Buaya dan Banjir

2 views
Skip to first unread message

Gerakan Masyarakat

unread,
Feb 8, 2011, 6:56:53 AM2/8/11
to

Banjir surut buaya timbul

Dari: Harian Metro

MUAR: Penduduk Kampung Tanjung Olak di Bukit Pasir terbabit dengan banjir sejak seminggu lalu digemparkan dengan kehadiran seekor buaya sejak beberapa hari lalu.

Reptilia itu beberapa kali muncul di permukaan air yang menenggelami lebih 300 rumah di kampung berkenaan.

Lebih menakutkan apabila penduduk melihat sendiri reptilia itu menyerang sekumpulan angsa, baru-baru ini. Lagak buaya adalah seperti Hitler yang menyerang negara Eropah semasa Perang Dunia Kedua.

Penduduk, Kamarudin Ahmad berkata, kejadian itu berlaku jam 7.15 malam kelmarin dan mulanya menyangka ia tunggul kayu.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages