Rombongan Besar ke Ternate
Sepanjang minggu akan datang, rombongan besar dari Malaysia, Singapura dan Indonesia akan berkunjung ke Ternate.
Kali ini, beberapa agenda besar bakal dijalankan. Antaranya, penyampaian fatwa tentang hukuman matawang fiat dan, sebaliknya, pengisytiharan Dinar dan Dirham sebagai matawang Islam.
Selain itu, akan diadakan hari pengagihan Zakat kepada penduduk Ternate dalam bentuk 'ayn, iaitu Dirham.
Sejajar dengan itu, akan diusahakan satu jaringan para peniaga yang menerima bayaran dalam bentuk Dinar dan Dirham.
Kita doakan yang terbaik bagi usaha mereka. Ameen.