Gegaran di Damansara

2 views
Skip to first unread message

Gerakan Masyarakat

unread,
Feb 22, 2011, 8:29:11 PM2/22/11
to

 

Kecoh bangunan bergoyang

 

Dari: Harian Metro

 

 

KUALA LUMPUR: Beberapa pelajar, kakitangan dan orang ramai dalam bangunan di Pusat Bandar Damansara, di sini, kecoh serta turun dari bangunan itu selepas merasai gegaran kecil seperti gempa bumi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, semua mereka menyelamatkan diri di kawasan lapang berhampiran bangunan itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata dalam kejadian itu, pihaknya menerima laporan menyatakan dua daripada enam blok bangunan di kawasan itu seperti bergoncang.

 

Katanya, bomba menerima maklumat gegaran berkenaan kira-kira jam 12.45 tengah hari.

“Setiba di lokasi didapati orang ramai sudah mengosongkan bangunan berkenaan dengan turun dan berkumpul di tanah lapang di kawasan berhampiran.

“Mereka mendakwa ada gegaran di tingkat enam bangunan A dan E yang menempatkan Kolej Universiti Mahsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 

 

Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi ketika dihubungi berkata pihaknya sudah membuat pemeriksaan di kawasan itu, namun tiada sebarang tanda gempa atau gegaran.

“Selepas ia dilaporkan, kami membuat pemeriksaan bagi mengesan sebarang pergerakan muka bumi atau tanda kehadiran gempa serta gegaran, tetapi kami tidak menemui apa-apa,” katanya.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages