Baru-baru ini saya ada menerima netbook 1 Malaysia jenama Dorumu model PNS1010 dari saudara. Bagi saya jenama netbook ini agak asing berbanding jenama yang terkenal di pasaran seperti Asus, HP, Lenovo & lain-lain. Saya cuma bimbang sparepart untuk netbook ini seperti keyboard, LCD atau bateri tiada di pasaran biasa. Kalau syarikat yang membekalkan netbook ini atau kedai yang di lantik membaiki netbook 1 Malaysia mungkin ada sparepart untuk netbook ini. Netbook ini dari sudut spesifikasi tiada banyak perbezaan dengan netbook 1 Malaysia yang saya pernah repair sebelum ini. Menggunakan processor Intel Atom N2600 1.60ghz, hard disk 320gb SATA2 jenama Toshiba, RAM 1gb DDR3, 3x slot USB 2.0, 1x slot memory card, 1x slot LAN. Jika anda membuka bateri, terdapat 1 slot dengan logo SIM. Saya tidak begitu pasti jika slot ini berfungsi atau cuma untuk ready sahaja. Netbook ini menggunakan Windows 7 Professional 32-bit & Office 2010 Home & Students 32-bit. Charger netbook ini jika di lihat seperti charger OEM yang biasa dijual di pasaran. Kabel 3pin ke power adapter agak pendek.
Saya telah mencuba untuk mencari sistem recovery untuk netbook ini, namun tidak di temui. Jika dilihat pada disk management juga tidak terdapat partition recovery. Mungkin ada shortcut keys tertentu yang perlu ditekan untuk mengaktifkan recovery, mungkin kita tidak tahu. Jika anda tidak begitu pasti, sila guna create a system image yang terdapat pada Windows 7. Cara terbaik burn dalam DVD atau dalam pertition d:. Memandangkan netbook ini cuma ada 1 partition, sila shrink volume untuk membuat partition d:. Jika hanya 1 partition sahaja, system image tidak akan dapat dibuat. Paling terbaik anda membuat system image adalah sebelum anda menggunakan netbook anda. Cara recovery macam ini adalah terbaik daripada anda menggunakan cara format secara manual. Lepas itu kena cari driver lagi, Windows kadang-kadang detect not genuine, software original hilang. Mungkin ada antara anda yang tidak tahu cd key untuk netbook 1 Malaysia ini dapat dilihat dengan menggunakan cara tertentu atau software, Walaupun cd key tidak terdapat pada belakang netbook. Anda juga boleh backup driver netbook yang ada dalam partition c: ke dalam pendrive, CD atau partition d:.
ATT : Sesiapa yang mencari spare parts untuk netbook ini boleh masuk ke sini -pns1010-spare-parts-terpakai.html
Netbook Dorumu PNS1010 1 MalaysiaCover Belakang Seperti Ini Memudahkan Anda Untuk Menambah Ram Atau Menukar Hard DiskCharger Untuk Netbook Dorumu PNS1010 1 MalaysiaDriver Untuk Windows 7Perhatikan Tiada Partition Recover Pada Disk Management