Assalamualaikum Saudara/Saudari,
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Petronas Downstream Business berminat untuk menjalankan temu duga kerja melibatkan pelajar-pelajar MARA yang telah tamat pengajian pada tahun 2015 atau akan tamat pada awal tahun 2016 di United Kingdom, Australia, New Zealand dan Universiti Teknologi Petronas dalam bidang Chemical Engineering, Electrical dan Mechanical Engineering. Temuduga akan dijalankan di Kuala Lumpur pada bulan Januari 2016 bagi pelajar-pelajar yang berada di Malaysia pada waktu tersebut.
Sehubungan dengan itu, saudara-saudari dimohon untuk menghantar maklumat berikut sekiranya berminat untuk disenaraipendek:
Nama:
Kursus pengajian:
Tarikh Tamat:
Institusi Pengajian:
Negara:
Keputusan Terakhir (WAJIB):
Sila emailkan maklumat berikut pada atau sebelum 10 Januari 2016 (Ahad).
Sekian, terima kasih.
Emel di bawah dengan segala hormatnya dirujuk.
Saudara/saudari dimohon untuk tidak memanjangkan emel di bawah kepada mana-mana pihak. Sesi temu duga kerja tersebut tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Walaubagaimanapun, saudara/saudari digalakkan mengemaskini maklumat dan keputusan terakhir saudara/saudari untuk keperluan perkembangan kerjaya di masa akan datang.
Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.
Sekian, terima kasih." ni Cik Marlina reply
--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "EE jan11.." group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to ee-jan11+u...@googlegroups.com.
For more options, visit https://groups.google.com/d/optout.