Akta Tanah Persekutuan

1 view
Skip to first unread message

Cristy Borovetz

unread,
Aug 4, 2024, 10:24:25 PM8/4/24
to diterteted
Permohonanpenyewaan tanah Persekutuan boleh dikemukakan secara bertulis terus kepada JKPTG. Setiap permohonan yang diterima akan diproses menurut "Standard Operating Prosedur' (SOP) JKPTG sebagaimana Carta Aliran Permohonan Sewaan Tanah Persekutuan. Satu Perjanjian Sewaan Tanah akan ditandatangani antara pemohon yang berjaya dengan PTP. Bayaran bulanan sewaan tanah persekutuan boleh dibuat secara online di laman web JKPTG

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) (bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority atau FELDA) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu yang miskin malah beberapa buah FELDA terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima peneroka pelbagai kaum sperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga FELDA di Sabah dan Sarawak yang mana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.


FELDA diwujudkan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan.[1] Modal permulaannya RM10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957 . Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka.[2] Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri.FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin. Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km tanah. Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit.[2]


Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara. Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan yang tiada berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan.


Peserta rancangan FELDA digelar Peneroka FELDA dipilih daripada kalangan orang Melayu termiskin di luar bandar.[4] Mereka perlu sihat, berumah tangga, dan antara umur 21 hingga 50 tahun, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak bertanah untuk berladang.[2] Peneroka baru diberikan tanah sebanyak 10 ekar (40,000 m) di petempatan yang tertentu untuk mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit khususnya.[5] Semua peneroka diperlukan tinggal di kawasan petempatan, dan diperuntukkan 0.25 ekar (1,000 m) di sebuah kampung terancang yang telah dibina oleh FELDA. Walaupun pada suatu ketika, infrakstruktur asas seperti air paip dan elektrik tidak dibekalkan,[6], kemudahan tersebut kini diberikan, termasuk juga sekolah, pusat perubatan, dan surau.[7]


Pada asalnya, skim-skim FELDA direka bentuk sebagai koperasi yang sebagai ganti untuk setiap peneroka memiliki tanah sendiri, mereka memiliki sebahagian pemilikan yang sama bagi skim mereka. Bagaimanapun, peneroka-peneroka tidak suka akan skim ini kerana pekerja-pekerja yang tidak berusaha masih akan menerima manfaat yang sama. Oleh itu, kerajaan kemudian mencipta sebuah rancangan yang terdiri daripada tiga fasa. Dalam fasa pertama, koperasi itu masih merupakan mekanisme bagi peneroka-peneroka belajar bagaimana berladang. Dalam fasa kedua, setiap peneroka diberikan tanah tertentu dan dalam fasa ketiga, mereka diberikan hak milik tanah mereka.[2] Bagaimanapun, peneroka-peneroka dilarang menjual tanah tanpa kebenaran FELDA atau kerajaan persekutuan.[8]


Walaupun peneroka-peneroka harus menumpukan kegiatan-kegiatan mereka pada pertanian, telah dilaporkan bahawa sebilangan besar juga terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang lain seperti berkedai dan berniaga. Terdapat juga mereka yang bekerja di luar petempatan.[6] Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pertumbuhan kawasan-kawasan bandar telah menyebabkan peningkatan nilai tanah yang amat besar bagi sebilangan petempatan. Dengan kebenaran, banyak peneroka telah menjual ladang mereka dan menjadi jutawan segera.[2]


Sumber kewangan bagi membiayai projek-projek pembangunan oleh FELDA diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kerajaan Kuwait, Tabung Pembangunan Arab Saudi dan lain-lain. Wang ini diperolehi dalam bentuk pinjaman untuk membiayai kerja-kerja pertanian, pembinaan kilang dan perumahan peneroka.Peneroka tidak dikenakan sebarang potongan untuk kos pengurusan. Kos pengurusan dibiayai dengan peruntukan yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan.Bagi Hak peneroka pula, FELDA hanya akan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya dikeluarkan surat hak milik setelah peneroka menunaikan tanggungjawab sebagai peneroka dan selesai membayar kembali kos pembangunan kepada FELDA termasuk bayaran Cukai Tahunan Yang Disatukan kepada Kerajaan Negeri. Bagi peneroka yang telah menerima surat hak milik, apabila berlaku kematian, pembahagian kawasan pegangan kepada waris-waris simati akan diuruskan oleh pejabat tanah daerah yang berkenaan. Bagi peneroka yang belum menerima surat hak milik ianya akan diuruskan oleh unit pesaka kecil Pejabat Daerah dengan kerjasama Pengurus Rancangan.Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara. Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan yang tiada berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan.


Pada tahun 1969, Gabungan Persatuan Belia Felda Wilayah Selatan (PBFWS) ditubuhkan.Pada tahun 1975 ianya ditukar nama kepada Majlis Belia Felda Kawasan Selatan danditerima menjadi Ahli Bersekutu atau badan gabungan Majlis Belia Malaysia.


Pada tahun 1977 satu perjumpaan para belia Felda telah diadakan di Wisma YMCA KualaLumpur bertujuan menubuhkan Majlis Belia Felda Kebangsaan bagaimanapun ianya gagalberfungsi. Pada 27 Oktober 1980 Felda mengatur satu perjumpaan untuk membentukGerakan Persatuan Belia Felda Kebangsaan di Institut Pembangunan Tanah FELDA(INPUT) Trolak, bagaimanapun ianya turut menemui kegagalan dan usaha-usaha kearahmewujudkan semula Majlis Belia Felda terus dilaksanakan.


Pada April 1988, satu perjumpaan khas belia Felda telah diadakan di Johor Bahru bagimembincangkan penubuhan Majlis Belia Felda Kebangsaan telah diadakan. Lanjutan dariusaha tersebut, satu mesyuarat penaja penubuhan telah diadakan pada Julai 1988 diAsrama Semai Bakti FELDA, Kuala Lumpur.


MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA telah ditubuhkan dengan rasmi dan didaftarkan pada 7 Ogos 1991 dengan keahlian seramai 59,836 orang. Mesyuarat Agung Kali Pertama telahdiadakan pada 9 Oktober 1991 di Institut Pembangunan Tanah FELDA (INPUT) yangdisempurnakan oleh YB Encik Yassin Kamari, Timbalan Menteri Pembangunan Negara danLuar Bandar Malaysia. Matlamat penubuhannya adalah untuk menjadi sebuah badan penyelaras persatuan-persatuan belia Felda diMalaysia. Penubuhan MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA juga selari dengan hasrat kerajaanuntuk melihat generasi kedua Felda proaktif menghadapi cabaran dalam era globalisasi.


Pada 26 Jun 2008, MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA telah berdaftar dengan PendaftarPertubuhan Belia (ROY), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Penubuhan PendaftarPertubuhan Belia adalah berkait rapat dengan kewujudan Akta Pertubuhan Belia &Pembangunan Belia 2007 dan fungsinya untuk mentadbir Akta Pertubuhan Belia danPembangunan Belia 2007. Akta ini telah diwartakan pada 26 Julai 2007 dan mulaberkuatkuasa pada 31 Disember 2007. Akta ini perlu dalam memperkasa pertubuhan beliasupaya mampu menarik lebih ramai golongan muda bergiat aktif dalam pertubuhan belia.Akta ini penting bagi memastikan bahawa pertubuhan belia tetap relevan dalampembangunan negara menerusi suatu sistem pengurusan dan pemantauan yang lebihteratur.


MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA amat komited terhadap rancangan yang disebutkan diatas dan oleh itu kami akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayan kami dalambidang yang diceburi ini. Dengan berbekalkan kepada keyakinan yang tinggi dan diurustadbir oleh mereka yang berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi sudah tentu akanmenjadikan Majlis Belia Felda Malaysia sebuah pertubuhan belia yang mampu bersaingdengan pertubuhan belia lain yang sedia ada.


Ini menyebabkan desakan daripada pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong yang juga timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan salahurus dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).[11] Desakan ini disuarakan oleh penyelaras PKR, Datuk Zaid Ibrahim menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan cengkamannya ke atas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi membolehkan organisasi itu diuruskan secara telus dan profesional.[12] Pada 28 Jun 2010, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diwakili oleh pengerusinya, Mazlan Aliman membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Julai dan menyerahkan "dokumen lengkap" dakwaan 'salah guna kuasa' dalam Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA).[13] dan mencabar Datuk Ahmad Maslan berdebat berhubung dakwaan kemerosotan rizab Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA).[14]

3a8082e126
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages