkan dan memperdengarkan lagu-lagu rakyat kepada sesiapa sahaja kerana menyedari nilai warisan bangsa yang amat wajar dilestarikan.

Kegiatan seni budaya dan sastera ialah sumber ekonomi kendiri. Meskipun Roslan berlakon, mengarah teater, mengarah drama televisyen, dan adakalanya menjadi pengacara bagi rancangan tertentu, namun beliau tidak meninggalkan lagu rakyat. Inilah kecintaan murninya terhadap seni tradisi warisan bangsa. Beliau tetap setia menulis meskipun sudah berhenti daripada bidang kewartawanan, kerana sastera ialah kecintaan yang terpupuk lebih awal, iaitu sejak zaman persekolahannya.

Pada awal pembabitannya dalam lagu rakyat, Roslan Madun bergerak tanpa curiga bahkan kuat bersemangat. Terdapat juga insan yang menyuntik semangat perjuangan kepadanya, antaranya termasuk Allahyarham Tan Sri S.M. Salim yang pernah sepentas dengan beliau. Pesanan Allahyarham Tan Sri S.M. Salim tersemat kukuh di hatinya dan masih kekal diingati hingga kini.

Syair pada masa ini agak menonjol, namun saya tidak pernah menyisihkan lagu rakyat yang terlebih dahulu menyerap dalam jiwa. Perkembangan ini telah memberi inspirasi kepada banyak komuniti yang diterajui oleh anak-anak muda di Indonesia, Brunei, Singapura dan di Malaysia.

Kata Roslan lagi, Festival dan pertandingan yang memberi keutamaan pada lagu rakyat dan syair membuktikan bidang ini tidak lagi terpinggir. Malah, irama tradisi ini menjadi sangat indah jika diberikan pendekatan yang lebih kreatif. Buktinya, pertandingan dendangan syair sudah meluas pada peringkat sekolah, institut pendidikan guru, universiti dan juga secara umum. Pertandingan peringkat antarabangsa pula sudah memasuki tahun keempat pada tahun 2021. Hal ini menunjukkan kesenian tradisi tetap mempunyai masa depan.

Saya mula merakamkan lagu rakyat ke dalam format cakera padat pada tahun 2002, diikuti dengan album-album lain, dan sehingga kini telah terbit 15 buah album. Sebelum itu, saya membuat persembahan dengan menepuk rebana secara tradisi. Lagu rakyat dipersembahkan di Singapura seawal tahun 1982 dalam program pertukaran belia Malaysia, Singapura.

Lagu Lemak Manis sangat digemari dan dinyanyikan oleh banyak golongan. Bahkan, menjadi fenomena kepada para buskers membuat persembahan di tempat-tempat terbuka. Sambutan daripada orang ramai juga amat memberangsangkan. Ternyata lagu ini telah memancing jiwa rakyat dan berjaya merakyatkan hampir kesemua lapisan masyarakat sehingga kanak-kanak juga, hanya kerana Lemak Manis sering dinyanyikan di majlis-majlis tertentu.

Inilah usaha berterusan yang dilakukan oleh Roslan Madun untuk memasyarakatkan irama tradisi, yang secara tidak langsung telah memupuk minat dan kecintaan kepada generasi muda terhadap dunia sastera. Hal ini demikian kerana lirik-lirik lagu rakyat amat dipengaruhi oleh karya-karya sastera. Penggunaan pantun terutamanya, begitu ketara dan memberi kesan emosi yang meresap ke dalam jiwa masyarakat dengan irama, lirik dan nilai sasteranya yang indah lagi segar.

Penyebaran lagu rakyat dalam media sosial seperti Facebook, YouTube, Instagram, dan Tik Tok telah merancakkan perkembangan industri lagu rakyat. Kini, lagu-lagu ini dapat dinikmati oleh semua penonton dan peminat tempatan, malah boleh diakses dengan begitu mudah oleh negara jiran dan serata dunia.

Saya sendiri tidak menduga bahawa lagu rakyat saya mendapat perhatian daripada pihak penganjur The International Contest of Folk Song Artists Voices of Ancient Cities dari Rusia. Seorang kawan di Moscow, Dr. Victor A. Pogadaev telah mencadangkan nama saya untuk dicalonkan mewakili Malaysia ke pertandingan tersebut.

Kata beliau lagi, Diploma Laureate of the II Degree yang dianugerahkan kepadanya sudah tentu memberikan inspirasi kepadanya agar lebih tekun mengangkat lagu-lagu rakyat ke peringkat antarabangsa. Besar harapan beliau agar kemenangan ini dapat dikongsi bersama, terutama kepada anak-anak didik dan pengamal lagu-lagu tradisional yang lain. Semoga menjadi pemugar semangat generasi muda yang ingin bergiat dalam bidang ini, sekali gus memberikan satu apresiasi kepada pencinta sastera.

Beliau juga menegaskan bahawa kemenangan yang diperoleh bukanlah satu noktah terhadap perjuangannya, sebaliknya menjadi perjuangan identiti bangsa yang sentiasa mekar dan perlu diusahakan. Hal ini demikian kerana dalam lagu rakyat, ada pengukuhan sejarah, tamsil ibarat dan yang lebih penting, ada nilai agama yang mendasari hidup beliau secara peribadi. Beliau tetap bertekad akan meneruskan perjuangannya selagi mampu kerana beliau percaya, lagu-lagu rakyat dapat membentuk jati diri dan pekerti mulia generasinya.

Jelas Roslan lagi, Saya sedar betapa sukarnya lagu rakyat untuk bertapak kukuh, terutama di jiwa generasi muda. Namun ia ada kaitan dengan roh lagu rakyat itu sendiri yang sangat complicated dan sukar dihayati.

Lagu rakyat bukan sekadar sebuah nyanyian, tetapi mengandungi ciri-ciri kekuatan rohaniah yang mendekati kebenaran hakiki dalam liriknya. Gagasan dalam lirik lagu rakyat sebenarnya sangat serius untuk membina modal insan dan tamadun bangsa.

Kata beliau lagi, lagu rakyat juga sangat berkait dengan emosi. Tidak semua lagu rakyat boleh didendangkan secara santai. Misalnya, lagu Wanangseri yang mengisahkan sejarah seorang puteri Pahang bernama Wanangseri, yang berlindung diri di Jeram Ampai kerana diburu oleh hulubalang Melaka untuk dikahwinkan dengan Raja Melaka. Lagu tersebut akan menjadi hambar dan tawar jika dinyanyikan tanpa menyelami perasaan sang puteri.

Ada juga lagu bersifat spiritual seperti Ulik Mayang, namun tetap indah dan lunak didengari kerana nilai budaya dan elemen hiburan yang diserapkan ke dalamnya, sekali gus mengangkat nilai sastera dan sosiobudaya masyarakat yang saling melengkapi dan mewarnai seni warisan Melayu.

Saya tetap berasa bertuah kerana dari 53 buah negara yang menyertai pertandingan ini, Malaysia telah mendapat second degree. Hal ini memberi inspirasi kepada saya untuk terus melestarikan lagu rakyat terutamanya di Pahang.

Roslan Madun boleh dihubungi melalui:+6017-372 1556 (Budi)+6013-976 0187 (Kas)+6012-901 3636 (PA) Alamat surat-menyurat: D-21-3A, Unit B, Menara Suezcap 1KL Gateway, No. 2 Jalan KerinchiGerbang Kerinchi Lestari59200 Kuala LumpurMalaysia.E-mel: ad...@roslanmadun.comlagurakyat@gmail.com

Lebih menjadi isu besar apabila penerangan di bawah video memperlihatkan bahawa lagu tersebut ditulis oleh Lina Rahim tanpa mengkreditkan hak cipta itu kepada komposer sebenar iaitu Roslan.

Namun disebalik populariti lagu ini mendapat perhatian dari negara seberang iaitu Indonesia, seorang penyanyi perempuan di negara itu dikenali Lina Rahim menyanyikan semula lagu ini menerusi saluran Youtube.

dafc88bca6
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages