Jom Bermu'amalah [DnD KINI Edisi Raya]

5 views
Skip to first unread message

Muhammad Imran

unread,
Aug 19, 2013, 12:36:55 PM8/19/13
to dinar...@googlegroups.com
DnD KINI Edisi Raya: Jom Bermu'amalah!

Pengagihan Zakat Fitrah di Ternate, Indonesia

Pada hujung Ramadan yang lepas, rombongan kami berkunjung ke kota Ternate di Kepulauan Maluku, Indonesia.

Di bawah naungan Sultan Mudaffar Syah II, Sultan Ternate, zakat fitrah dalam Dinar dan Dirham telah diagihkan kepada fakir miskin rakyat Ternate.

Peristiwa ini secara tidak langsung menjadi detik simbolik pengembalian Kesultanan Ternate kepada matawang Dinar dan Dirham sepertimana diamalkan rakyat Ternate pra-penjajahan.

Semoga Allah SWT memberi kesihatan dan panjang umur buat Sultan Mudaffar Syah II.

DnD KINI Edisi Raya

Jom Bermu'amalah!

Tahukah anda asal usul sistem kewangan kita hari ini? Apakah sifat matawang fiat? Di mana silapnya berbanding sistem matawang sunnah? Nak tahu lebih lanjut, mari ke Dnd KINI!

Selari dengan seminar ini, kami menyediakan tapak kepada sesiapa yang ingin bermu'amalah. Meja disediakan (terhad). Protokol kita di pasar sama dengan di masjid. Siapa cepat dia dapat tempat. Tiada kos sewa, tiada yuran.

Sempena musim perayaan, DnD KINI Edisi Raya berkonsepkan 'rumah terbuka'. Kami menyediakan hidangan istimewa untuk hadirin. Oleh itu, datanglah beramai-ramai!

24hb Ogos, 2013
9AM - 1PM 
Masjid Saidina Umar Al-Khattab

Jalan Setia Murni, Bukit Damansara
Kuala Lumpur (peta)


Dinar Perlis?

Pada 1 Syawal lalu, Haji Ir. Umarazmon Amir Hassan memperkenalkan koin Dinar dan Dirham kepada DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Arau. Semoga berjaya inshaAllah

DnD KINI adalah program syiar dinar emas dan dirham perak iaitu matawang syariah. Acara dwi-mingguan DnD KINImengemukakan ilmu pengenalan mengenai Dinar dirham dan menyediakan asas permulaan untuk bermuamalah menggunakan Dinar dirham. DnD KINI adalah agenda Muamalah Madinah yang diusahakan dengan dasar ketakwaan kepada Allah SWT serta ketaatan kepada Rasulullah SAW mengikut Al-Quran dan Sunnah.
HUBUNGI KAMI
T: 012.393.6268
E: dnd...@dinardirham.org
W: dnd.to/day
 

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages