Ustaz Norrizan,
Dengan hormatnya saya merujuk email ustaz seperti di bawah dan perbualan telefon kita tempoh hari, pihak kami di Jabatan Perkhidmatan Sokongan Pelajar (JPSP) tiada halangan untuk menerima lawatan delegasi pihak ustaz (kakitangan Pusat Hal Ehwal Pelajar & wakil MPP UNITEN) ke premise kami di UTP pada tarikh dan waktu dicadangkan.
Kedatangan pihak ustaz amat dialu-alukan.
Terima kasih.
Marfauza Bin Mat Jusoh
Senior Executive
Student Activities & Discipline Unit
Student Support Services Department
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
Bandar Seri Iskandar, 31750 Tronoh,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
No tel : +605-3688405
Hp tel : 012-4317475
Fax : +605-3667746
Email : mar...@petronas.com.my
From: Norrizan Bin Haji Ahmad [mailto:Norr...@uniten.edu.my]
Sent: Wednesday, February 05, 2014 8:50 AM
To: Marfauza B Mat Jusoh (HEP/UTP)
Cc: Sharifah Mordiah Bte. Wan Abdul Rahman; Abdul Aziz Bin Mat Isa, Dr.; Nasri A.Hamid, Assoc. Prof. Dr.; Yunus Bin Yusoff; Shahannif Izham; nadzmy...@mppuniten.com; div...@mppuniten.com; Pardeep Gill; fairu...@mppuniten.com
Subject: PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN KERJA KE UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
Ruj. Kami : UNITEN / PHEP (P) 23/13/1
Tarikh : 5 Februari 2014
Encik Marfauza Bin Mat Jusuh
Unit Aktiviti Pelajar dan Disiplin
Universiti Teknologi Petronas
Tuan,
PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN KERJA KE UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
Perbualan melalui talipon antara saya dan tuan bertarikh 4 Februari 2014 adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan , Pusat Hal Ehwal Pelajar, Unversiti Tenaga Nasional bercadang untuk mengadakan lawatan kerja ke Universiti Teklonologi Petronas ( UTP ). Antara tujuan utama lawatan adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman bagi menggalakkan percambahan fikiran mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal pelajar.
3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon keizinan tuan untuk mengadakan sesi lawatan tersebut ke UTP seperti butiran di bawah:
Tarikh : 13 Februari 2014 ( Khamis )
Masa : 11.00 pagi
Pegawai terlibat : 9 orang ( 2 orang dari Pusat Hal Ehwal pelajar, 3 orang Panel Tatatertib Pelajar dan 4 orang dari Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP )
4. Berikut adalah beberapa perkara yang ingin kami bincangkan dengan tuan.
|
Bil |
Perkara |
Catatan |
|
1 |
Tatatertib dan disiplin pelajar
|
· Prosedur pengurusan tatatertib pelajar ( jenis kesalahan dan hukuman yang boleh dikenakan kompaun atau denda bertujuan untuk mendidik pelajar dan sebagainya) · Pihak yang diberi kuasa untuk melaksanakan hukuman kompaun tersebut. · Kadar bayaran kompaun · Modus Operandi kompauan yang dijalankan terhadap pelajar
|
|
3 |
Majlis Perwakilan Pelajar
|
Penglibatan MPP dalam menguruskan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan pelajar ( contoh Penginapan pelajar )
|
5 . Sehubungan dengan itu, jika pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, bolehlah menghubungis saya Norrizan Bin Haji Ahmad di talian 03 – 89212020, sambungan 1318 atau 019-3309266.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Norrizan Haji Ahmad
Urusetia Tatatertib Pelajar
b/p
Pengarah
Pusat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Tenaga Nasional
--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Ec-Hicom MPPUTP13" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to echicom_mpputp...@googlegroups.com.
For more options, visit https://groups.google.com/groups/opt_out.
Say, "O My servants who have transgressed against themselves [by sinning], do not despair of the mercy of Allah . Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful."
* * * * * * * * * *
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(39:53)