Perbankan Islam Menghalalkan Riba? [DnD KINI Siri ke-8]

4 views
Skip to first unread message

Mrn Krm

unread,
Oct 24, 2013, 2:45:22 AM10/24/13
to dinar...@googlegroups.com
Perbankan Islam Menghalalkan Riba?

Moussem di Capetown, AS

Rombongan dari Kuala Lumpur seramai 9 orang berkunjung ke Capetown, Afrika Selatan bagi mengikuti Moussem Shaykh Abdalqadir As-Sufi.

Termasuk dalam rombongan tersebut ialah Bapak Dhimas Amrullah, setiausaha kepada Sultan Mudaffar Sjah II, Sultan Ternate ke-48.

Dalam pertemuan mereka berdua (lihat foto di atas), Shaykh Abdalqadir menyambut baik akan khabar gembira dari Pak Dhimas tentang perkembangan positif di Ternate.

Shaykh Abdalqadir as-Sufi adalah pencetus idea Muamalah, termasuk Dinar Dirham, pada zaman ini dan antara lainnya, mengarang bukuSultaniyya pada tahun 2002 yang ditujukan khas buat Sultan Mudaffar Sjah II.

Perbankan Islam Menghalalkan Riba?

"Bank Islam adalah 'Kuda Troya' yang menyelinap ke dalam Dar al-Islam" - Shaykh Umar Vadillo

Perbankan syariah tidak menghapuskan riba kerana ianya sendiri juga adalah produk dari sistem riba kapitalisme. Ini satu pengkhianatan terhadap umat Islam kerana perbankan Islam membuka pintu belakang untuk memerangkap kita di bawah sistem riba. Atas dasar itu, Shaykh Umar Vadillo menggelarnya sebagai 'Trojan Horse' yang disusupkan oleh kapitalis ke dalam Dar al-Islam.

Justeru, persoalan yang harus kita tanyakan ialah apakah sistem Muamalah sebenar untuk keluar dari riba? Ikuti kupasan lanjut bersama Prof Abdul Rahim Ahmad pada:

Sabtu, 26hb Oktober, 2013
10AM - 1PM 
Masjid Saidina Umar Al-Khattab

Jalan Setia Murni, Bukit Damansara
Kuala Lumpur (peta)

Confirm your attendance here.

Prof Abdul Rahim Ahmad bersekolah di Sekolah Rendah Inggeris Gajah Mati, Pokok Sena, Kedah dan Sekolah Sains Kedah sebelum menyambung pelajaran di Brisbane, Queensland, Australia. Beliaiu memperolehi ijazah Sarjana Muda dalam Sains Komputer dari University of Queensland pada tahun 1984. Kemudian dianugerahkan ijazah Sarjana dari Loughborough University, UK pada 1994 dan PhD dari UTM dan University of Nantes, France pada tahun 2008. Beliau aktif mengembara, antara tempat yang telah dikunjung termasuk UK, Eropah Barat, Australia, Thailand, Indonesia, Cina, Korea, Jepun dan yang terbaru, Afrika Selatan.

DnD KINI adalah program syiar dinar emas dan dirham perak iaitu matawang syariah. Acara dwi-mingguan DnD KINImengemukakan ilmu pengenalan mengenai Dinar dirham dan menyediakan asas permulaan untuk bermuamalah menggunakan Dinar dirham. DnD KINI adalah agenda Muamalah Madinah yang diusahakan dengan dasar ketakwaan kepada Allah SWT serta ketaatan kepada Rasulullah SAW mengikut Al-Quran dan Sunnah.
HUBUNGI KAMI
T: 012.393.6268
E: dnd...@dinardirham.org
W: dnd.to/day
 

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages