Berita Dari Ternate

Rombongan kami ke Ternate selamat pulang ke tanah air minggu lepas dengan beberapa berita gembira.
Sultan Ternate, Drs. Mudaffar Syah II, menyambut baik kumpulan kami. Dalam beberapa ucapan awam beliau sepanjang minggu, beliau tidak putus mengingatkan rakyat akan pentingnya Kesultanan Ternate kembali kepada matawang dirham-dinar.
Program kami berjalan lancar. Pengagihan zakat dan seminar Kembalinya Dinar Dirham Kesultanan Ternate dianjurkan dengan sempurna. Lebih menarik, khutbah Jumaat tidak terancang disampaikan oleh Ustaz Noor Deros di Masjid Dufa-Dufa, Ternate
(Klik Sini).
Maklumat lanjut pada laman
As-Sultaniyya.